KelabMama

Cara Bertayamum Yang Betul dan Syarat Sah Tayamum

Tayamum juga salah salah perkara yang diberikan kemudahan atau rukhsah kepada yang layak. Tayamum sangat berkaitan dengan air. Sama ada seseorang gagal mendapatkan sumber air bersih secukupnya atau tidak boleh menggunakan air disebabkan masalah kesihatan mereka.

Sebelum bertayamum, terdapat beberapa syarat yang mesti dipatuhi agar ibadah tayamum seseorang itu dianggap sah oleh syarak. Penjelasannya ada Mama Siti huraikan dalam artikel ini. Ayuh kita lihat syarat, rukun dan doa selepas tayamum.

Apa Itu Tayamum?

Kredit gambar: sdit.alhasanah.sch.id

Dari segi bahasa tayamum bermaksud tujuan manakala dari segi syarak pula tayamum ialah menyapu debu yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan niat dan cara tertentu. Kemudahan ini diberikan untuk menggantikan wuduk dan mandi wajib ketika sukar mendapatkan sumber air bersih. 

Syarat-Syarat Dibolehkan Tayamum

Perlu diberi perhatian, ketiadaan air semata-mata bukanlah keadaan yang membolehkan seseorang bertayamum. Ada beberapa situasi yang membenarkan umat Islam bertayamum supaya keselamatan dan kesihatan mereka terpelihara. 

Contohnya, sesebuah negeri yang kemarau dan air hanya mencukupi untuk minum. Selain itu, boleh jadi keadaan banjir yang menyukarkan seseorang mendapatkan sumber air bersih.

Berikut Mama Siti senaraikan lima syarat dibolehkan bertayamum:

Syarat-Syarat Sah Tayamum

Kredit gambar: Suara.com

Debu tanah yang suci ialah perkara utama ketika bertayamum. Namun begitu, ada beberapa lagi perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum Mama membuat keputusan bertayamum. 

Cara Bertayamum (Mengikut Rukun)

Cara Bertayamum hendaklah mematuhi rukun-rukun yang telah digariskan oleh syarak. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada memberikan panduan cara-cara bertayamum yang betul untuk memudahkan umat Islam. 

Pertama: Berniat

Kredit gambar: NU Online

نَوَيْتُ التَّيَمُّمَ لِاسْتِبَاحَةِ الصَّلَاةِ للهِ تَعَالَى

‘Nawaitu tayammuma li istibaakhati sholati lillahi ta’ala’

Maksudnya: “Aku berniat tayamum agar diperbolehkan sholat karena Allah”

Niat boleh dilakukan secara senyap di dalam hati ataupun dilafazkan dengan kedua-duanya membaca niat tayamum seperti yang diajarkan. 

Kedua: Menyapu debu tanah ke muka dan tangan

i: Menyapu debu tanah ke muka

Kredit gambar: NU Online

ii: Menyapu debu ke tangan

Kredit gambar: NU Online

Debu tanah yang suci perlu diaplikasikan di bahagian muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan dua kali tepukan. 

Sapuan di kedua-dua anggota badan itu ialah sama seperti mengalirkan air ketika mengambil wuduk. 

Ini berdasarkan hadis, daripada Ibn Umar RA sabda Rasulullah SAW:

التَّيَمُّمُ ضَرْبَتَانِ ضَرْبَةٌ لِلْوَجْهِ وَضَرْبَةٌ لِلْيَدَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ

Maksudnya: “Cara bertayammum adalah dengan dua kali tepukan, sekali untuk muka dan sekali lagi untuk kedua-dua belah tangan hingga siku.”

(Hadis riwayat al-Daraqutni)

Ketiga: Tertib

Hendaklah melakukan langkah-langkah tayamum mengikut urutan iaitu dimulakan dengan niat, menyapu debu tanah dan akhir sekali tertib.

Doa Selepas Tayamum

Kredit gambar: The Rohani

Doa selepas tayamum sama seperti doa selepas berwuduk kerana pada lazimnya tayamum ialah kaedah menggantikan wuduk sebagai rukhsah solat. 

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ، وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Asyhadu an laa Ilaaha illalloh wahdahu laa syariika lahu. Wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluhu. Allahummaj’alni minat tawwaabiina, waj’alni minal mutatohhirina, waj’alni min ‘ibaadikas sholihiina. Subhanaka allahumma wa bihamdika astagfiruka wa atuubu ilaika.

Maksudnya: “Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku sebagai orang-orang yang bertaubat, jadikanlah aku sebagai orang-orang yang bersuci, dan jadikanlah aku sebagai hamba-hambaMu yang soleh. Maha Suci Engkau, ya Allah. Dengan kebaikanMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Dan dengan kebaikanMu, aku memohon ampunan dan bertaubat padaMu”

Debu Pengganti Air

Kredit gambar: AlNaeem Store

Ketiadaan air membolehkan seseorang bertayamum. Begitu juga jika mereka sakit dan jika menggunakan air di anggota wuduk akan memperlahankan proses penyembuhan.

Dengan mematuhi syarat dan rukun yang telah ditetapkan, sebenarnya proses tayamum sangat mudah dilakukan. Jika Mama masih kurang pasti, Mama Siti sarankan untuk merujuk kepada mereka yang bertauliah tentang perkara ini.

Tayamum memang mudah tetapi jangan pula kita ambil mudah. Diharap artikel ini bermanfaat untuk Mama semua dan kita berjumpa lagi di artikel seterusnya ya.


Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.