KelabMama

“Sakitnya Ma!” 15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Anak Dengan Cepat

cara hilangkan ulser mulut

Biasanya anak-anak akan merengek dan hilang selera makan kerana rasa sakit ulser atau juga ada yang menggelarnya sebagai ‘mata ikan’ dalam mulut. Ada yang sampai pening mencari cara hilangkan ulser mulut kerana fikirkan anak yang sakit.

Dibawah Mama Siti kongsikan sehingga 15 cara hilangkan ulser mulut anak Mama yang boleh dicuba di rumah dan secara tradisional.

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Anak

#1 Gel Lidah Buaya (Aloe Vera)

Kredit gambar: siabotanics.com

Bagi kaedah ini, Mama Siti sarankan agar Mama aplikasikan gel asli yang diambil dari pokok lidah buaya dan sapukan ke bahagian mulut yang ada ulser. 

#2 Air Kelapa dan Minyak Kelapa

Mula-mula, minta anak Mama berkumur dengan air kelapa beberapa kali. Selepas itu, ambil sedikit minyak kelapa dan oleskan pada ulser itu. 

#3 Minyak Bunga Cengkih

Kredit gambar: iStockPhotos

Pertama sekali, minta anak Mama kumur-kumur dengan larutan air garam laut. Selepas itu, sapu minyak bunga cengkih ke tempat yang terdapat ulser. 

#4 Uncang Teh

Kredit gambar: Coats

Rendam uncang teh dan letakkan uncang teh itu ke bahagian mulut yang terdapat ulser selama 5 minit. 

Nota: Sifat alkali teh dapat meneutralkan keadaan berasid ketika dijangkiti ulser mulut. 

#5 Santan

Kredit gambar: Shopee Malaysia

Bilas mulut dengan santan segar yang baru diperah ke tempat yang terdapat ulser. Selain itu, Mama juga boleh campurkan santan dengan satu sudu madu dan urut di kawasan yang ada ulser mulut. Ulang langkah ini sebanyak tiga hingga empat kali sehari. 

#6 Madu

Kredit gambar: India Times

Dapatkan madu asli dan sapukan pada ulser mulut anak Mama dan biarkan ianya bertindak balas. Selain itu, Mama juga boleh campurkan madu dengan sedikit kunyit sebelum oleskan pada ulser mulut untuk merawatnya. 

#7 Serbuk Penaik

Kredit gambar: thehealthsite.com

Ambil serbuk penaik secukupnya dan oleskan di bahagian mulut dan bibir anak Mama yang terdapat ulser. Selepas beberapa minit, kumur-kumur dengan air bersih. 

#8 Garam Laut

Kredit gambar: iStockPhotos

Amalkan berkumur-kumur dengan air garam selama 30 saat setiap dua hingga tiga sehari hingga ulser anak sembuh. 

#9 Cecair Pencuci Mulut

Kredit gambar: BebasNews

Cecair kumur atau pencuci mulut juga membantu menyelesaikan masalah ulser. Ianya bersifat antiseptik dan bertindak menghalang jangkitan kuman serta membunuh bakteria dalam mulut. 

#10 Berus Gigi Lembut

Kredit gambar: firstthingsfirst.org

Pilih berus gigi berbulu lembut supaya tiada risiko ulser menjadi luka lebih besar dan merebak ke kawasan lain dalam mulut. 

#11 Ubat Ulser Farmasi

Kredit gambar: SirapLimau.com

Dapatkan ubat ulset di farmasi untuk mengurankan rasa sakit dan merawat ulser mulut anak-anak. Ia juga dikenali dengan nama Bonjela oleh kebanyakkan orang yang pernah mendapat ulser mulut. 

#12 Air Kosong

Kredit gambar: healthychildren.org

Lebihkan minum air kosong dan kurangkan air manis ketika ulser tumbuh dalam mulut anak Mama. Reaksi bakteria mulut (Streptokokus) dengan minuman manis mewujudkan persekitaran mulut yang berasid (pH rendah) dan meningkatkan risiko karies gigi kanak-kanak.   

#13 Marjerin

Kredit gambar: XTRA

Menurut petua orang lama, mereka akan meletakkan marjerin ketika anak ada mata ikan iaitu ulser dalam mulut. Marjerin itu nanti akan cair dan menghilang dengan sendirinya.  

#14 Ubat Gigi Pudina (Peppermint)

Kredit gambar: Adobe Stock

Ambil sedikit ubat gigi berperisa pudina nak oleskan di kawasan yang terdapat ulser dalam mulut. Daun pudina mampu mematikan kuman dan mengecutkan ulser mulut. 

#15 Minyak Vitamin E

Kredit gambar: Tirto.ID

Minyak vitamin E selalunya wujud dalam bentuk kapsul untuk memudahkan seseorang menelan. Dalam hal ini, Mama boleh leraikan kapsul minyak vitamin E dan selepas itu sapukan minyaknya ke ulser mulut anak Mama. 

Nota: Minyak ikan juga mengandungi sejumlah kecil vitamin E.

Sebagai mak-mak, kita mesti akan susah hati bila anak sakit walaupun cuma sakit ulser biasa sahaja. Semoga dengan tips dan petua yang Mama Siti kongsikan ini dapat hilangkan ulser mulut anak Mama ya. 


Ada lebih banyak tips kesihatan kanak-kanak dan keluarga di SINI!