KelabMama

Nak Pilih Siapa Tu? Cara Mudah Mama Boleh Didik Anak Tentang Pilihan Raya

Kredit gambar: Shutterstock

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi. Adakah Mama dan Papa sudah membuat persiapan yang sewajarnya untuk Pilihan Raya kali ini?

Tarikh yang ditetapkan adalah 19 November 2022, anak-anak Mama mungkin melahirkan perasaan ingin tahu tentang mengundi kerana ia adalah topik yang tidak boleh dielakkan. Rata-rata orang akan membincangkan hal ini. Termasuk la keluarga, jiran-jiran mahupun orang sekeliling.

Dengan Pilihan Raya semakin dekat, ia adalah masa yang sesuai untuk Mama dan Papa becakap tentang ini bersama anak-anak. Sebagai ibu bapa, kita harus mendidik anak-anak kita tentang kepentingan mengundi, proses pilihan raya, dan hak demokrasi kita.

Bagi anak-anak yang baru mencapai usia 18 tahun, kali ini juga merupakan kali pertama mereka berhak untuk mengundi, terutamanya bagi yang berumur antara 18 hingga 20 tahun. Berikut merupakan beberapa tips yang Mama Siti boleh kongsikan dengan Mama Papa.

5 Simple Tips Untuk Cakap Tentang Pilihan Raya Dengan Anak-Anak

Kredit gambar: Shutterstock

Untuk masa depan yang lebih cerah, anak-anak kita perlu dibesarkan dengan menjadi rakyat yang sedar tentang hak sosial, dan tanggungjawab untuk kehidupan yang lebih baik.

Jika Mama mempunyai anak yang berumur 18 tahun keatas, terdapat beberapa faktor tentang pilihan raya yang mereka dan juga Mama Papa sendiri harus tahu. Antaranya adalah:

  1. Terangkan proses pengundian dan adakan “pilihan raya” keluarga.
    Sering kali kita membuat pengundian untuk memilih tempat makan ataupun cerita apa nak tengok di wayang/televisyen. Mengundi dalam kata mudah cuma cara untuk sekumpulan orang memutuskan sesuatu. Galakkan perdebatan olok-olok yang tak terlalu serius untuk fahamkan apa itu hak kita dengan alasan yang munasabah. Tetapkan peraturan iaitu, undian majoriti adalah pemenang!
  2. Tunjuk dan beritahu.
    Kita mungkin tidak dapat elak sepanduk, iklan, bendera dan macam-macam lagi sewaktu musim pilihan raya. Gunakan peluang ini untuk memulakan perbualan tentang mengundi dan pilihan raya.
  3. Bercakap dengan mereka tentang hak dan tanggungjawab.
    Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, mengundi adalah cara untuk buat pendapat kita didengari. Selain itu, ia juga mengubah perkara yang perlu diubah. Suara kita penting tau! Sebab itu kita harus mengundi sebab setiap undian dikira.
  4. Bincangkan tentang memilih pemimpin, dan apa maknanya kepada anda.
    Pilihan yang betul semestinya penting untuk negara kita kekal aman dan damai. Pilihan raya adalah satu cara untuk memilih pemimpin yang betul dalam mentadbir negara kita. Mengundi bermaksud kita pilih orang yang membuat peraturan dan memutuskan cara membelanjakan wang yang kita semua bayar dalam cukai. Bincang dengan anak-anak kita tentang siapa yang kita sokong, dan mengapa.
  5. Bincangkan isu mesra kanak-kanak.
    Bincangkan isu yang mudah difahami oleh anak-anak. Adakah kita mengambil berat tentang alam sekitar, pendidikan atau isu-isu lain? Bercakap dengan anak Mama tentang isu yang boleh menjadi impak dengan mengundi. Sebab itulah penting untuk kita sokong orang yang mengambil berat tentang apa yang kita pentingkan dalam kehidupan seharian kita.
Kredit gambar: Shutterstock

Kuasa Mengundi Untuk Mengubah Nasib Kita

Pasti Mama dan Papa mempunyai pelbagai halangan yang dihadapi dan memerlukan sokongan dan juga bantuan daripada kerajaan yang dipercayai. Dan kita juga berharap kerajaan dapat mengurangkan beban tersebut untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, mari mengundi dan mengubah nasib kita! Mari menjadi contoh yang baik buat anak-anak kita!

Selamat mengundi dan sentiasa stay safe ya Mama!


Macam mana nak mengundi? Klik di SINI untuk tahu lebih lanjut.