KelabMama

CARA BASUH BOTOL SUSU SALAH JUGA PUNCA ANAK KERAP SAKIT

Bila ada anak kecil ni semua benda kena jaga dan pastikan bersih. Terutamanya benda yang anak guna setiap hari lagilah kena extra bersih. Macam botol susu anak ni, kalau cara basuh salah akan buatkan anak kerap jatuh sakit tau.

Mama Siti paham, mama bila dah penat kadang-kadang nak basuh botol anak pun bilas gitu je. Nampak je macam dah bersih tapi sebenarnya tak. Terutamanya bagi anak yang minum susu formula ni lagilah kerap melekat sisa susu pada botol dan perlu dibasuh betul-betul untuk tanggalkan kotoran.

Sebab tu lah di pasaran ada banyak cecair pencuci botol susu kerana untuk cuci botol susu anak kena gunakan pencuci khas yang tiada pewangi, bebas BPA, 100% Food Grade dan yang penting selamatdigunakan untuk bayi.

CARA CUCI BOTOL SUSU ANAK DENGAN BETUL

1.Tuang air panas ke dalam bekas/mangkuk yang sesuai. Tambahkan cecair pencuci botol & kacau sehingga berbuih.

2.Masukkan semua botol susu, puting susu, penutup, gegelang penahan, cakera yang dah dibilas dengan air. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu tertanggal. Lakukan proses ini sebaik sahaja selepas penyusuan, sebelum susu mula mengering.

 3.Gosok bahagian dalam botol susu dengan berus botol untuk tanggalkan semua kesan susu. Gosok dengan cermin sekeliling leher botol serta jakur skrunya. Hati-hati ye ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua kotoran betul-betul tanggal.

4.Bilas botol susu, putting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Mama juga boleh gunakan pin untuk bersihkan lubang-lubang pada puting susu.

5.Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah atau pecah. Ini kerana kuman boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses pembersihan dan pensterilan.

PERALATAN YANG PERLU ADA UNTUK CUCI BOTOL

1.Berus botol

2. Cecair pencuci botol

3. Bekas/ Mangkuk yang sesuai

4. Pin

5. Sterilizer

TIPS PENGENDALIAN SUSU FM

1. Kena kerap cuci putting botol susu

2. Jangan biarkan lebihan susu lama-lama dalam botol

3. Pastikan botol susu sentiasa kering

4. Jangan lupa sterilkan botol susu serta puting susu secara berkala

5. Gunalah cecair pencuci botol khas untuk anak

6. Sekurang-kurangnya ada 3 botol susu

7. Kena pastikan botol masih elok & tak rosak

8. Dah sampai masa kena tukar botol susu

AKIBAT CUCI BOTOL SUSU TAK BERSIH

Kalau mama tak basuh botol susu anak dengan bersih, anak mama akan mudahterkena cirit birit. Ingat, bukan kebersihan je memainkan peranan,cara penyediaan susu formula juga perlu dititikberatkan. Janganbancuh main agak je ye mama. Bancuhan kena mengikut sukatan yang betul.

TIPS HILANGKAN KERAK SUSU SEPANTAS 5 MINIT

Selain dari gunakan cecair pencuci botol susu, mama juga boleh cuba tips ni. Hanya guna 3 bahan ni je dah boleh hilangkan kerak susu dengan cepat. Hanya 5 minit je!

Bahan-bahan: Air panas, garam dan beras

Cara buat : Masukkan beras dalam botol. Masukkan air panas dalam botol yang berisi beras tadi. Tutup botol dengan penutup. Goncang dengan penuh kasih sayang. Mama akan nampak kerak susu berenang-renang. Goncang lagi sampai kerak habis tertanggal. Bilas dengan air bersih.

Guna step yang sama untuk garam. Mama juga boleh gunakan berus botol kalau nak hasil yang lebih cepat.

Semoga bermanfaat!