KelabMama

11 Cara Halau Lalat Paling Berkesan – Nak DIY Pun Boleh

cara halau lalat

Ruangan yang ada lalat berterbangan selalu buat kita terganggu. Bukan kita semua tak tahu habitat dan aktiviti lalat.  Jadi, jom kita explore cara halau lalat!

Lalat gemar berada di tempat-tempat kotor. Lebih menjijikkan ia tidak hanya hinggap dan makan sahaja tetapi juga meninggalkan air liur dan najis di setiap tempat yang dihinggapi.

Dari satu makanan ke satu makanan, lalat boleh bertelur sehingga lebih dari 150 biji untuk satu-satu masa. Dalam kurang dari 20 jam, telur tersebut menetas menjadi larva yang disebut ulat belitung.

Dari satu makanan ke satu makanan, lalat akan bertelur sehingga lebih dari 150 biji untuk satu-satu masa. Dalam kurang dari 20 jam, telur tersebut menetas menjadi larva yang disebut ulat belitung.

Rupa-rupanya lalat mempunyai sepasang masa dengan ciri-ciri 4000 lensa setiap satu mata. Jadi, ia mampu melihat pergerakkan dari arah depan, belakang, kiri dan kanan. 

Disebabkan itu, kita perlukan cara halau lalat yang mudah tetapi berkesan. Ada cara tradisional dan cara moden. Paling penting 11 cara halau lalat ini sangat praktikal dan jimat kos.

Jenis Lalat Di Malaysia

Kredit gambar: PropertyGURU
  1. Lalat Rumah
  2. Lalat Buah
  3. Lalat Hijau (Langau)
  4. Lalat Daging

Lawan Lalat Dengan 11 Cara Mudah dan Berkesan Ini

Kredit gabar: Diva MY

#1 Perangkap Elektrik

Kredit gamar: V12gether

Bentuknya empat segi sama, lampu berwarna biru di bahagian dalam serta jaring besi di bahagian luar. Warna biru menarik perhatian lalat untuk menghampiri perangkap ini. 

Setiap kali lalat menghampiri alat ini, ia akan berbunyi ‘zap’ menandakan lalat itu terkena renjatan elektrik dan mati.  

#2 Botol Perangkap

Kredit gambar: Vanilla Kismis

Botol perangkap bertindak mengurung lalat. Botol perangkap lalat akan diletakkan feromon untuk menarik perhatian lalat jantan. Lalat yang terperangkap tidak dapat keluar lagi kerana tiada jalan keluar dari botol itu. 

#3 Pelekat

Kredit gambar: Lazada

Pelekat lalat ada gam yang sangat kuat. Lalat yang hinggap tak akan  mampu melepaskan diri lagi. Terdapat variasi pelekat di pasaran iaitu dengan aroma ikan masin atau yangtidak berbau. Disebabkan gam yang terlalu kuat membuatkan kaki lalat tidak boleh melepaskan diri dan akhirnya mati.    

#4 Pemukul Lalat

Kredit gambar: Tribunnews.com

Fungsinya sama seperti perangkap lalat elektrik iaitu membunuh lalat dengan kejutan elektrik. Reka bentuk alat ini ialah seperti raket tenis. Cara menggunakannya adalah dengan memukul lalat seperti bermain badminton. Mama perlu peka dan pantas kerana lalat bergerak dengan sangat pantas. 

#5 Ayunan Air

Kredit gambar: PropertyGURU

Mama Siti selalu nampak di pasar ikan masa kecil dahulu. Air diisikan dalam plastik dan diikat. Seterusnya, ia digantung dan dibiarkan berayun. 

Disebabkan lalat sangat sensitif dengan sesuatu yang menghampirinya maka setiap kali ayunan air bergerak ke kanan dan ke kiri, lalat akan terbang ke tempat lain. 

#6 Serai Wangi

Kredit gambar: Dekoruma

Aroma dari serai wangi sangat tidak disukai lalat dan haiwan perosak yang lain. Bagi mereka, bau serai wangi sangat menyengat deria bau lalat. Tanaman ini mengusir haiwan perosak datang ke rumah Mama. 

#7 Daun Kari

Kredit gambar: Shopee

Tanaman kedua yang dibenci lalat ialah daun kari. Caranya senang sahaja. Ambil secekak daun kari dan rendam dalam air. Kalau nak lebih advanced, masukkan campuran air itu ke dalam botol semburan. Lalu semburkan ke kawasan yang menjadi tumpuan lalat. 

#8 Lilin

Kredit gambar: RASA

Cara halau lalat yang paling rendah kosnya iaitu dengan menyalakan lilin. Haba dari api lilin menyebabkan ketidakselesaan kepada lalat. Nyalakan lilin dan letak di meja yang banyak lalat terutamanya yang ada banyak lauk pauk.

#9 Singkirkan Makanan Yang Menarik ‘Minat’ Lalat

Kredit gambar: Bobo.ID

Lalat suka makanan yang dah rosak, tempat kotor dan makanan yang terdedah. Oleh itu, Mama perlu bijak mengemas rumah terutamanya bahagia dapur. Lauk yang hampir rosak lebih baik terus dibuang manakala makanan hendaklah sentiasa ditutup dengan tudung saji. Tong sampah juga sama, perlu sentiasa ditutup rapat dan diikat.

#10 Cuka dan Alkohol

Kredit gambar: Kompas.com

Jangan tak tahu, cuka dan alkohol pun boleh halau lalat terutamanya lalat buah. Paling mudah Mama perlu bukakan sahaja penutup botol dan letakkan berdekatan buah-buahan. Jika ruang sempit, tuangkan cuka atau alkohol ke bekas kecil. 

#11 Kapur Barus

Kredit gambar: Kompas.com

Bahan kimia paling dibenci lalat, lipas, cicak dan tikus. Fungsinya ialah mengaburi bau buah-buahan atau makanan yang telah rosak. Bau kapur barus lebih kuat berbanding bau sampah, oleh itu lalat terbang jauh dari tempat tersebut. Baunya juga menyebabkan lalat tidak selesa.

Pentingnya kita halau lalat dengan cara yang mudah, jimat dan semestinya berkesan. Dekat sini Mama Siti kongsikan 11 cara halau lalat supaya Mama boleh cuba yang mana satu sesuai dengan situasi Mama. 

Geli rasanya bila dapat tahu lalat selalu tinggalkan najis dan air liurnya. Patutlah tangannya seperti menggesek-gesek antara satu sama lain. 

Nasib baik ada macam-macam cara nak halau lalat dari tempat kita kan. Boleh lah makan dengan tenang lepas ni. Oh ya, Mama pun boleh cuba cara ini untuk halau lipas, cicak dan lipan juga. 

Semoga lalat segera dinyahkan dari tempat tinggal kita.