KelabMama

Jangan Ambil Mudah Gigitan Kutu Babi! Ini 10 Cara Mencabut Kutu Babi Yang Berkesan dan Tak Sakit

Ada yang salah sangka dan berfikir mereka hanya mengalami alergi biasa kerana tidak menemukan tanda-tanda kesan gigitan. Ini kerana kutu babi mencengkam dengan sangat kuat terus berada di tempat ia menghisap darah.

Mari Mama Siti bawa Mama kenal pasti ciri-ciri khas serangga ini dan cara menanggalkannya dengan betul.

Apa Itu Kutu Babi?

Kredit gambar: MySihat

Apa yang paling ketara pada seekor kutu babi ialah ia mampu membesar 30 kali ganda dari saiz asal apabila menghisap darah manusia dan haiwan mamalia.

Parasit ini menjadikan kawasan hutan, semak-samun dan kawasan yang terdapat banyak haiwan sebagai habitat untuknya membiak.

Sengkenit sebenarnya terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama, kelompok hama yang berkulit keras dengan nama saintifiknya Ixodidae. Kedua, Argasidae iaitu kutu babi yang berkulit lembut.

Disebabkan kutu babi mempunyai cengkaman kuat pada kulit manusia maka ada cara untuk menanggalkannya supaya keseluruhan bahagian kepala dan badannya tercabut. Bahaya tau bila terkena gigitan serangga ni!

10 Cara Mencabut Kutu Babi Yang Berkesan

#1 Garam

@mamaq3funland

Microscope jenis ni untuk memudahkan kerja solder board dan nak tengok jenis2 serangga. Sesuai la untuk kebun kami sebab ada pengkaji serangga. Bila kena usik dengan #kutubabi kita guna la microscope ni #diarianakkampung #mamaq3funland #microscope

♬ Carol Of The Bells – Lindsey Stirling

Dengan bantuan secubit garam dan setitis air, serangga ini dapat ditanggalkan dengan mudah. Kaedah ini antara yang paling tidak menyakitkan dan terbukti berkesan. 

#2 Benang

Cara ini hanya sesuai di beberapa anggota badan sahaja seperti di lengan, kaki, dan badan. Untuk anggota badan yang lain, Mama boleh guna kaedah lain seperti di bawah ini ya.

#3 Tembakau atau Kapur Sireh

Kredit gambar: Liputan6.com

Ambil sedikit tembakau, campur sedikit air kemudian tekapkan atau titiskan bancuhan tersebut pada serangga itu selama lebih kurang 20-30 saat sehingga tanggal atau mati.

Tembakau dan kapur sireh mengandungan bahan nikotin yang tinggi. Ia sebenarnya berfungsi untuk menggantikan bahan kimia yang digunakan untuk mencegah hama.

#4 Minyak Panas

Mama juga boleh menggunakan minyak cap kapak. Minyak panas akan membuatkan serangga tersebut berasa tidak selesa dan akhirnya akan gugur dengan sendirinya.

#5 Penyembur Racun Serangga

Kredit gambar: Shopee

Oleh kerana kutu adalah salah satu daripada serangga, Mama boleh menggunakan penyembur racun serangga untuk membunuh kutu babi. Sembur racun serangga pada kapas atau tisu dahulu, kemudian letakkan pada kutu babi. 

Perhatian: Cara ini tidak sesuai untuk rawatan di kawasan mata dan anggota badan yang sensitif. 

#6 Alkohol

Bahan ini bersifat panas dan boleh melemahkan cengkaman kutu babi dari permukaan kulit. Sapuan menjadikan ianya akan mudah tertanggal kerana berasa tidak selesa dan panas.

#7 Minyak Tanah

Kredit gambar: Shopee

Sapu minyak tanah pada serangga tersebut dan tunggu hingga ia melepaskan gigitannya. Mama juga boleh tuangkan sedikit minyak tanah di dalam bekas, kemudian oleskan ke atasnya menggunakan putik kapas. 

#8 Cuka

Kredit gambar: Tajria

Cuka yang bersentuhan dengan kutu babi menjadikan serangga itu berasa panas. Ketidakselesaan itu menyebabkan cengkamannya semakin lemah dan lama-kelamaan tertanggal dengan sendirinya. 

#9 Cecair Pembasmi Kuman (Hand Sanitizer)

Kredit gambar: Forbes

Cara yang sangat mudah! Mama tak perlukan kapas, putik kapas atau kain. Cukup sekadar semburkan pada serangga tersebut dan tunggu sehingga ia tertanggal.  

#10 Rawatan di Klinik

Kredit gambar: New Straits Times

Jika serangga ini masih degil melekat pada permukaan kulit, terutamanya di kawasan berisiko seperti telinga, mata dan kemaluan. Mama perlu segera rujuk pakar profesional untuk membuangnya.

Doktor biasanya akan menggunakan cecair untuk membunuh kutu babi dan kemudian menggunakan penyepit untuk menarik perlahan bahagian badannya.

Kredit gambar: Kosmo Digital

Mama kena ikut cara mencabut kutu babi ini dengan betul sebab kalau tak kepalanya yang terbenam dalam kulit akan melekat dan gagal ditanggalkan.

Semoga perkongsian ini membantu Mama kenal pasti ciri-ciri khas kutu babi dan ada pelbagai cara untuk menghilangkannya dengan cara yang kurang sakit.


Ikuti tips dan panduan kesihatan yang lain DI SINI.