KelabMama

Awas Serangan Anai-Anai! 11 Cara Halau Anai-Anai Secara Semulajadi di Rumah

Anai-anai, si kecil makhluk perosak. Sudahlah kecil, kerosakkan yang dilakukan pun bukannya sedikit. Silap hari bulan boleh roboh perabot di rumah kita. Tak nak lah macam tu kan. Jadi, Mama Siti nak bantu Mama cara halau anai-anai secara semulajadi di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa didapati di rumah.

Tetapi sebelum itu, elok kita tengok dulu tanda-tanda kewujudan anai-anai di rumah. Tips dan petua ini boleh dijadikan petunjuk dimana letak sarang serangga perosak itu.

Tanda Anai-Anai ‘Bermaharajalela” Di Rumah Mama

Kredit gambar: detik Health

Perhatikan tanda-tanda di bawah. Jika terdapat salah satu atau lebih, segera buat langkah menghalau untuk mencegah anai-anai membiak lebih banyak di rumah dan merosakkan perabot.

  1. Serpihan kayu di sekeliling rumah: Anai-anai ialah serangga pemakan kayu, jadi serpihan kayu di sekeliling rumah ialah petanda ada anai-anai.
  1. Lubang kecil pada kayu: Anai-anai akan membuat lubang kecil pada kayu ketika membina sarangnya. Jika Mama melihat lubang kecil pada kayu di sekeliling rumah, ini mungkin petanda anai-anai berada berhampiran.
  1. Sayap serangga: Anai-anai sering ditemui di sekeliling kayu yang rosak. Perhatikan jika Mama melihat anai-anai atau serangga menyerupai habuk papan di sekeliling rumah.
  1. Bunyi tertentu di sekeliling kayu: Anai-anai boleh mengeluarkan bunyi tertentu apabila mereka menggigit kayu. Dalam keadaan senyap sunyi, kenal pasti jika terdapat bunyi di dinding rumah. 
  1. Serangan anai-anai: Jika Mama melihat banyak anai-anai di sekeliling rumah Mama, tidak lain, tidak bukan. Rumah Mama sudah pun menjadi mangsa serangan anai-anai. 

11 Cara Halau Anai-Anai Secara Semulajadi di Rumah

#1 Dedahkan perabot kepada cahaya matahari

Kredit gambar: Hipwee

Letakkan perabot kayu Mama di bawah matahari selama sekurang-kurangnya lapan jam selama tiga hari. Cahaya matahari akan mengeringkan kayu lembab sekaligus akan membunuh anai-anai yang tinggal di dalam perabot rumah. 

#2 Cara Halau Anai-anai Dengan Cuka

Kredit gambar: Shopee

Campurkan cuka dengan air dan semburkan pada kawasan yang terjejas. Anai-anai tidak suka bau masam cuka.

#3 Perabot bersih yang jarang digunakan

Kredit gambar: berkem.ru

Anai-anai suka bersarang di perabot yang jarang digunakan, jadi pastikan Mama membersihkan perabot yang jarang digunakan dengan kerap.

#4 Suhu sejuk

Kredit gambar: Whirlpool

Balut perabot Mama dengan plastik kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama dua minggu untuk membunuh anai-anai. Suhu keterlaluan tidak sesuai kepada anai-anai sekaligus merosakkan ekosistem kehidupannya. 

#5 Gel lidah buaya (aloe vera)

Kredit gambar: Vogue India

Sapukan lidah buaya di seluruh perabot kayu dan kawasan kayu rumah Mama. Apabila gel aloe vera sudah mengering, sapukan lebih banyak untuk menghalang anai-anai daripada bergerak keluar dari perabot. 

Akhirnya, anai-anai akan tersangkut pada tempatnya dan lama-kelamaan mati. 

#6 Minyak zaitun dan cuka

Kredit gambar: Tokopedia

Campurkan empat bahagian minyak zaitun dengan satu bahagian cuka. Sembur perabot kayu Mama atau perimeter rumah Mama dengan campuran itu. Ulang proses ini setiap hari untuk mengelakkan anai-anai membiak lebih banyak.

#7 Cara Halau Anai-anai Dengan Garam

Kredit gambar: detikHealth

Taburkan pada celahan di rumah Mama. Anai-anai tidak suka garam, ia akan akan mati dalam masa beberapa jam selepas itu. 

#8 Semburan minyak

Kredit gambar: Wikipedia

Ambil sebotol minyak neem dan cairkan dengan air kemudian, sembur minyak pada perabot kayu atau di sekitar rumah Mama. Minyak neem membunuh anai-anai apabila ia menelannya. 

#9 Serai Wangi

Kredit gambar: Shopee

Cara pertama, potong nipis serai wangi dan taburkan di kawasan yang terdapat anai-anai. Cara kedua, potong nipis serai wangi, kisar sehingga halus dan sembur di kawasan tersebut. Ulang langkah ini sehingga anai-anai hilang.

#10 Air basuhan beras

Kredit gambar: Root Of Science

Ketika membasuh beras, Mama simpan air basuhan yang pertama. Selepas itu, curahkan ke dalam sarang anai-anai untuk menghalau makhluk perosak tersebut. 

Nota: Air basuhan beras juga boleh baik untuk mencuci muka dan menyuburkan tanaman. 

#11 Asap

Kredit gambar: Berita Harian

Asapkan sarang anai-anai selama beberapa jam. Asap menyebabkan anai-anai sesak nafas. Ia akan lari bertempiaran menyelamatkan diri. 

Namun kaedah ini mempunyai kelemahan kerana anai-anai mungkin akan membina sarang di tempat lain di rumah Mama. 

Kredit gambar: Rapidkill Pest Control

Anai-anai ialah serangga perosak yang mesti dicegah dengan kadar segera. Kalau Mama jumpa petunjuk kewujudan anai-anai, jangan berlengah lagi.

Segeralah lakukan 11 langkah menghalau anai-anai di rumah secara semuajadi. Baik, bertindak segera sebelum lebih banyak perabot dimakan anai-anai.


Lebih banyak tips dan petua rumahtangga ada di SINI!