KelabMama

Cara Isi Borang Nikah Yang Betul Bagi 10 Negeri di Malaysia

“Apabila datang seseorang yang kamu sukai agama dan kejujurannya untuk melamar puteri kamu, maka nikahkanlah dia, jika kamu tidak melakukan demikian, maka hal itu akan menjadi fitnah di muka bumi juga kerosakan besar.”

(Hadith riwayat Tirmizi)

Namun sebelum sebuah rumah tangga itu terbina, ada proses yang perlu diselesaikan. Tujuannya adalah untuk memastikan pernikahan itu sah di sisi undang-undang negara dan agama Islam. 

Pemilik akaun Facebook Hafi Zah ada berkongsi langkah penting mengisi borang permohonan nikah untuk bakal pasangan yang ingin berkahwin. 

Lelaki Atau Perempuan Dahulu? Proses dan Cara Isi Borang Nikah

Tahukah Mama borang nikah perlu dilengkapkan oleh pihak lelaki terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pihak perempuan. 

Tidak seperti borang-borang rasmi yang lain, borang berkaitan pernikahan perlu diisi pada tiga bulan sebelum pernikahan berlangsung. 

Borang pernikahan yang telah telah dan disahkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) lelaki akan diberikan pula kepada bakal pengantin perempuan. 

Bakal pasangan dari negeri-negeri berikut perlu melayari laman sesawang Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).

Nota: Laman SPPIM adalah wajib jika salah seorang atau kedua-dua bakal pengantin dari negeri-negeri yang disenaraikan. 

Cara Yang Betul Isi Borang Nikah Online

Kredit gambar: Utusan.com.my

Langkah Pertama

Layari laman Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM). Tempoh maksimum permohonan ialah 90 hari dari tarikh melangsungkan pernikahan. 

Maklumat pejabat agama Islam merujuk kepada alamat tempat tinggal atau kariah pemohon bermastautin.  

Borang permohonan dalam talian (online) hanya perlu diisi oleh salah seorang seorang sahaja. Sama ada di pihak lelaki atau perempuan. 

Langkah Kedua

Jika semua maklumat telah dilengkapkan dan dipastikan betul, Mama atau Papa boleh menghantar permohonan di laman sesawang itu. 

Skrin akan memaparkan nombor rujukan Benar Nikah Online (BNO). Catat atau tangkap layar (screenshot) nombor tersebut untuk digunakan nanti. 

Sebarang perubahan maklumat dalam BNO masih boleh dikemaskini selagi permohonan pihak lelaki belum diproses oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). 

Langkah Ketiga

Kredit gambar: UPUOnline

Cetak senarai semak supaya dapat memastikan semua dokumen yang diperlukan telah diperoleh dan disahkan. 

Untuk maklumat Mama dan Papa, kandungan senarai semak (checklist) adalah berbeza mengikut status permohonan dan taraf kewarganegaraan pemohon.

Kemudian, pemohon akan diminta untuk memuat turun (download) dan mencetak (print) borang berdasarkan senarai semak. 

Langkah Keempat

Borang permohonan berkahwin yang dicetak mestilah disahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR).

Langkah Kelima

Kredit gambar: Foursquare

Apabila pihak lelaki telah mendapat kelulusan dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) barulah pihak perempuan pula yang akan mendapatkan kebenaran perkahwinan. 

Kebenaran perkahwinan diperolehi daripada PAID tempat bermastautin pihak perempuan. 

Proses mengisi borang pernikahan dimulakan dengan pihak lelaki. Mereka perlu;

Manakala bagi pihak perempuan, Mama hendaklah melakukan beberapa perkara seperti;

Bagi memastikan proses mengisi borang nikah berjalan dengan lancar, Mama Siti sarankan agar merujuk pada panduan ringkas BNO ini. 

Panduan tersebut juga ada menyediakan paparan dan keterangan untuk memudahkan Mama dan Papa mengisi borang permohonan nikah. 

Permohonan pernikahan dimulakan oleh pihak lelaki sebelum diteruskan oleh pihak perempuan. Ianya idak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memastikan perkahwinan yang sah. 

Semoga urusan pernikahan Mama dipermudahkan dengan cara isi borang nikah ini dan dikurniakan perkahwinan yang berkat, insya-Allah. 


Dapatkan lebih banyak tips dan panduan di SINI!