KelabMama

Panduan Lengkap Cara Berwuduk Mengikut Rukun Wajib

cara berwuduk

Sumber AkuIslam

Setiap orang Islam wajib tahu cara berwuduk dan memenuhi syarat-syarat sah wuduk supaya ianya sah dan sempurna serta solat diterima oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغْسِلُوا۟ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى ٱلْمَرَافِقِ وَٱمْسَحُوا۟ بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى ٱلْكَعْبَيْنِ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.” (Surah al-Maidah : 6)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

لا صَلاةَ لِمَنْ لا وُضُوءَ لَهُ

Maksudnya: “Tidak solat kepada orang yang tidak berwuduk.”

Melalui firman Allah S.W.T dan hadis ini, dapat disimpulkan bahawa wuduk adalah penting kerana ianya berfungsi untuk membuang segala kotoran dan najis yang terdapat pada anggota wuduk.

Wuduk dari segi bahasa bermaksud kebaikan dan kebersihan. Manakala dari sudut istilah pula, wuduk adalah penggunaan air yang suci pada anggota badan yang tertentu iaitu membasuh muka, dua belah tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan membasuh kedua-dua belah kaki dengan dimulai niat.

Wuduk juga mempunyai perkara yang fardu atau rukun yang wajib dipenuhi bagi membolehkan wuduk dianggap sah.

Syarat-syarat Sah Wuduk dan Cara Berwuduk Yang Betul

Terdapat beberapa syarat sah wuduk yang perlu diketahui iaitu:

Rukun-rukun Wuduk

Rukun wuduk adalah perkara-perkara asas yang wajib dilakukan ketika berwuduk dan sekiranya tidak dilakukan wuduk tersebut adalah tidak sah. Dalam mazhab Imam al-Syafie, rukun wuduk terbahagi kepada enam perkara.

Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyatakan bahawa :

وفروض الوضوء ستة وهي: النية، وغسل الوجه، وغسل اليدين، مع المرفقين، ومسح بعض الرأس، وغسل الرجلين مع الكعبين، والترتيب

Maksudnya: Rukun-rukun wuduk itu enam iaitu : niat, membasuh muka, membasuh kedua tangan hingga siku, menyapu sebahagian kepala, membasuh kedua kaki sehingga buku lali dan tertib.

Terdapat juga dalil mengenai rukun wuduk yang telah diriwayatkan oleh Nu’aim bin Abdullah al-Mujmir:

“Aku lihat Abu Hurairah r.a berwuduk, maka dibasuhnya muka dan dilebihkan sedikit daripada had muka. Kemudian dibasuh dua tangannya kanan dan kiri masing-masing sampai ke siku. Kemudian menyapu kepalanya, kemudian membasuh dua kakinya kanan dan kiri masing-masing sampai ke betis. Kemudian berkata Abu Hurairah r.a : “Begini aku lihat Rasulullah S.A.W berwuduk.” (Hadis Riwayat Muslim)

Rukun wuduk mengikut tertib:

#1. Berniat (dilakukan saat membasuh muka).

Kredit gambar: weebly.com

#2. Membasuh tangan kanan kemudian kiri hingga siku sambil menyela-nyela jari jemari.

Kredit gambar: Bincang Syariah

#3. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dengan mendahulukan kaki kanan sambil membersihkan sela-sela jemari kaki.

Kredit gambar: Ayo Bandung

#4. Membasuh seluruh wajah iaitu dari tempat tumbuh rambut sehingga bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke kiri dan menyela-nyela janggut sekiranya ada.

Kredit gambar: weebly.com

#5. Mengusap sebahagian kepala.

#6. Tertib iaitu mengikut turutan.

Tidak sah wuduk jika sekiranya tertinggal salah satu rukun atau anggota wajib wuduk.

Mendirikan solat tanpa menyempurnakan wuduk yang sah menjadikan solat yang kita lakukan itu menjadi sia-sia. Oleh itu, jadikan panduan wuduk di atas ini sebagai satu rujukan untuk memperbaiki mana yang salah.

Semoga bermanfaat! Jom Mummy baca cara mengajar anak-anak mummy untuk solat pula!