KelabMama

Cara Bersihkan Telinga Anak Tanpa Paksaan Yang Betul. Jangan Guna Cotton Buds Tau Mama!

Mana yang Mama rasakan langkah yang terbaik cara bersihkan telinga anak-adakah dengan menggunakan cotton buds atau ada cara yang lebih baik?

Fungsi Sebenar Tahi Telinga

Earwax atau tahi telinga sebenarnya merupakan sejenis bahan berlilin yang digelar sebagai cerumen. Tahi telinga ini mempunyai fungsi untuk memerangkap habuk dan kotoran supaya kotoran tersebut tidak memasuki telinga kita dengan lebih dalam lagi.

Ianya juga turut berfungsi bagi melindungi telinga kita daripada sebarang jangkitan serta turut mempunyai ciri antibakteria.

Kalau nak diikutkan, tahi telinga akan keluar sendiri secara semulajadi melalui kunyahan mulut yang dilakukan atau pergerakan mulut dan pertumbuhan kulit dalam telinga akan menolak keluar earwax atau tahi telinga secara semula jadi.

Menurut pakar, kita sebenarnya tidak boleh mengorek telinga anak (dan diri sendiri) dengan apa jua jenis pengorek sekalipun!

Pengorek telinga seperti putik kapas atau cotton bud akan menyebabkan kulit telinga atau gegendang telinga anak Mama menjadi lebih sensitif malah mereka juga terdedah kepada risiko kehilangan pendengaran.

Manakala bagi kes tahi telinga yang berkumpul juga adalah sangat jarang berlaku. Menurut American Academy of Otolaryngology-Head and Neck Surgery, hanya 1 daripada setiap 10 orang kanak-kanak akan mempunyai masalah tahi telinga tersumbat.

Tanda-tanda Tahi Telinga Anak Berkumpul

Antara tanda-tanda yang boleh Mama perhatikan adalah seperti berikut:

Jika Mama lihat anak Mama mempunyai tanda-tanda seperti di atas, segera bawa mereka berjumpa dengan doktor ya.

Dalam pada itu, Mama Siti ingin kongsikan cara bersihkan telinga anak yang disyorkan dan selamat. Jangan main korek je tau Mama!

Tips dan Cara Bersihkan Telinga Anak Dengan Selamat

#1. Jari dan Tisu

Kredit gambar: newstempo.github.io

Ambil sehelai tisu dan tutupkan jari kelingking Mama dengannya dan perlahan-lahan cuci tahi telinga yang terdapat di telinga anak Mama.

Teknik ini lebih berkesan jika dilakukan sejurus selepas mandi kerana air mandian telah membantu melembutkan tahi telinga dan menjadikannya lebih mudah untuk dikeluarkan.

#2. Minyak Zaitun

Kredit gambar: health.okezone.com

Menurut American Hearing Research Foundation, dengan menitiskan beberapa titis minyak zaitun ke telinga dapat membantu melembutkan tahi telinga dan memudahkannya keluar.

Tetapi kaedah ini tidak boleh dilakukan setiap hari kerana akan membahayakan telinga anak. Mama boleh lakukannya sekurang-kurangnya sekali seminggu sahaja.

#3. Earwax Removal Drops

Cara bersihkan telinga anak seterusnya adalah dengan menggunakan earwax removal drops yang boleh didapati di farmasi berdekatan. Kaedah ini digunakan untuk melembutkan tahi telinga agar ia keluar dengan lebih mudah.

#4. Guna Hidrogen Peroksida

Kredit gambar: productnation.co

Titiskannya di lubang telinga, biarkan beberapa minit dan cuci bersih lelehan tahi telinga yang keluar.

#5. Jumpa Doktor

Kredit gambar: bintanghatipelangi.blogspot.com/

Sekiranya Mama rasakan tahi telinga anak Mama terlampau banyak hingga mengganggu pendengaran mereka, langkah yang terbaik adalah dengan membawa mereka berjumpa dengan pakar ENT.

Yang penting, jangan korek terlalu dalam atau dengan menggunakan cotton buds atau alatan untuk membuang tahi telinga. Takut telinga anak lebih tersumbat.

Mama cuba cara bersihkan telinga anak menggunakan cara-cara di atas dahulu. Kalau tidak berkesan, terus bawa anak Mama berjumpa doktor ya.


Dapatkan pelbagai tips penjagaan kesihatan anak-anak yang lain DI SINI.