KelabMama

Sakit Kalau Kena! Cuba 15 Cara Hilangkan Semut Charlie Ini

cara halau semut charlie

Semut charlie antara semut yang paling ditakuti oleh semua. Semut charlie ini ada bisa yang bahaya dan memang menyakitkan kalau kena. Sebenarnya tak ada cara yang efektif untuk hilangkan semut charlie ni, tapi Mama boleh cuba gunakan cara yang Mama Siti kongsikan ni.

Petua & Cara Hilangkan Semut Charlie di Rumah

1. Perahan Lemon

Kredit Gambar: MASKULIN

Bau air perahan lemon ni sangat kuat dan mampu untuk menghalau semut. Apa yang perlu dilakukan ialah, perahkan lemon dan tambah satu sudu garam, kacau sehingga rata.

Titiskan ke tempat yang selalu menjadi sarang semut supaya tak akan datang lagi sebab ada bau lemon yang kuat. Kalau Mama nak spray pun boleh jugak.

2. Daun Sirih

Daun sirih ni ada bau yang agak kuat dan tak menyenangkan. Bau daun sirih ni agak pedas. Kalau kita pun tak suka dengan bau sirih apa lagi semut kan.

Siapa yang pernah rasa makan sirih mesti tahu rasa pedas daun sirih tu macam mana.

Ada dua cara yang boleh digunakan dengan menggunakan daun sirih ni:

3. Air Sabun

Air sabun juga merupakan salah satu cara untuk hilangkan semut charlie mahupun semut biasa. Air sabun bukan sahaja keluarkan bau yang tak disukai semut, malah boleh menyebabkan mata semut menjadi pedih.

Ada dua cara yang berbeza Mama boleh lakukan:

  1. Sembur air sabun dengan menggunakan botol spray.
  2. Tuang air sabun ke atas permukaan lantai atau meja contohnya, lepas tu Mama lap dengan kain bersih supaya seluruh permukaan tu dapat ditutupi dengan air sabun.

4. Cuka

Cuka putih ni salah satu cara yang sangat berkesan sebab semut paling pantang dengan bau yang sangat kuat dan kandungan cuka yang berasid.

Mama just larutkan dalam air dan isikan ke dalam botol spray. Dah siap isi, spray ke dekat mana-mana tempat yang ada semut.

Bila tempat tu kering Mama spray lagi, kesaanyaboleh nampak dalam beberapa hari je.

5. Bunga Cengkih

Mama pun boleh cuba menggunakan bunga cengkih jugak tau. Caranya Mama letakkan bunga cengkih ni di kawasan laluan semut.

Bunga cengkih ni akan keluarkan bau yang kuat dan akan memedihkan mata semut.

6. Perahan Limau Nipis

Sudah pasti ada stok limau nipis dekat dapur Mama kan. Senang je caranya.

Mama perah je limau nipis dekat laluan semut charlie. Bukan semut je mati, malah rumah Mama pun turut bau segar dengan aroma bau limau nipis ni.

7. Lada Hitam dan Garam

Dua bahan yang ada di dapur Mama ni sangat berkesan untuk menghalau semut. Senang je caranya, Mama taburkan lada hitam dan garam di kawasan yang selalu dilalui oleh semut di rumah Mama.

8. Serbuk Kopi

Mama taburkan je serbuk kopi ni dekat kawasan yang semut guna. Aroma dari kopi ni kuat akan menyebabkan semut takkan datang lagi dekat kawasan tu.

Lagi pun, serbuk kopi ni akan jadi melekit apabila bertindak balas dengan udara. Jadi, kalau ada semut yang meminjak serbuk kopi ni akan melekat pada lekitan serbuk kopi itu.

9. Kulit Telur

Kulit telur pun Mama boleh gunakan juga untuk menghalau semut. Senang je caranya lagi pun kulit telur ni bahan semula jadi yang selamat dan boleh dapat free je dekat dapur Mama.

Cara-cara nak halau semut menggunakan kulit telur:

10. Timun

Selain kulit telur, Mama pun boleh guna timun jugak. Mesti pelik kan, boleh ke guna timun nak halau semut. Iya, timun boleh kita guna untuk halau semut.

11. Soda Bikarbonat

Soda bikarbonat ni bahan penting kalau nak buat roti, kek dan biskut kan. Tapi soda bikarbonat ni jugak Mama boleh guna untuk halau semut.

Caranya, Mama tabur je serbuk ni di kawasan laluan semut. Senang je kan caranya.

12. Daun Pandan

Kegunaan daun pandan ni sama macam daun sirih. Semut tak suka bau aroma pandan ni.

Caranya lebih kurang sama dengan daun sirih je. Mama cincang halus-halus dan taburkan di kawasan laluan semut.

13. Air Garam

Kredit Gambar: www.astronaunts.id

Garam pun boleh juga Mama nak guna. Caranya Mama larutkan garam dengan air, bila dah larut Mama isi dalam botol spray.

Dah siap isi, Mama spray je tempat yang jadi laluan semut degil ni. Bau air garam ni akan buatkan semut tak datang lagi.

14. Air Lada atau Tangkai Cili Kering

Ini salah satu cara orang dulu-dulu lah. Mama boleh je gunakan sama ada air lada atau tangkai cili kering. Dua-dua bahan sangat berkesan nak halau semut.

Mama isikan air lada dalam botol spray lepas tu spray spray ke dekat kawasan yang ada semut.

Kalau Mama nak guna tangkai cili kering pula, Mama just letak je tangkai cili kering dekat laluan semut.

15. Serbuk Kunyit

Kredit Gambar: RASA

Mama taburkan sedikit kunyit dekat laluan yang semut guna lepastu biarkan selama beberapa hari.

Apa nak Buat kalau kena Gigit Semut Charlie?

  1. Mama Papa jangan panik dan buat semut charlie dengan berlapik atau gunakan objek lain.
  2. Basuh kawasan kulit yang kena gigit dengan air dan sabun.
  3. Tuamkawasan kulit yang terjejas dengan tuala dan ais.
  4. Elakkan menyentuh, memegang atau menggaru kawasan kulit yang terkena bisa charlie.
  5. Pergi ke klinik atau hospital kalau masih tidak sembuh juga.

Mama pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan selalu check tempat-tempat yang selalu dijadikan sarang semut ni.

Kalau cara yang Mama gunakan tak menjadi jangan mengalah, Mama cuba lagi cara yang lain pula. Selamat mencuba Mama!


Macam mana nak hilangkan kesan panau? Klik di SINI.