KelabMama

11 Cara Melebatkan Rambut Bayi Secara Alami Yang Mudah. No 4 Paling Berkesan!

ayah menyikat rambut bayi sebagai cara melebatkan rambut bayi

Memiliki bayi dengan rambut yang lebat dan cantik pastinya menjadi dambaan setiap ibu bapa. Namun, tidak semua bayi memiliki rambut yang tebal dan sihat sejak lahir.

Ada yang lahir dengan rambut yang tebal dan ada juga yang lahir dengan kepala botak atau rambut yang nipis. Rambut bayi mempunyai kaitan dengan genetik Mama dan Papanya.

Namun, jangan risau kerana terdapat beberapa cara melebatkan rambut bayi yang Mama dan Papa boleh amalkan.

Untuk ketahui apakah cara melebatkan rambut bayi, teruskan ikuti perkongsian Mama Siti di bawah ini!

Panduan Cara Melebatkan Rambut Bayi Secara Selamat

Kredit gambar: www.thebump.com

Berikut merupakan panduan mengenai cara untuk melebatkan rambut bayi yang boleh Mama dan Papa cuba iaitu:

#1. Sikat Rambut Bayi sebagai Cara Melebatkan Rambut Bayi

Cara melebatkan rambut bayi yang pertama ialah menyikat rambut bayi Mama dengan lembut sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan sikat khas bayi yang lembut.

Ini kerana, dengan menyikat rambut dapat membantu meningkatkan peredaran darah di kulit kepala bayi dan sekaligus akan membantu pertumbuhan rambut.

Tapi awas! Jangan terlalu kasar risau akan menyakiti kulit kepala si kecil Mama.

#2. Urut Kulit Kepala Bayi

Kredit gambar: softsensbaby.com

Cara yang kedua ialah mengurut lembut kulit kepala bayi Mama untuk membantu meningkatkan aliran darah dan nutrien ke akar rambut atau folikel rambut.

Mengurut kulit kepala bayi dapat merangsang pertumbuhan rambut. Selain baik untuk rambut, urutan ini juga boleh membantu si manja Mama mudah untuk tidur dengan lena.

Gunakan minyak melebatkan rambut bayi semasa membuat urutan turut membantu mempercepatkan hasilnya.

#3. Pastikan Pemberian Nutrisi yang Lengkap dan Cukup

Kredit gambar: www.self.com

Selain mencuba dari segi luaran, Mama juga perlu melakukan sesuatu dari dalaman. Maksudnya nutirisi yang lengkap dan cukup sebagai cara melebatkan rambut bayi dalam kandungan lagi.

Pastikan bayi Mama mendapat nutrisi yang cukup dari makanan dan susu yang diminum.

Makanan yang kaya dengan zat besi, protein, seperti telur, ikan, dan daging, serta sayuran yang kaya dengan vitamin A juga vitamin B seperti labu dan lobak merah dapat membantu mempercepat pertumbuhan rambut si comel.

#4. Letakkan Minyak Kelapa Dara antara Petua Melebatkan Rambut Bayi

Kredit gambar: www.stylecraze.com

Seperti yang ramai tahu, minyak kelapa mempunyai banyak kebaikan untuk rambut dan merupakan petua melebatkan rambut bayi yang paling popular.

Minyak kelapa mengandungi Vitamin E semulajadi dengan sifat antioksidan. Letakkan sedikit minyak kelapa ke kulit kepala bayi pada setiap hari.

Minyak kelapa membantu melebatkan rambut bayi, menjaga kulit kepala bayi supaya menjadi lembut dan memberikan nutrisi pada akar rambut.

Sebaiknya pilihlah minyak melebatkan rambut bayi iaitu kelapa dara yang tiada sebarang campuran bahan kimia.

#5. Aloe Vera Sebagai Cara Melebatkan Rambut Tradisional

Kredit gambar: www.foreo.com

Selain minyak kelapa, antara cara melebatkan rambut tradisional yang lain adalah dengan menggunakan aloe vera.

Cara melebatkan rambut tradisional ini dapat membantu untuk melembapkan dan menguatkan rambut si comel Mama. Cara mudah hanya sapukan ekstrak aloe vera organik yang boleh didapati dari daun lidah buaya pada kepala bayi Mama.

Aloe vera mempunyai khasiat semulajadi dan bersifat antioksidan yang akan membantu masalah rambut bayi Mama. Ia juga merupakan cara melebatkan rambut bayi selepas bercukur.

#6. Syampu Rambut

Kredit gambar: www.beingtheparent.com

Cara melebatkan rambut bayi yang seterusnya adalah dengan syampu rambut bayi. Pastikan Mama memilih syampu yang lebut dan sesuai untuk digunakan kepada bayi.

Jangan gunakan syampu yang mempunyai bahan kimia yang tidak baik untuk bayi.

Selain membantu membersihkan kepala bayi, syampu rambut juga dapat merangsang folikel rambut untuk pertumbuhan rambut baru.

#7. Jangan Ikat Rambut dengan Ketat

Kredit gambar: www.jaydearvey.top

Di samping itu, elakkan dari mengikat rambut bayi dengan ketat. Mama pastinya teruja melihat rambut panjang bayi Mama bukan, tetapi harus diingat jangan mengikat terlalu ketat kerana dikhuatiri akan mengganggu peredaran darah di bahagian kepala dan merencatkan pertumbuhan rambut si manja.

#8. Tuala Lembut

Kredit gambar: www.fauveandco.com.au

Semasa ingin mengeringkan rambut bayi selepas mandi pastikan menggunakan tuala yang lembut. Tuala kasar akan merosakkan folikel rambut muda bayi dan melambatkan proses pertumbuhan rambut.

Semasa mengeringkan rambut si kecil, lakukan dengan perlahan dan lembut supaya tidak menyakiti si comel dan kulit kepalanya.

#9. Potong Rambut antara Cara Alami Melebatkan Rambut Bayi

Kredit gambar: mummybabycare.com.sg

Walaupun tiada sebarang kajian saintifik yang menyatakan dengan memotong rambut akan membuatkan rambut bayi dan kanak-kanak cepat tumbuh semula.

Namun, terdapat pengalaman dan maklumbalas ibu-ibu di mana rambut si kecil mereka lebih cepat tumbuh selepas mereka memotong rambut bayi mereka.

Jadi, gunakan cara alami melebatkan rambut bayi yang mudah tanpa keluarkan sebarang modal ini.

#10. Homemade Conditioner

Kredit gambar: azfreemk.live

Selain itu, Mama juga boleh menggunakan homemade conditioner untuk masalah bayi ini. Penggunaan conditioner ini akan membantu penyerapan nutrisi dan vitamin.

Ia juga membantu meningkatkan kadar pertumbuhan rambut si kecil. Mama boleh lakukan sendiri conditioner ini di rumah dengan menggunakan bahan organik.

Contohnya, Mama boleh lakukan seperti di bawah:

#11. Elakkan Produk Mengandungi Bahan Kimia

Elakkan penggunaan produk mempunyai bahan bahan kimia yang mengandung bahan-bahan yang boleh memudaratkan pada rambut dan tubuh bayi Mama, seperti syampu atau conditioner orang dewasa.

Produk-produk ini boleh merosakkan rambut bayi dan melambatkan pertumbuhan rambut.

Kesimpulannya, dengan melakukan cara seperti di atas dengan konsisten, dapat membantu melebatkan rambut bayi walaupun agak lambat.

Namun, perlu diingat bahwa setiap bayi memiliki jenis rambut yang berbeza-beza, dan tidak semua cara di atas dapat memberikan hasil yang sama kepada setiap bayi.


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Bagi Mama yang masih aktif menyusukan si manja, jom sama-sama kita menyertai acara Breastfeeding Pledge TERBESAR yang dianjurkan Motherhood.com.my pada bulan 8 ini. Mama bakal menerima sijil penyertaan dan goody bag bernilai RM100*.

Daftarkan penyertaan dan ikrar Mama sebagai seorang breastfeeding mom di SINI hari ini.

*Tertakluk kepada terma & syarat


Ikuti penjagaan bayi yang lengkap di SINI.