KelabMama

Cara Mudah Buat QR Code MySejahtera – Step By Step

Dengan situasi pandemik yang melanda negara kita, kehidupan seharian memang berubah kan? Nak ke mana-mana je, wajib scan dan check-in QR code MySejahtera dulu.

Tapi macam mana pula jika kita hendak mengadakan majlis di rumah sendiri sebagai contohnya? Apakah perlu untuk kita daftar dan sediakan QR code MySejahtera untuk tetamu?

Ya, mestilah! Langkah ini penting untuk merekod kehadiran dan mengawal penularan wabak tau.

Contohnya, mereka yang ingin menjamu tetamu pada hari perkahwinan mereka wajib buat QR code MySejahtera ini terlebih dahulu.

Cara Buat QR Code MySejahtera

Bukannya susah sangat sebenarnya. Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah untuk buat QR code MySejahtera ini. Jom cuba step by step cara buat QR Code MySejahtera seperti di bawah:

1. Buka laman web MySejahtera

Untuk buat QR code MySejahtera, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah buka laman web MySejahtera terlebih dahulu.

Tekan pada link ini dan anda akan lihat paparan seperti ini:

Sumber: mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

Kemudian, scroll ke bawah pada paparan laman web ini sehingga anda terjumpa segmen ini:

Sumber: mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

2. Daftar MySejahtera Check-In

Pada paparan itu, klik pada Daftar MySejahtera Check-In. Anda akan diminta untuk sign up dengan menggunakan nombor telefon pintar anda. Tekan ‘Register’ untuk meneruskan.

Sumber: mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

Kod OTP akan dihantar pada nombor itu untuk mengesahkannya. Alert dengan telefon anda ketika ini ya.  

Sumber: mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

3. Isi maklumat yang diperlukan

Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi beberapa maklumat berkaitan premis yang ingin didaftarkan dan tujuan anda.

Jika majlis dibuat di rumah sebagai contohnya, anda boleh je gunakan alamat rumah. Paparan sebegini akan keluar:

Sumber: mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

Pada ruang business name itu, isilah tujuan anda buat QR code MySejahtera ini ya. Majlis kahwin ke, perjumpaan ahli syarikat ke, terpulanglah.

Pada ruangan lain pula, isi je maklumat anda seperti biasa. Kemudian submit permohonan anda.

4. Cetak QR code MySejahtera

Sumber: siraplimau.com

Apabila selesai semuanya, anda akan diberikan QR code MySejahtera untuk diimbas dengan telefon pintar.

Tapi terlebih dahulu, anda perlulah cetak kod itu ya. Tekan di butang ‘Print’ dan siap!

Nanti bolehlah laminate kertas cetakan tu supaya QR code MySejahtera lebih terjaga. Kalau nak letakkan dalam fail lutsinar pun okay juga.

Selain itu, jangan lupa untuk hantar salinan pada email anda untuk menyimpan QR code MySejahtera ini. Nanti bila-bila anda memerlukannya, sudah ada salinan dalam email anda. Boleh juga untuk muat turun terus.

Jangan lupa pula untuk pastikan printer anda cukup ink ya. Kalau tak, mungkin corak kod ini akan kurang jelas apabila dicetak dan tidak berkesan bila diimbas nanti.

5. Uji keberkesanan kod

Sumber: thestar.com.my

Bila sudah ada QR code MySejahtera, cuba buka aplikasi MySejahtera dan scan kod yang telah didaftarkan tadi. Jika pendaftaran anda berjaya dan kod itu berkesan, akan keluar paparan seperti ini:

Sumber: nadz.my

Maknanya, kod yang anda daftarkan telah pun sah dan sedia untuk diguna.

Senang je kan? Hanya daftar, isikan maklumat dan cetak.

Jom Buat QR Code Mysejahtera Step By Step

Lakukannya satu persatu dan dalam masa beberapa minit je, QR code MySejahtera untuk rumah/premis/majlis anda dah siap. Namun jangan lupa untuk sentiasa amalkan SOP ya?

Marilah kita bersama-sama bekerjasama dalam memutuskan rantaian pandemik ini dan selamat mencuba!