KelabMama

CARA & POSISI MEMEGANG BAYI BARU LAHIR DENGAN SELAMAT

Menjadi seorang ibu merupakan pengalaman yang indah, tetapi ia juga bermakna anda perlu mengalami beberapa perubahan besar. Di samping itu, terdapat banyak perkara yang perlu anda lakukan. Antaranya bagaimana cara mendukung bayi baru lahir anda. Mengeratkan kasih sayang di antara anda dan bayi anda yang baru lahir merupakan aspek penjagaannya yang paling penting dan juga yang paling memuaskan. Hubungan fizikal yang rapat, terutama melalui sentuhan kulit ke kulit menggalakkan hubungan emosi yang lebih baik dengan bayi anda. Hubungan ini membantu membentuk ikatan yang kuat dengan bayi dan ini membantu perkembangan emosinya. Namun begitu, mendukung seorang bayi baru lahir agak menakutkan, terutamanya jika anda tiada pengalaman. Anda perlu mempelajari beberapa perkara asas tentang bagaimana untuk mendukung bayi supaya anda lebih yakin mengendalinya nanti.

 

FAKTA ASAS YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

 

POSISI SESUAI & SELAMAT

Anda juga boleh cuba kedudukan yang berbeza untuk memahami apa yang sesuai dan terbaik untuk bayi anda.
 

MEMEGANG DI BAHU

Ini adalah salah satu posisi yang paling biasa untuk memegang bayi anda. Cara untuk melakukannya:

 

POSISI BUAIAN

 

POSISI DI PERUT

Bayi anda pasti akan menikmati posisi ini. Di sini ialah bagaimana untuk mengendalikan bayi yang baru lahir:

 

PEGANGAN DI PINGGANG

Anda boleh memegang pinggang bayi anda sebaik sahaja dia memperoleh kawalan sepenuhnya ke atas kepala dan lehernya. Jadi, cuba posisi ini apabila bayi anda berumur lebih tiga bulan. Berikut adalah bagaimana anda boleh lakukannya:

 

PEGANGAN MUKA KE MUKA

Pegangan cara ini akan membolehkan anda berinteraksi dengan bayi anda. Di sini ialah bagaimana anda boleh cuba memegangnya dengan sempurna:

 

PEGANGAN KERUSI

 

PEGANGAN BOLA

Posisi ini sesuai ketika menyusukan bayi anda, dan anda boleh menggunakan posisi ini sambil berdiri atau duduk. Di sini ialah bagaimana anda boleh melakukannya:

 

PEGANGAN DI ATAS PAHA

 

TIPS UNTUK MEMEGANG BAYI DENGAN CARA YANG BETUL

Beri perhatian kepada emosi si manja anda semasa memegangnya. Jika dia menangis atau cerewet dan jengkel, ubah kedudukan beliau untuk membuat dia selesa. Tips ini akan membantu anda mengelakkan rasa tidak selesa untuk bayi anda:

 

ALAT BANTUAN MEMEGANG BAYI

Terdapat dua cara popular yang membolehkan anda menggendong bayi apabila keluar berjalan. Satu, menggunakan baby carrier dan satu lagi menggunakan lelilit atau wrap, iaitu pada dasarnya ialah sehelai kain panjang.

Kancingkan semua tali yang terdapat pada baby carrier anda. Betulkan gancu dan tali tetapi pastikan terdapat sedikit ruang untuk bayi baru lahir anda. Guna kedua-dua belah tangan untuk memasukkan bayi dengan cermat ke dalam baby carrier. Jika perlu, minta orang lain bantu memasukkan bayi. Adalah disarankan agar bayi menghadap anda. Betulkan semua tali buat kali terakhir. Pastikan baby carrier menyokong bahagian belakang bayi dan leher dengan sempurna. Kepalanya perlu terletak dengan selesa pada dada anda dan menghadap ke kiri atau kanan.

Perhatian!

Pastikan baby carrier anda sesuai untuk bayi baru lahir.

Ikat lelilit bayi sekeliling tubuh anda seperti yang ditunjukkan dalam manual. Masukkan bayi baru lahir ke dalam lelilit dengan cermat, berhati-hati agar dia boleh baring mengerekot dengan selesa dalam posisi fetus. Jika perlu, minta orang lain membantu meletakkan bayi ke dalam lelilit.Sekarang, ubah kedudukan lelilit dengan cermat agar menyelubungi dan menyokong tubuh bayi anda. Sentiasa pegang bayi dengan selamat apabila anda membetulkan lelilit buat kali terakhir.

Perhatian!

Jangan letak bayi menghadap ke luar atau dalam posisi melintang atau buaian kerana posisi tersebut adalah tidak selamat.

 

TIP ASAS KESELAMATAN

Sentiasa posisikan bayi baru lahir anda dengan dagunya ke atas untuk memastikan salur udaranya sentiasa terbuka. Jangan menggendong bayi dengan dagunya ke bawah, ke arah dadanya kerana pernafasannya boleh terganggu. Jika anda menggunakan lelilit, cuba menggendong bayi pada paras dada anda dan muka bayi dapat dilihat – lelilit hendaklah dipakai mengelilingi tubuh bayi dengan cara yang dapat memberinya sokongan yang diperlukan.

 

FAKTA MENGENAI BAYI BARU LAHIR

 

 

 

 

Sumber:  mypositiveparenting.org / Persatuan Pediatrik Malaysia / theasianparent.com