KelabMama

Soda Bikarbonat dan Lemon Antara 3 Cara Cuci Air Fryer Sampai Berkilat!

Dari goreng ikan sampai goreng ayam pun kita tetap gunakan air fryer yang sama. Kalau lama tak dibersihkan ia akan berbau dan jadi tempat bakteria membiak. 

Mama Siti nak kongsi tiga cara cuci air fryer dan bakulnya sekali. Mudah saja hanya perlu bahan-bahan seperti di bawah. 

Cara Cuci Air Fryer – Bakul

Kredit gambar: The Spruce

Bakul perlu dipisahkan dari air fryer untuk memudahkan kerja-kerja mencuci. Air fyer juga hendaklah dipastikan sudah betul-betul sejuk kerana jari Mama boleh melecur jika menyentuh coil dalam air fryer itu. 

Item Yang Diperlukan:

#1 Tutup suis air fryer dan cabut palamnya sekali. Pastikan air fryer betul-betul sejuk sebelum memulakan proses pembersihan. 

#2 Selepas itu, kita akan keluarkan bakul dari tempatnya. Lap bakul dan jaringnya menggunakan tisu bersih untuk menyerap minyak yang tersisa ketika memasak.

#3 Bagi menanggalkan kotoran degil, sediakan bahan rendaman bakul seperti ½ soda bikarbonat dan satu penutup cuka putih. Kemudian, gunakan ia untuk menyental kotoran pada bakul air fryer. 

#4 Langkah seterusnya, tuang air panas ke dalam bakul dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Dalam masa yang sama gunakan span atau berus lembut plastik untuk menanggalkan sisa kotoran. Selesai langkah ini, Mama boleh buangkan airnya. 

#5 Seterusnya, guna span lembut yang direndamkan dalam sabun pencuci untuk bilas bakul dan jaring air fryer. 

Kemudian, cuci dengan air bersih dan lap menggunakan tisu atau kain hingga kering. 

Cara Cuci Air Fryer – Bahagian Dalam

#1 Letakkan air fryer dalam posisi melintang atau baring. Jangan lupa alaskan di atas tuala, bubble wrap atau bahan yang lembut supaya tidak calar. 

Nota: Wayar tidak boleh terhimpit untuk menjaga keselamatan dan elakkan kerosakan. 

#2 Langkah kedua, lembabkan sehelai kain dan lap bahagian pemanas atau coil air fryer. Jika terdapat air berlebihan di kain lap, perahkan agar air tidak menitis dalam air fryer. 

#3 Jangan lupakan bahagian bawah coil air fryer. Dengan menggunakan kain lap yang sama, bersihkan hingga hilang kotoran yang melekat. Begitu juga dengan tempat letak bakul dan bahagian luar air fryer. 

Cara Cuci Air Fryer Dengan Hirisan Lemon

Kaedah ini boleh diamalkan untuk air fryer yang pertama kali digunakan atau bagi air fryer yang sudah lama dipakai. 

Selain lemon, Mama juga boleh gantikannya dengan hirisan limau nipis dan susun dalam air fryer untuk mencuci. 

#1 Pertama sekali, Mama perlu hiris beberapa keping buah lemon. Kemudian susun dalam air fryer dan tetapkan pada suhu 200℃. Hidupkan pemasa selama 10 minit. 

Kredit gambar: TikTok/ sandy90shop

#2 Kaedah ini adalah untuk mengelakkan bau minyak melekat pada makanan yang ingin di masak dalam air fryer. 

Kredit gambar: TikTok/ sandy90shop

#3 Seterusnya, kita akan cuci dengan sabun pencuci pinggan mangkuk. Kemudian, lap dengan tisu atau kain bersih hingga kering. Lap juga bahagian tempat letak bakul untuk membuang semua kotoran yang melekat. 

Kredit gambar: TikTok/ sandy90shop

Nak masakan sedap walaupun guna air fryer, rajin-rajin kan lah untuk selalu cuci air fryer. Bila tak ada kotoran, bakteria pun tak membiak. 

Lagipun, tak susah sangat cara bersihkan air fryer ni kan. Paling penting kena ada kain lap dan bahan pencuci. Pastikan ciri-ciri keselamatan diutamakan semasa membersihkan air fryer. 


Dapatkan lebih banyak tips di dapur dan rumah tangga di SINI!