KelabMama

WAJIB Cuba! 15 Cara Halau Tikus di Rumah, Dapur, Atas Siling & Lain-lain

Kewujudan tikus dalam rumah seperti ‘datang tak berjemput, pulang tak berhantar’. Sudahlah begitu, kehadirannya juga boleh menyebarkan penyakit bawaan merbahaya.

Selain itu, barang-barang di dalam rumah kita juga semakin hari, semakin rosak disebabkan tabiat mereka yang suka menggigit. Makanan, perabot dan alatan memasak pun digigit oleh roden yang satu ini.

Kita kena buat sesuatu ni Mama. Kita perlu segera mulakan cara halau tikus dari tempat tinggal. Petua tradisional, bahan kimia serta beberapa kaedah lain ada dikongsikan dalam artikel kali ini.

Terus ikuti tips dan cara halau lipas di rumah dan tempat tinggal.

Senarai Petua Dan Cara Halau Tikus

Kredit gambar: heritagepestcontrolnj.com

#1 Makanan Sentiasa Bertutup

Kredit gambar: Shopee

Kalau ada makanan yang terbuka, memang laju lah tikus-tikus mendekati. Kita ingatkan tak ada apa berlaku, rupanya diam-diam dia cuil makanan kita dekat dapur. 

Sebab itu lah kita kena tutup lauk di atas meja dan ikat makanan dalam plastik dengan baik. 

#2 Serai Wangi

Kredit gambar: lemonilo.com

Tak rugi sebenarnya tanam pokok serai banyak-banyak dekat rumah. Kalau ada serangan ‘Cik Ti’ boleh lah kita gunakan sebagai senjata. 

Selain itu, Mama boleh juga cari produk semburan haiwan perosak di pasaran. Fungsinya masih sama iaitu membuatkan deria bau tikus rasa tidak selesa. 

#3 Tutup Laluan Tikus

Kredit gambar: ephesossoftware.com

Tak kira sekecil apa pun laluan pintu, tingkap dan celah dinding, lakukan sesuatu cepat. Lagipun, tikus kan suka menggigit.

Pasangkan jaring, papan atau simen bahagian dinding yang berongga. 

#4 Essential Oil

Minyak pokok teh, eucalyptus dan pudina antara pilihan utama yang boleh Mama cuba untuk menghalau tikus. Aroma mentol dari daun pokok-pokok tersebut menutup jejak feromon yang dilalui tikus.

#5 Perangkap Tikus

Kredit gambar: kompas.com

Ada pelbagai jenis perangkap tikus terdapat di pasaran. Perangkap jenis spring, sangkar dan gam antara yang berkesan menangkap tikus. Letakkan di tempat laluan tikus dan jangan lupa letakkan makanan untuk menarik perhatian tikus.

#6 Racun TIkus dalam Bekas Perangkap

@ijrglobal

Perangkap tikus DIY untuk jaga kain kain kt kilang supaya tak kene kerit tikus

♬ original sound – MILLI – MILLI

Dapatkan di kedai atau buat sendiri. Dikatakan cara ini berjaya mengurangkan bilangan tikus di rumah. Memandangkan permukaan bekas perangkap licin, tikus tidak dapat lari ke mana-mana.

#7 Buah Kepompong

Letakkan beberapa biji buah kepompong muda mahupun masak di tempat kegemaran tikus. Lebih baik kalau Mama tahu di mana sarangnya, boleh letakkan di situ.

#8 Bela Kucing

Kredit gambar: kibrispdr.org/

Seperti kartun ‘tom and jerry’. Tikus dan kucing saling bermusuh, kita boleh manfaatkan keadaan ini untuk menghalau haiwan perosak hadir di rumah. 

#9 Kulit Durian

Kredit gambar: Kosmo

Kebanyakan haiwan perosak ada sensitiviti deria bau yang kuat. Bau dari kulit durian tidak menyenangkan tikus. Mereka akan lari dari tempat yang terdapat kulit durian.

#10 Bagi Amaran

Kredit gambar: propertyguru.com.my

Kalau boleh tangkap satu tikus selepas itu cat dengan warna terang seperti merah kemudian lepaskan kembali. Tikus-tikus lain yang melihatnya akan takut dan tidak berani berada di dapur kita lagi. 

#11 Kapur Barus/ Ubat Gegat/ Naftalena

Kredit gambar: unismartpest.com.my

Kalau Mama inginkan kesan lebih berkesan, hancurkan kapur barus dan letakkan di kawasan tumpuan tikus berkeliaran. Tidak perlu terlalu halus, cukup sekadarnya sahaja. 

#12 Cara Halau Tikus Dengan Jering

Kredit gambar: pertanianselangor.wordpress.com/

Beli sayur jering atau jengkol di pasar yang masih bertangkai. Bau jering yang kuat memadai untuk membuatkan kelompok tikus tidak selesa. 

#13 Buah Mengkudu

Kredit gambar: people.utm.my

Potong buah mengkudu ke beberapa bahagian. Terpulang Mama ingin potong kecil atau saiz yang lebih besar. Kemudian, masukkan ke dalam bekas dan letakkan di dapur, bilik atau ruang tersembunyi yang lain. 

#14 Tutup Bakul Sampah

Kredit gambar: Shopee

Gunakan bakul sampah yang bertutup begitu juga tong sampah yang di luar rumah. Tambahan pula, letakkan tong sampah di tempat teduh untuk mengelakkan bau dan mengurangkan kadar penguraian pereputan sampah.

#15 Simpan Makanan Haiwan Peliharaan

Kredit gambar: kompas.com/

Sedangkan kotak pun tikus boleh gigit apatah lagi makanan haiwan peliharaan. Selepas kucing Mama selesai makan, segera bersihkan tempat dan cuci bekas makanan. 

Harap-harap menjadilah usaha kita menghalau tikus selepas melakukan cara-cara menghalau haiwan perosask tersebut. Kalau tak berjaya satu cara, cuba pula yang lain hingga kesemua tikus beredar dari tempat tinggal.

Jangan sesekali ambil ringan hal ini ya kerana tikus boleh menyebarkan virus membahaya. Lebih baik kita mencegah sebelum perkara lebih buruk berlaku dengan mencuba cara halau tikus yang berkesan ni.


Ikuti tips dan panduan yang memudahkan kehidupan kita yang lain DI SINI.