KelabMama

Dah Renew Pasport Ke Mama? Jangan Kalut! Apa Yang Mama Boleh Lakukan Jika Terlupa Renew

Menjelang hujung tahun ni, ramai keluarga yang akan merancang untuk percutian mereka bersama keluarga tercinta. Buat mereka yang mahu bercuti di luar negara, pasport dah renew ke tu? Tetapi adakah Mama sudah semak bila pasport Mama atau ahli keluarga Mama akan tamat tempohnya?

Alamak, tapi dah book tiket pulak!

Lagi pulak kalau dah beli tiket penerbangan kan.

Ok, jangan panik dulu, jom kita tengok apa yang kita boleh lakukan apabila terjadi perkara seperti ini.

Ikuti perkongsian daripada saudara Tag Jones mengenai cara memperbaharui pasport secara last minute jika Mama dah ter’-book’ tiket penerbangan.

Apa Yang Mama Harus Lakukan ?

Last June ada guest saya baru sedar passport dia expired tapi flight dia pada malam hari yang sama dia realised that (dia baru perasan petang). Dan saya pula kehilangan passport buat pertama kali sejak >10 tahun travel two weeks before tarikh fly. Ini perkara yang anda perlu buat.

Kes 1: Passport Expired Tapi Sedar Last Minute

Jangan panik. Terus ke UTC, terangkan situasi TAPI tindakan staff UTC adalah totally atas budi bicara mereka. Mereka ada hak untuk menolak permintaan anda.

Apa yang mereka perlukan:

Please expect bebelan daripada mereka. Of course. Sebab clearly stated di passport pasal expiration ni. Tapi tahan je la sebab own mistake kan.

Based on dengan apa yang terjadi, passport yang baru dibuat tu terus boleh digunakan cuma perlu expect some problems dekat kaunter airlines sebab it could take a while for the system to update your details.

By the way pasal passport ni, kalau waktu beli tiket korg key in no passport lama then masa nak fly korang guna passport baru, IT’S NOT A PROBLEM. Sebab data kita based on our details (nama etc). Tiada masalah pun no passport tu berubah asalkan pada hari nak fly tu kita key in yang latest. Cuma dalam kes tertentu macam apply K-ETA korang kena guna passport yang paling latest dari awal sebab memang clearly stated kena info yang sama waktu apply dan waktu tiba di Incheon.

Waktu saya nasihatkan guest untuk terus ke UTC sebaik dimaklumkan beliau baru realised pasal passport dia, what I did was: Konsultan saya terus called airline untuk inform. Kami gunakan Qatar Aiways. QA bgtahu mereka boleh reschedule tiket keesokannya sekiranya perlu tanpa caj.

Ada sebab kenapa QA dinobatkan world’s best airline. Saya pernah denied boarding dari Istanbul ke Malaysia atas kesilapan kaunter di Istanbul airport tapi QA Malaysia keluarkan tiket baru untuk saya pada flight time berbeza juga tanpa caj. Pilihlah QA guys. Makanan pun lazattt!

So sekiranya ini terjadi key utama ialah jangan panik. Guest saya memang sangat panik waktu tu. But we managed to solve the issue walaupun ada less than 6 hours sebelum departure. No need to salahkan anyone but focus on how to solve the problem. That’s what my team did. Alhamdulillah.

Oh to be clear, guest saya tu dapat fly malam tu jugak. Tak reschedule.

Kes 2: Saya sedar hilang passport dua minggu sebelum fly.

Saya tak pernah hilang passport. Ini kali pertama. Sampai sekarang tak jumpa lagi. Walaupun ramai merungut pasal kelecehan proses nak renew passport, saya punya experience di UTC Kuantan teramatlah berpuas hati. Saya bagi 10 Bintang.

1- Saya called imigresen. Maklumkan mereka apa yang terjadi & minta nasihat. Ini penting instead of terus melulu ke UTC sebab mungkin ada info yang kita perlu tahu bagi memudahkan proses. Pihak imigresen explained dekat saya 1 persatu nak gi mana dulu yada yada. Cool!

2- Pergi Balai polis buat report. Saya pergi balai berdekatan dengan rumah. Pegawai terus advised saya buat report di kaunter balai polis di UTC atas beberapa faktor yang SANGAT RELEVANT & in hindsight saya puji pegawai tu sebab advised macam tu.

INI SANGAT PENTING. ALWAYS KEEP A PICTURE OF YOUR PASSPORT (ruangan ada gambar & details kita) in high resolution. Kat mana nak simpan?

Sebab apa kena simpan? Ianya diperlukan waktu nak kena buat passport baru. Kalau takde, lagi panjang proses nanti.

Waktu buat report dekat polis, bagi alasan yang munasabah. Alasan ini akan jadi faktor lulus ke tak sebab saya tanya pegawai imigresen, dorang cakap ianya budi bicara mereka. Jangan ingat confirm boleh buat baru sebab ada sindiket jual passport & dorang tak simply luluskan just because you bagitahu mereka passport korang hilang.

Bagi mempercepat proses, print siap-siap flight itinerary korang dan serahkan sekali kat pegawai imigresen. Ianya membantu. Pegawai tu tak mintak tapi saya ni jenis membaca. Waktu dia bagi borang untuk fill in, ada stated kat situ pasal supporting document. Kat UTC ada kedai print so saya print siap.

Pegawai akan bagitahu dia akan call tapi in my case saya call dorang pada hari yang dia inform kemungkinan akan tahu result (waktu submit borang dia akan bagitahu anggaran tarikh). Don’t expect untuk terima call je. Make the effort. Untuk kos denda etc korang boleh Google.

So kalau korang dah terima passport korang, ambik gambar halaman details tu dan attach kat email/google drive/icloud siap-siap ya. We never know what could happen. Semoga perkongsian ini membantu.

Macam tulah prosedurnya Mama jika pasport tamat tempoh dan kehilangan. Akhir tahun menjelang ni, mesti ramai nak pergi bercuti kan? Pastikan pasport masih dalam tempoh penggunaan sebelum tempah tiket penerbangan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Semoga bermanfaat untuk keluarga Mama~

Kredit: Tag Jones


Buat mereka yang merancang untuk bercuti di dalam negara sahaja, boleh rujuk SINI.