KelabMama

“Mak, ada monyet!” 7 Cara Halau Monyet Dari Rumah, Bilik, dan Kebun!

cara halau monyet di rumah

Habis buah jambu kena curi dan bilik disepahkan kalau monyet datang menyerang. Ada tujuh cara untuk halau monyet datang lagi. 

Tips yang Mama Siti kongsikan ini perlu disesuaikan dengan keadaan semasa agar tidak memudaratkan orang lain. 

7 Cara ‘DIY’ Halau Monyet

Ada cara yang boleh dibuat sendiri dan boleh juga kaedah yang perlu dibeli dari kedai. Cara DIY sediakan bahan-bahan campuran pun senang sahaja. Kebanyakannya boleh diperolehi dari dapur dan kedai runcit.

#1 Patung Ular dan Harimau 

Tips yang ini Mama Siti dah cuba dan memang menjadi kepada monyet-monyet yang datang ‘bertandang’ di kawasan rumah. 

Mama boleh dapatkan patung ular dan harimau di kedai-kedai yang menjual. Lebih mudah kalau Mama beli melalui internet. 

Selain itu, Mama Siti juga cadangkan agar Mama menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol, getah tayar motor dan warnakan seperti ular atau harimau. 

#2 Air Kencing Harimau

Kredit gambar: Aaroncxt

“Mana pula nak dapat kencing harimau ni Mama?”

Oh, maksud Mama Siti bukan lah air kencing harimau sebenar tetapi sebatian kimia yang mempunyai bau seakan-akan air kencing harimau. 

Sebatian ini boleh dibeli di pasar atas talian seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop atau di kedai fizikal iaitu di kedai racun perosak. 

#3 Belacan dan Ubat Gegat

Bak kata pepatah, ‘bagai kera kena belacan’ maksudnya menjadi gelisah dan tidak tenang. Rupanya perumpamaan tersebut memang berguna secara literal. 

Berikut ialah cara menyediakan campuran belacan dan ubat gegat:

  1. Bakar belacan dan tumbuk hingga hancur.
  2. Seterusnya, hancurkan pula ubat gegat.
  3. Buat lubang kecil pada penutup botol air mineral menggunakan paku atau gerudi. 
  4. Masukkan kedua-dua bahan yang telah dihancurkan tadi ke dalam botol air mineral dengan nisbah yang sama.
  5. Tutup botol dan gantungkan campuran bahan-bahan itu di dahan pokok.   

#4 Penggera Solar

Kredit gambar: Wind and Sun

Tambahkan perlindungan di rumah, kebun dan bilik Mama dengan memasang alat penggera berkuasa solar. 

Ini kerana alat penggera ini dapat mengesan kehadiran monyet dalam radius 6 meter jauhnya. Kekuatan bunyi 129 dB menjadi punca monyet menjauhi tempat itu oleh kerana bunyi bingit dari penggera.  

#5 Cakera Padat (CD)

Kredit gambar: Handimania

Kaedah seterusnya sesuai untuk kebun Mama yang selalu diserang monyet-monyet liar. Dikatakan CD boleh menghalau monyet dengan berkesan. 

Cara adalah dengan menggantungkan CD pada satu tali dan letakkan di laluan monyet. Ini kerana monyet tidak suka kepada cahaya silau dari pantulan matahari terhadap CD.  

#6 Serbuk Cili

Kredit gambar: Miss Mina

Buat bebola nasi yang dicampurkan dengan serbuk cili dan minyak kelapa untuk menghalau monyet.

Letakkan di sekitar rumah, kebun atau tepi tingkap supaya senang dicapai dan monyet makan. Sensasi panas dari cili mengakibatkan rasa terbakar di lidah monyet dan juga jadikan mereka rasa haus. 

#7 Duri

Kredit gambar: eHow

Letakkan duri pada dahan-dahan pokok di sekitar kawasan rumah atau kebun terutamanya pada pokok yang sering menjadi tumpuan monyet. 

Sesuaikan keadaan sama ada ingin menggunakan duri sebenar atau duri tiruan untuk menghalau monyet.

Betul Semua Cara Ini Berjaya? 

Kredit gambar: iStock

Bergantung kepada situasi dan kepintaran monyet-monyet yang datang. Monyet pun ada berbagai-bagai spesies, ada yang melawan dan ada yang takut dengan manusia. 

Elok nya kita cuba semua cara dan kenal pasti mana satu yang berjaya untuk spesies monyet yang serang rumah, kebun dan bilik. 

Kredit gambar: Tribun Jogja

Elakkan buah-buahan dicuri dan bilik disepahkan monyet melalui tujuh cara halau monyet yang Mama Siti kongsikan ini. 

Mana tahu kan, salah satunya berjaya mencegah kejadian serangan monyet lagi. 


Dapatkan lebih banyak tips penjagaan dan hiasan rumah di SINI!