KelabMama

Cara Buat Air Barli Yang Mudah dan Sedap

air barli

Siapa kat sini suka minum air barli? Samalah dengan Mama Siti, favourite sangat air barli ni. Suka sangat minum masa mengandungkan anak pertama dulu. Pasti ramai yang tahu barli mengandungi banyak kebaikan kepada kehidupan yang sihat, terutamanya untuk Mama yang sedang mengandung atau menyusukan bayi. Cara buat air barli ni juga mudah tau!

Untuk pengetahuan mama, barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di Timur Tengah. Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat. Bijirin barli ni merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir lima kali zat besi dalam bayam, tujuh kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada 100 gm barli.

Banyak yang Mama Siti nak share dengan mama semua tentang khasiat air barli ni. Kalau mama nak tahu air barli ni menjadi amalan Rasulullah SAW tau. Baginda mengamalkan barli sebagai salah satu makanan sunnah yang baginda amalkan seperti di dalam hadis berikut: 

“Nabi apabila keluarganya terkena demam, maka beliau memerintahkan mereka membuat sup barli.” H.R. Ibnu Majah (3440)

Diriwayatkan dari ‘Aisyah

Mama semua tahu tak, selain daripada pelbagai khasiat yang disenaraikan, barli juga boleh membantu mencantikkan kulit wanita. Kalau ada yang belum rasa keenakan air barli, inilah masanya untuk mama mencuba resipi mudah membuat air barli ni. Dah cuba sekali pasti nak lagi!

Cara Buat Air Barli

Bahan-bahan yang diperlukan 

Sebenarnya, nak buat air barli ni senang je mama. Ada pelbagai cara, resepi dan petua yang boleh mama cuba untuk menghasilkan air barli paling sedap mengikut citarasa mama sendiri.

Bahan-bahan asas yang diperlukan pun mudah je nak didapati. Untuk hidangan 4 orang, mama cuma perlukan

Kandungan gula boleh diubah mengikut selera mama dan keluarga. Kalau Mama Siti lebih suka gunakan gula batu kerana pada Mama Siti rasanya taklah terlalu manis seperti gula biasa. Tapi walau apapun Mama Siti nak pesan supaya kurangkan manis dalam minuman, dan lebihkan manis dalam senyuman hehe! 

Foto kredit: Cookpad

Cara-cara

  1. Sebelum mama nak masak barli, mama kena basuh dan rendam bijirin barli terlebih dulu. Lebih baik kalau bijirin barli tu direndam satu hingga tiga jam.  
  2. Kemudian, mama cuci dan toskan. Selepas itu, bolehlah mula memasak air barli. Masukkan semua bahan-bahan iaitu bijirin barli yang sudah direndam dan dicuci, daun pandan, gula dan air serta rebuskan. 
  3. Masak dengan api sederhana perlahan sehingga air mendidih. Siap! Mudahkan?
Foto kredit: Nyonyalicious

Air barli boleh dihidangkan sama ada sejuk atau panas. Bagi menaikkan rasa, Mama juga boleh masukkan kulit kayu manis semasa merebus. 

Mama Siti juga suka tambahkan hirisan lemon atau madu di dalam barli ais. Padu rasanya, menambahkan selera! Mama kena cuba dulu baru tahu.

Lagi satu, kalau ada lebihan barli mama jangan buang pula ya. Sayang kalau buang. Mama boleh cuba buat bubur atau smoothie. Kalau disimpan di dalam peti, air barli ni boleh tahan sehingga 3 ke 5 hari tau.

Foto kredit: Hijab & heels

Kebaikan Air Barli 

  1. Tak hairanlah kenapa air barli ni selalu menjadi pilihan ibu yang masih breastfeed kerana air barli boleh meningkatkan kadar penghasilan susu badan. Mama boleh campurkan air barli yang panas dengan satu sudu teh jintan manis, biarkannya selama lima ke 10 minit dan kemudian minumnya.
  2. Air barli sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung. Ia juga boleh kurangkan morning sickness tau!
  3. Air barli adalah air yang terbaik untuk mama menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan mama, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan. Daripada mama minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini mama bertukar kepada air barli. Ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.
  4. Air barli boleh membantu melancarkan sistem penghadaman. Ini kerana air barli beralkali dan dipenuhi dengan serat sebab tu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.
  5. Mama juga boleh mengamalkan air barli semasa mama mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dalam darah.
  6. Merawat urinary tract infections (UTI), ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan meminum air barli, mama boleh merawat, ataupun mencegah masalah ni. Barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.
  7. Beras barli kaya dengan magnesium yang boleh mencegah penghasilan batu karang selain daripada membantu mama menyahtoksinkan badan.
  8. Sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.
  9. Air barli boleh membantu mengeluarkan toksik dari badan dan memberikan mama kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat tau.

Banyak lagi sebenarnya khasiat air barli ni. Jadi rajin-rajinlah minum dan amalkan air barli ni. Dah lah cara nak buat air barli ini pun senang, bahan-bahan pun senang nak dapat, menyihatkan tubuh badan, siap mencantikkan kulit lagi! Tak rugi kalau mama jadikan air barli ni antara air kegemaran.

Semoga membantu!

Pesan Mama Siti

Selain makanan, minuman yang sihat dan berkhasiat juga penting untuk diamalkan. Air dapat membantu mengelakkan dehidrasi dalam badan. Bahaya tau kalau tak cukup air dalam badan kita. Oleh itu, pastikan Mama minum minuman daripada sumber semula jadi, elakkan kandungan gula yang tinggi dan minuman berkarbonat.