KelabMama

Halau ‘Semut Berkawad’ Dengan 8 Cara Berkesan Daripada Mama Siti Ini

Kehadiran semut merupakan perkara biasa bagi sesebuah rumah. Namun keadaan mungkin bertambah buruk bila semakin banyak semut menghurungi makanan.

Baru letak sekejap, dah beratur semut dan koloninya. Pada awalnya mungkin kita ada masa nak hapuskan menggunakan semburan aerosol. Lama-kelamaan, rasa geram bila semakin banyak semut mendekati makanan kita.

11 Cara Halau Semut (Cuka Buatan, Bahan Semulajadi dan Kapur)

Kredit gambar: Insects in the city

#1 Cuka

Kredit gambar: ExtermPRO

Larutkan cuka dengan air dan masukkan ke dalam botol semburan. Seterusnya, semburkan di kawasan tumpuan semut seperti di sekeliling makanan manis di atas meja makan. 

Selain itu, Mama juga boleh semburkan larutan cuka di tempat makanan haiwan peliharaan. Tambahan pula, laluan semut pun Mama perlu semburkan sekali supaya mereka tidak melalui jalan itu lagi. 

#2 Sabun + Air

Kredit gambar: Gates Garden Centre

Campurkan sabun dan air. Dapatkan botol semburan supaya mudah untuk menyembur di laluan semut. Jika tiada, Mama boleh renjiskan sahaja kawasan tertentu.

Selepas selesai menyemburkan air sabun, jangan lupa cuci tangan ya. 

Cara ini sangat sesuai di tempat-tempat sempit terutamanya jika semut membuat sarangnya di celahan dinding. 

#3 Kopi

Kredit gambar: Healthline

Bau dari kopi menyesakkan deria bau sang semut. Satu sudu serbuk kopi hanya boleh dihidu apabila kita meletakkannya dekat dengan hidung manusia. 

Namun tidak bagi semut. Semut mampu menghidu aroma kopi walaupun terletak jauh daripada mereka. 

Perhatian: Jangan guna serbuk kopi pracampuran 3 dalam 1. Kopi pracampuran mempunyai kandungan gula dan ia mungkin tidak berkesan menghalau semut.

#4 Jus Limau

Kredit gambar: Chef Heidi Fink

Aroma dari limau sendiri berkuasa menghalau semut dari tempat Mama. Seeloknya, jangan tambahkan air tambahan ya. Cukup perahkan sahaja jus dari limau nipis dan apa-apa jenis limau yang Mama perolehi.

#5 Daun Sirih

Kredit gambar: Liputan6.com

Caranya ialah Mama perlu racik halus daun herba sirih dan taburkan di tempat tumpuan semut. 

Sama seperti bahan semulajadi yang lain, ia mengganggu deria bau semut yang sangat sensitif dengan bauan yang menyengat. 

Alangkah baik kalau Mama ada menanam pokok sirih di rumah. Daunnya boleh kita manfaatkan untuk menghalau makhluk kecil seperti semut.

#6 Bedak/ Tepung

Kredit gambar: Sinar Plus-Sinar Harian

Masa kecil-kecil dahulu, Mak Mama Siti selalu taburkan bedak di kaki kerusi dan meja. Jenuh Mama Siti fikirkan apa sebabnya. 

Rupa-rupanya, nak cegah semut dari makanan di atas meja dan kerusi itu. Kalau tak ada bedak, Mama boleh juga gunakan alternatif tepung sebagai cara halau semut. 

#7 Cili Kering 

Kredit gambar: MyResipi

Cara seterusnya, Mama boleh DIY sahaja di rumah menggunakan bahan masakkan seperti cili. Rendam cili kering dalam air. Kemudian, ambil airnya untuk dijadikan semburan penghalau semut. 

Mama perlu berhati-hati ya. Pastikan tempat semburan jauh dari haiwan kesayangan dan anak-anak. Air cili kering boleh memedihkan Mama dan kadang kala mengakibatkan alahan.

#8 Kapur Anti Semut

Kredit gambar: Tribunnews.com

Kalau Mama lahir dalam tahun 80-an, mesti ada pengalaman menggunakan kapur di papan hitam. 

Kapur anti-semut sama dan serupa seperti kapur papan hitam. Caranya ialah dengan mencontengkan kapur di kaki meja dan semut yang dinaiki semut. 

#9 Cara Halau Semut Dengan Kulit Telur

Kredit gambar: Healthline

 Lepas pecahkan telur tu, Mama jangan terus buang. Kita gunakan kelebihan kulit telur untuk halau semut dari kawasan rumah atau pejabat kita. 

Caranya, bakar kulit telur hingga hangus. Seterusnya, abu kulit telur itu kita taburkan di tempat laluan semut.

Katanya, cara ini pun berkesan untuk halau lipan dan cicak. Mama Siti tak pasti tapi tak salah mencuba kan. 

#10 Kulit Limau/ Kulit Oren

Kredit gambar: The Indian Express

Bauan segar dari kulit limau sangat tidak disukai semut dan juga serangga lain. Jika Mama ingin menghalau cicak dan lipas pun boleh tiru tips ini ya.

Kupas kulit limau ke bahagian kecil dan letakkan di tempat yang sering dilalui semut dan serangga.

#11 Cara Halau Semut Menggunakan Daun Pandan 

Kredit gambar: Online Pasar

Semut tak suka bau daun pandan. Sama seperti ia bencikan bau daun sirih. 

Caranya mudah sahaja. Mama hanya perlu cincang halus daun pandan tersebut dan taburkan di kawasan tumpuan semut.

Kita ada pilihan nak halau semut dari tempat kita. Pilihan yang Mama Siti senaraikan bertujuan agar Mama dapat menyesuaikan dengan keadaan semasa.

Contohnya, mungkin sekarang Mama mempunyai bayi kecil yang masih ligat merangkak. Jadi tidak sesuai rasanya untuk memilih bahan kimia seperti kapur dan sabun.

Alternatif yang boleh diaplikasikan adalah dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu daun sirih, jus limau dan daun pandan.

Oh ya, tak dilupakan juga tentang doa halau semut dari kisah Nabi Sulaiman AS. Amalkan selalu supaya semut tidak lagi mengganggu rumah dan pejabat Mama.


Ikuti tips dan panduan yang memudahkan kehidupan kita yang lain DI SINI.