KelabMama

Pakaian Berbau? Cuba Check, Betul ke Cara Mama Cuci Mesin Basuh Tu? 8 Cara Yang Tip-top!

Kalau sebelum ini dah cuba satu cara tapi baju masih bau hapak lagi. Kali ini Mama Siti senaraikan lapan alternatif lain untuk mencuci mesin basuh Mama.

“Ada tak cara nak basuh ‘front load’ punya mesin basuh, Mama Siti? “

Ada, mestilah ada. Mama Siti ada tuliskan cara mencuci mesin basuh khas untuk front load di poin nombor empat. 

Kenapa pentingnya cuci mesin basuh ni? 

Dalam mesin basuh ada penapis. Kadang-kadang istilahnya ‘lint trap’ atau ‘filter’. Tujuannya untuk memerangkap kotoran yang bersaiz besar dan halus daripada baju-baju yang dibasuh. 

Apabila telah terlalu banyak kotoran terperangkap, maka mana-mana bahan cucian dan pelembab pun tidak berkesan pada pakaian Mama. Kerana itulah, kadang kala pakaian Mama berbau hapak selepas dibasuh.

8 Cara Cuci Mesin Basuh (Menggunakan Pencuci Khas, Cuka dan Peluntur)

Melalui perkongsian Mohd Hamizan di laman facebook. Beliau berkongsi cara mencuci mesih basuh dari kotoran yang tersembunyi. Walaupun sudah hampir dua tahun perkongsian ini ditulis, tapi masih lagi relevan untuk diaplikasikan. 

Langkah #1: Menggunakan Serbuk Pencuci Mesin Basuh

  1. Pada mesin cuci Mama, pilih tub hygiene.
Kredit gambar: Mohd Hamizan
  1. Apabila air memenuhi separuh bahagian mesin cuci, terus tuangkan serbuk pencuci mesin basuh – boleh didapati di pasaraya berdekatan atau secara atas talian.
  2. Mesin cuci akan berhenti seketika untuk kotoran bertindak balas dengan serbuk.
Kredit gambar: Mohd Hamizan
  1. Tekan ‘pause’ dan biarkan mesin basuh berada dalam mode tersebut selama beberapa jam.
  2. Kemudian, cuci bahagian penapis supaya aliran air lancar dan lakukan pada setiap pusingan.
Kredit gambar: Mohd Hamizan
  1. Kesemuanya ada tiga pusingan. Mama hanya perlu ulangi langkah tersebut sehingga mesin basuh Mama diyakini bersih.
  2. Setelah selesai buang semua habuk yang ada, Mama boleh hidupkan mesin basuh seperti basuhan baju yang normal tetapi tanpa pakaian, untuk memastikannya betul-betul bersih untuk cucian yang seterusnya.

Perlu diingat, proses mencuci mesin basuh ini memerlukan masa yang agak lama. Jadi pastikan Mama dan Ayah telah pun menyelesaikan segala kerja yang berkaitan dengan mesin basuh ya. 

Langkah #2: Menggunakan Soda Bikarbonat + Cuka

Selain itu, Mama juga boleh ikut cara cuci mesin basuh dengan menggunakan bahan pembersih yang lebih mesra alam seperti soda bikarbonat dan cuka ini.

> Mesin Basuh Jenis Top Load

Berikut ialah cara agar mesin basuh Mama kembali menjadi bersih seperti awal-awal beli dahulu:

  1. Buka bahagian penapis dalam mesin cuci.
  2. Bersihkan kotoran dalam penapis dan cuci dengan air bersih.
  3. Pasangkan kembali penapis ke tempat asalnya.
  4. Kemudian, campurkan soda bikarbonat dan cuka ke dalam tempat deterjen.
  5. Pada tetapan mesin basuh, pilih ‘tub cleaning’.
  6. Biarkan mesin basuh melakukan kerja pembersihan selama 30 minit.

> Mesin Basuh Jenis Front Load

  1. Tuangkan setengah cawan baking soda ke dalam drum. Seterusnya masukkan satu cawan cuka ke dalam bahagian sabun pencuci. 
  2. Pilih tetapan ‘clean tub’ 
  3. Buat untuk pusingan kedua. Kali ini masukkan setengah cawan peluntur dalam tempat sabun dan bilas
  4. Tempat letak sabun dan bekas softener pakaian hendaklah dicabut dan dicuci bersih

Langkah #3: Span, Kain dan Berus (Mesin Basuh Manual)

Kredit gambar: mStar

Bagi yang masih menggunakan mesin basuh manual di rumah, Mama boleh cuba cara bersih mesin basuh seperti di bawah:

  1. Buka skru di bahagian tengah mesin basuh dengan screwdriver.
  2. Angkat penutup dengan screwdriver dari lubang tengah.
  3. Cuci kotoran dengan menggunakan span, kain atau berus yang bersesuaian.
  4. Selesai dicuci, pasangkan kembali penutup dan skru. 

Selain daripada itu, Mama juga boleh cara mencuci mesin basuh seperti yang dikongsi Hani Mynis ini.

Beliau ada berkongsi tiga cara untuk mencuci mesin basuh – dari cara manual hingga cara automatik, dan dari masa pembersihan paling cepat hingga paling bersih. 

Apa yang paling penting, setiap kali sebelum memilih mana-mana cara cucian, Mama perlu bersihkan lint trap atau penapis di bahagian dalam drum mesin basuh. Tujuannya supaya kotoran dapat disingkirkan secara keseluruhan. 

Langkah #4: Tetapan ‘Tub Clean’

Kredit gambar: inimeeya.blogspot.com
  1. Hidupkan mesin basuh dan pilih ‘Tub Clean. Manakala paras air hendaklah di paras paling tinggi.
  2. Masukkan pencuci pilihan.
  3. Biarkan mesin cuci melakukan kerjanya hingga selesai.
  4. Jika ada kotoran keluar, buangkan kotoran dari drum mesin basuh.
  5. Basuh persekitaran drum dan tempat bahagian sabun pencuci.
  6. Kemudian, bilaskan mesin basuh seperti mana Mama basuh baju, tetapi, biarkan mesin itu kosong.

Langkah #5: Tetapan ‘Soak’

Cucian mesin basuh dengan cara ‘tub clean’ yang mengambil masa kira-kira 90 minit:

Kredit gambar: AJ Madison
  1. Hidupkan mesin basuh dan pilih program seperti berikut: Program (SOAK) – water level (HIGH) – START 
  2. Masukkan pencuci pilihan.
  3. Selepas drum mesin basuh direndam selama 30 mini, ia akan secara automatik melakukan pusingan wash-rinse-spin selama 60 minit.
  4. Jika ada kotoran keluar, buangkan semuanya dari drum mesin basuh.
  5. Basuh persekitaran drum dan tempat bahagian sabun pencuci.
  6. Kemudian, bilaskan mesin basuh.

Perhatian: Apabila menggunakan cara cucian menggunakan cara ‘soak’, mesin basuh akan berhenti untuk beberapa ketika. Ini bermakna drum hanya akan bergerak setiap satu jam sekali.

Langkah #6: Secara Manual

Cucian mesin basuh dengan cara ‘soak’ mengambil masa kira-kira 114 minit:

Kredit gambar: Repair Aid
  1. Hidupkan mesin basuh dan pilih program (WASH ONLY) – START.
  2. Masukkan pencuci pilihan.
  3. Selepas 20 minit, matikan mesin basuh dengan menekan OFF.
  4. Biarkan mesin basuh selama 30 minit hingga sejam.
  5. Lalu, buangkan air dari dalam drum mesin basuh dengan tetapan: POWER > PROGRAM (RINSE) > START
  6. Biarkan penutup mesin basuh terbuka. Apabila ada bunyi pada mesin basuh, tutup semula penutup mesin basuh.
  7. Jika ada kotoran keluar, buangkan semuanya keluar dari drum mesin basuh.
  8. Basuh persekitaran drum dan tempat bahagian sabun pencuci.
  9. Kemudian, bilaskan mesin basuh. Caranya pilih tetapan: POWER – PROGRAM (QUICK WASH) – WATER LEVEL (EXTRA LOW).

Langkah #7: Dengan Menggunakan Peluntur

Cucian mesin basuh dengan secara manual mengambil masa kira-kira 69 minit:

  1. Pilih cucian air dengan suhu biasa atau air panas.
  2. Tuangkan peluntur di bekas peluntur dalam mesin basuh. Kemudian pilih tetapan basuhan secara automatik.
  3. Jika tidak tersedia bekas peluntur, Mama tuangkan sahaja ke dalam drum mesin basuh dengan ukuran kira-kira 125 ml peluntur.
  4. Selepas selesai basuhan. Lakukan bilasan tambahan dengan tetapan yang baru. Tujuannya agar tiada sisa peluntur yang tinggal dalam drum mesin basuh. Jika tidak, ia akan merosakkan baju Mama nanti.

Mencuci mesin basuh sangat penting agar pakaian Mama kekal berbau wangi. Tetapi yang paling utama ialah supaya semua baju yang dibasuh bersih dan tidak berbau hapak. 

Namun, untuk mendapatkan mesin basuh yang bersih, kita perlu ikut cara yang betul. Pertama sekali, bersihkan bahagian penapis kemudian cuci drum mesin basuh. Akhir sekali, bilas drum sekali lagi dengan air bersih. 

Jangan lupa untuk cuci bahagian luar mesin basuh tu juga ya. Hanya lap dengan kain untuk menghilangkan kotoran dan debu yang melekat. Barulah nampak baru!

Kalau satu cara belum mampu membuatkan pakaian Mama berbau wangi, Mama boleh cuba enam cara lain yang Mama Siti senaraikan di atas ya. 


Ikuti tips dan panduan yang memudahkan kehidupan kita yang lain DI SINI.