KelabMama

Cara Bayar Saman Online Melalui MyBayar

cara bayar saman online

Kredit gambar : www.carlist.my

Selain kemudahan membuat bayaran saman melalui MYEG, Mama dan Papa juga boleh guna cara bayar saman online melalui perkhidmatan terbaru MyBayar yang telah dilancarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Perkhidmatan ini dapat memudahkan segala urusan Mama dan Papa untuk membuat pembayaran saman secara atas talian pada bila-bila masa sahaja.

MyBayar saman merupakan kaedah alternatif Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia bagi menyediakan pilihan pembayaran kompaun saman secara dalam talian tanpa perlu lagi beratur di mana-mana kaunter saman trafik. Ia adalah selari dengan usaha kerajaan bagi merealisasikan pendigitalan perkhidmatan dalam sektor awam.

Jika sebelum ini Mama dan Papa hanya boleh membuat semakan saman, tetapi dengan adanya perkhidmatan terbaru ini langkah untuk menjelaskan kompaun saman adalah lebih mudah dan efisien.

Nak tau macam mana Mama boleh bayar saman online ni? Mudah je Mama. Berikut merupakan cara bayar saman online sebagia rujukan Mama.

Cara Bayar Saman Online Dengan Langkah Mudah

Kredit gambar : /ecentral.my

Cara Daftar MyBayar

Apa yang Mama atau Papa perlu lakukan terlebih dahulu adalah dengan mendaftar masuk MyBayar terlebih dahulu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

#1. Masuk ke dalam laman web rasmi MyBayar iaitu di https://mybayar.rmp.gov.my.

#2. Kemudian, jika anda lebih suka dan selesa berurusan dengan menggunakan Bahasa Malaysia, boleh tukarkan bahasa dari English ke Bahasa Malaysia.

#3. Klik pada butang DAFTAR.

#4. Isikan semua maklumat seperti yang diminta dengan lengkap dan sahih. Antara maklumat yang perlu anda isi adalah seperti :

#5. Setelah siap isi semua maklumat, anda boleh klik pada butang SETERUSNYA.

#6. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor OTP yang telah dihantar melalui SMS ke nombor telefon seperti yang terdapat dalam maklumat yang anda isi sebentar tadi.

#7. Kemudian, masukkan pula Kata Laluan dan sahkan Kata Laluan yang anda telah pilih.

#8. Buat semakan di e-mel yang didaftarkan untuk confirm pendaftaran berjaya.

Panduan Bayar Saman Melalui MyDaftar

Kredit gambar : www.bharian.com.my

Setelah anda berjaya mendaftar akaun dalam MyDaftar, langkah seterusnya adalah dengan login masuk ke dalan sistem MyBayar. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut.

#1. Layari portal rasmi MyBayar iaitu https://mybayar.rmp.gov.my.

#2. Masukkan nombor kad pengenalan dan juga kata laluan dan klik pada butang LOG MASUK.

#3. Segala butiran mengenai saman anda akan terus dipaparkan. Lihat berapa Saman Belum Jelas dan lihat juga Jumlah Kompaun.

#4. Kemudian, pilih saman yang anda ingin bayar. Jumlah saman akan tertera di bawah skrin.

#5. Pastikan anda menyemak semula jumlah dan segala butiran saman yang ingin anda bayar.

#6. Seterusnya, pilih mod pembayaran yang anda inginkan. Pembayaran boleh dibuat secara Perbankan Atas Talian (FPX) atau kad kredit VISA/Master Card dan klik pada butang Bayar Sekarang. Tunggu sehingga semua proses selesai.

#7. Pembayaran telah berjaya dilakukan. Anda boleh muat turun resit pembayaran sekarang atau boleh juga untuk memuat turunnya nanti dengan membuat semakan di e-mel anda.

Walau bagaimanapun, pembayaran saman polis trafik untuk company tidak dapat dilakukan kerana MyBayar hanya untuk kenderaan persendirian sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aplikasi MyBayar saman ini, Mama atau Papa boleh layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.


Untuk pelbagai panduan berguna lain, Mama boleh klik SINI.