KelabMama

5 Cara Untuk Meningkatkan Imuniti & Kesihatan Anak-anak Secara Optimum Setiap Hari

Sistem pertahanan badan atau imuniti anak kita masih belum matang semasa lahir. Ia akan bertambah selari dengan tumbesaran badan mereka, dari hari ke hari. Oleh yang demikian, ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan sistem imuniti anak-anak1 walaupun setelah mereka sudah memasuki fasa persekolahan.

Imuniti anak-anak tidak sekuat kita yang dewasa2. Sebab itu kita disarankan untuk mengehadkan masa anak-anak diluar rumah, terutamanya semasa musim COVID-19 ini.3 Berikut merupakan beberapa cara yang Mama dan Papa boleh lakukan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap imuniti anak-anak pada ‘level’ tertinggi. 

1. Mematuhi Waktu Tidur

Walaupun anak-anak pasti gembira dan ‘excited’ kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama ibu bapa di rumah, itu tidak bermakna Mama boleh biarkan anak-anak tidur lebih lewat daripada biasa. 

Mama harus tetapkan jadual waktu tidur yang cukup buat anak-anak. Ketika anak-anak tidur, sel-sel di dalam tubuh badan mereka sedang menghasilkan protein penting yang dapat membina sistem pertahanan badan. 

2. Pentingnya Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Ramai yang tekankan betapa pentingnya buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian. Antara sumber semula jadi yang utama yang membantu meningkatkan imuniti anak-anak adalah dengan mempelbagaikan sayuran dan buahan dalam makanan mereka. Setiap sayuran dan buahan mengandungi nutrisi yang berbeza. 

Mama boleh berikan sayuran dan buahan seperti brokoli, oren, lemon, strawberi, anggur, epal, dan sebagainya. Selain boleh terus dimakan sebagai pemanis mulut, buah-buahan dan sayur-sayuran ini juga boleh diolah menjadi menu lain seperti aiskrim, smoothie, jus, dan sebagainya.

3. Galakkan Aktiviti Fizikal

Eh, siapa cakap duduk rumah tak ada aktiviti fizikal menarik yang boleh dibuat? Mama boleh mengajak (dan mengajar) anak-anak untuk membersih dan menghias rumah bersama-sama. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti bercucuk tanam, menyapu, mop lantai, mengecat, cuci kereta, dan sebagainya. 

4. Mengutamakan Kebersihan 

Haa ini yang paling penting, terutamanya semasa wabak COVID-19 ini! Walaupun kita lebih banyak meluangkan masa di rumah, Mama perlu ajarkan anak-anak cara menutup mulut ketika bersin, batuk, dan buang hingus yang dihembuskan. Ajar mereka cara memakai ‘face mask’ dan membuangnya dengan betul agar tidak menyebarkan kuman ke serata tempat atau orang lain. 

Selain itu, Mama juga boleh ajar anak-anak untuk sentiasa menyuci tangan dengan sabun selepas mereka memegang sebarang objek, menggunakan bilik mandi, dan selepas bermain bersama haiwan peliharaan atau dihalaman rumah. Semua ini bukan sahaja boleh membentuk penampilan anak-anak menjadi seorang yang bersih, tetapi juga melindungi mereka daripada kuman dan virus.

5. Elakkan Makanan Ringan & Pilih Scott’s Emulsion!

Makanan ringan atau ‘junk food’ tidak mengandungi nutrien yang bagus buat anak-anak. Sebaliknya, Mama boleh tingkatkan imuniti mereka dengan memberi makanan tambahan dalam diet harian mereka seperti Scott’s Emulsion. 

Walaupun anda sudah memastikan anak-anak makan makanan ‘homecook’ yang bersih dan sihat, namun mereka mungkin masih belum mendapat nutrien yang mencukupi seperti vitamin A dan D.

Scott’s Emulsion yang dihasilkan dalam dua perisa – Original dan Oren.

Scott’s Emulsion Original adalah campuran Cod Liver Oil dengan Vitamin A, Vitamin D, asid lemak Omega-3 (DHA + EPA), dan fosforus.

Scott’s Emulsion Oren pula merupakan campuran Cod Liver Oil dengan Vitamin A, Vitamin D dan kalsium.

Lebih menarik, sifat Cod Liver Oil yang terkandung dalam Scott’s Emulsion adalah ‘pre-emulsified’. Ini bermaksud, campuran Cod Liver Oil telah melalui proses pemecahan kepada titisan kecil, yang menjadikan campuran tersebut sama rata dan memudahkan badan anak-anak menyerap nutrien yang terkandung dalam Scott’s Emulsion.

Dengan hanya SATU* sudu setiap hari, Scott’s Emulsion menjadi makanan tambahan yang membantu dalam mengekalkan imuniti anak-anak, untuk kesihatan dan kekuatan harian mereka.

MAL16015007NC MAL20013599XC

*Dos berbeza mengikut peringkat umur. Rujuk pembungkusan untuk kuantiti dos yang disyorkan.
Ini iklan produk supplemen.
KKLIU 2782/2020
Tarikh Tamat Tempoh: 31 Disember 2022
NP-MY-SCT-20-00035

Rujukan:

  1. The importance of parenting in child health: Doctors, as well as the government, should do more to support parents Masud HoghughiBMJ. 1998 May 23; 316(7144): 1545–1550. doi: 10.1136/bmj.316.7144.1545PMCID: PMC1113192
  2. Are Children’s Immune Systems Stronger than Adults? – Chiropractor – Park R. (2019, January 17). Retrieved June 24, 2020, from https://activehlth.com/childrens-immune-systems/
  3. Rahman, D. (2020, March 14). Amalkan perkara asas cegah Covid-19. Retrieved June 24, 2020, from https://www.sinarharian.com.my/article/73737/KHAS/Pendapat/Amalkan-perkara-asas-cegah-Covid-19
  4. Whelan, C. (2018, August 20). Vitamin A for Skin. Retrieved from https://www.healthline.com/health/vitamin-a-for-skin#nutrition
  5. Institute of Medicine (US) Standing Committee on the Scientific Evaluation of Dietary Reference Intakes. (1997, August 27). Vitamin D – Dietary Reference Intakes for Calcium, Phosphorus, Magnesium, Vitamin D, and Fluoride – NCBI Bookshelf. Https://Www.Ncbi.Nlm.Nih.Gov/Books/NBK109831/. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK109831/