KelabMama

CARA AJAR BAYI MINUM SUSU BOTOL SEBELUM MAMA KEMBALI BEKERJA

Bagi ibu yang perlu bekerja semula selepas habis tempoh berpantang, terpaksalah mengajar si kecil menyusu menggunakan botol susu. Susah, memang susah, bayangkan hampir setiap hari selepas kelahiran si manja, bayi hanya minum susu badan secara langsung dalam dakapan si ibu. Hari demi hari telah menjadi rutin hariannya. Oleh sebab itu, ada setengah bayi tidak mahu langsung minum susu badan yang diperah ibu ke dalam botol susu. Mungkin rasa puting yang berlainan. Ibu pula jangan stres ya, risau-risau kalau susu badan anda jatuh merudum. Cuba ikut tips di bawah ini.

 

JAUHKAN IBU DARI BABY

Baby masih boleh bau ibu sekiranya ibu masih dalam jarak 20 kaki. Jadi, kalau boleh mintak tolong encik suami ataupun ahli keluarga yang lain untuk membantu. Baby juga sangat bijak, mereka boleh kesan kehadiran kita walaupun kita berada dalam bilik sebelah.

 

TEKNIK PENYAMARAN

Boleh minta suami pakai baju kita (bath rob) dan pegang baby seperti cara yang kita pegang semasa susukan baby. Cara ini berkesan bagi sesetengah baby

 

TUKAR POSISI PENYUSUAN

Sekiranya sebelum ini kita peluk baby untuk susukan dia, cuba letakkan baby pada posisi yang lain dari biasa. Ada ibu yang meletakkan baby mereka dalam car seat (contohnya Maxi Cosi) dan duduk berhadapan dengan baby sambil memberi mereka botol. Bila baby dah biasa dengan botol, baru dakap seperti posisi menyusu yang biasa.

 

BAGI MINUM SEBELUM BABY LAPAR

 

SABAR

Sekiranya baby tolak botol dan menangis, ketepikan botol dan pujuk baby.Sekiranya baby dah reject botol sebanyak 3 kali dalam 1 sesi, hentikan sesi tersebut. Bagi jarak masa 5 hingga 10 minit dan selangkan dengan aktiviti lain. Kemudian baru bagi menyusu secara terus dari ibu. Baby ni bijak tau, kalau dia menangis tak nak botol dan kita terus bagi susu secara direct, nanti dia tahu tektiknya berjaya, lepas ni baby akan guna tektik yang sama.

 

BAGI PUTING YANG ANAK SUKA

Sekiranya anak anda menggunakan pacifier (puting palsu tu), boleh cuba tengok jenis puting tersebut dan guna dari jenis yang sama. Sekiranya puting tu dari latex, cari botol yang mempunyai puting latex.

 

BERCAKAP DAN PUJUK BABY

Seperti yang kita tahu, baby sangat faham perasaan ibu. Jangan kita anggap mereka tak faham apa yang kita lalui. Bercakaplah dengan baby, pujuk mereka dan terangkan situasi kita yang perlu kembali ke pejabat dan mereka perlu minum susu ibu melalui botol. Boleh amalkan semasa mereka dalam fasa REM, iaitu semasa mereka tidur-tidur ayam, sebelum nyenyak tu.

 

BAGI MINUM PAKAI CAWAN

Sekiranya baby anda memang tidak mahu minum menggunakan botol, ibu juga boleh cuba menggunakan syringe ataupun cawan kecil dan pegang baby dalam keadaan separa berdiri. Jangan biarkan baby baring sekiranya anda menggunakan dua alat ini sebagai bantuan ye. Bahaya.

 

AWAS MAMA!

Langkah Keselamatan Untuk Bayi Menyusu Menggunakan Botol Susu

Apabila menyusukan bayi anda, penting untuk pastikan dia mendapat semua nutrisi yang diperlukan untuk tumbesarannya dan tiada risiko tercekik. Ikuti langkah-langkah keselamatan yang mudah seperti berikut:

 

 

 

Sumber: www.babycenter.com.my / www.ibuzarith.com /