KelabMama

Cara Renew Lesen Online Melalui MyEG & mySIKAP – Mudah Je Rupanya!

cara renew lesen online

Kredit gambar : www.missazwarsyuhada.com

Kini terdapat kaedah mudah untuk memperbaharui lesen memandu yang akan tamat tempoh iaitu dengan cara renew lesen online. Dengan demikian, Mama atau Papa tak perlu bazirkan masa dan tenaga untuk beratur panjang lagi. Malah, Mama dan Papa boleh melakukannya pada bila-bila masa mengikut waktu kelapangan anda berdua.

Melalui perkongsian ini, diharap anda tidak akan terlepas pandang mengenai tarikh tamat tempoh lesen memandu bagi mengelak dikenakan denda lewat renew lesen memandu.

Permohonan Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh

Bagi permohonan rayuan untuk lesen memandu yang telah tamat tempoh boleh dilakukan secara online, bersurat atau hadir sendiri ke Pejabat JPJ Negeri/cawangan. Lesen memandu yang tamat tempoh adalah seperti berikut:

Cara-Cara Untuk Membuat Permohonan

a) Secara Manual

  1. Anda boleh melakukan permohonan rayuan di kaunter JPJ Negeri/cawangan dan Bahagian Pelesenan Pemandu, ibu pejabat JPJ Malaysia.
  2. Kemukakan salinan kad pengenalan/pasport dan lesen memandu.
  3. Keputusan untuk permohonan yang dibuat boleh disemak melalui mana-mana JPJ Negeri/cawangan atau dicetak secara “Online” selepas 14 Hari dari tarikh permohonan dibuat.

b) Secara Atas Talian

  1. Anda juga boleh membuat permohonan secara atas talian (Online) iaitu melalui laman web www.jpj.gov.my.
  2. Lengkapkan segala butir-butir pemohonan di dalam borang online.
  3. Keputusan permohonan tersebut boleh disemak melalui mana-mana JPJ Negeri/cawangan ataupun dicetak secara “Online” selepas 14 hari dari tarikh permohonan dilakukan.

Untuk pengetahuan Mama dan Papa, Ketua Pengarah JPJ Malaysia mempunyai kuasa untuk meluluskan atau menolak permohonan rayuan.

Sekiranya permohonan berjaya, Mama dan Papa akan dikecualikan dari mengambil ujian Bahagian 1 dan perlu menduduki Ujian Praktikal II dan III.

Sekiranya tidak berjaya, Mama dan Papa dikehendaki memohon lesen memandu seperti mana prosedur biasa. Ye, mula dari awal ye.

Kadar Caj Perbaharui Lesen Memandu MyEG

Berikut merupakan maklumat mengenai caj perbaharui lesen memandu iaitu:

Tempoh satu tahun

Tempoh dua tahun

Tempoh tiga tahun

Tempoh empat tahun

Tempoh lima tahun

Cara Renew Lesen Online Melalui MyEG

Kredit gambar : mamababy.com.my
  1. Mula-mula, log masuk ke MyEG.
  2. Kemudian pilih Jabatan Pengangkutan Jalan.
  3. Pilih bahagian Driving License Renewal.
  4. Setelah itu masukkan segala maklumat yang diperlukan seperti nombor Kad Pengenalan, Kategori, Tarikh Luput, Tempoh Pembaharuan, Nombor Telefon Bimbit, E-mel, dan Kaedah Pengambilan.
  5. Klik submit/hantar.
  6. Segala maklumat yang anda isi sebentar tadi akan dipaparkan bagi tujuan pengesahan. Pastikan segala maklumat adalah tepat. Jika didapati terdapat kesalahan anda boleh klik butang Back/Kembali. Jika tidak teruskan klik butang Proceed/Teruskan.
  7. Kemudian pilih kaedah pembayaran yang ingin anda lakukan. Sekiranya mahu membuat pembayaran melalui online banking, sila pilih Other Payments.
  8. Antara senarai bank yang menyokong kaedah pembayaran melalui MyEG adalah seperti AMBank, HLB, RHB, Maybank2u, Bank Islam, CIMB, dan lain-lain.
  9. Anda akan menerima pengesahan bayaran oleh MyEG bagi pembaharuan lesen anda jika pembayaran anda telah berjaya.
  10. Lesen memandu baharu akan diterima dalam masa satu hingga dua hari bekerja.
  11. Tetapi jika anda masih belum menerimanya selepas dari tiga hari sila hubungi 03-78018888 atau melalui e-mel iaitu help@myeg.com.my untuk mengetahui status lesen memandu anda.

Cara Renew Lesen Memandu Melalui mySIKAP

Kredit gambar : public.jpj.gov.my

Sebelum itu sila mendaftar terlebih dahulu di portal mySIKAP untuk memperbaharui lesen memandu secara online.

  1. Mula-mula buka laman portal mySIKAP.
  2. Kemudian klik Tab/Menu Lesen Memandu.
  3. Seterusnya, klik Pembaharuan Lesen Memandu.
  4. Setelah Skrin Permohonan Pembaharuan Lesen dipaparkan, klik Jenis Lesen dan Tempoh melalui drop down list kemudian Klik Cari.
  5. Selepas maklumat detail lesen dipaparkan, kemudian klik butang Bayar untuk meneruskan transaksi.
  6. Terdapat beberapa kaedah pembayaran. Anda boleh pilih dan Klik Bayar pada kaedah yang anda mahukan.
  7. Akhir sekali klik Teruskan untuk meneruskan transaksi mengikut kaedah pembayaran yang telah anda pilih.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!


Dapatkan panduan berguna lain di SINI.