KelabMama

Cabaran Anak-Anak Yang Tidak Mempunyai Kerakyatan Dan Kesannya Terhadap Kehidupan Mereka

Suki Wong, yang baru berumur 10 tahun telah memikul tanggungjawab seperti orang dewasa dan merupakan salah seorang kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia yang masih tidak mendapat kerakyatan.

Dilaporkan oleh TheStar, sejak kematian ibunya 2 tahun lepas, ayah Suki juga mempunyai penyakit kronik dan menyebabkan pergerakkannya terhad untuk menjaga anak tunggalnya.

Suki seorang yang fasih dalam beberapa bahasa. Menurut ayahnya, Wong Kon Foo, 57,

Walaupun dia mempunyai kebolehan bahasa, dia masih tidak boleh menulis dengan betul. Pergi ke sekolah akan menjadi bagus untuknya.

Jika Suki diberi peluang untuk bersekolah juga, mereka masih tidak mampu kerana perlu menyediakan pelbagai keperluannya untuk kanak-kanak ke sekolah.

Disebabkan ibu bapa Suki tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara rasmi, ia membuatkan anak perempuan mereka itu tidak diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. Oleh sebab itu, Suki tidak boleh ke sekolah dan mendapat keistimewaan seperti kanak-kanak yang lain. 

Kesan Terhadap Anak-Anak

Semestinya menjadi kesusahan terhadap anak-anak yang tidak atau masih belum diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. Mereka diuji dari segi pelajaran dan faedah lain yang khas untuk anak-anak yang berwarganegara Malaysia.

Dari segi mental, mereka akan diuji dengan identiti krisis malah tidak ada rasa belong dalam masyarakat. Dalam jangka masa yang panjang, pasti akan memberi kesan pada mental mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam Pakatan Harapan, Hannah Yeoh mengatakan

Isu ini memberi kesan masa panjang kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, yang akan mengakibatkan mereka tercicir daripada mendapat pendidikan dan perkhidmatan kesihatan sewajarnya, serta membesar tanpa berpeluang mendapat pekerjaan atau tidak boleh ke luar negara,”

Langkah-Langkah Untuk Memohon Kewarganegaraan

Kredit gambar: BorneoToday

Pertama sekali, Mama harus layari ke laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, kemudian pastikan Mama berada di ruangan yang betul seperti “Permohonan Taraf Kewarganegaraan Di Bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan Anak Yang Berumur Kurang Daripada 21 Tahun Kepada Warganegara”.

Dibawah adalah prosedur-prosedur untuk memohon kewarganegaraan menurut Jabatan Pendaftaran Malaysia.

Syarat Permohonan

  1. Pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan.
  2. Orang yang didaftarkan hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.
  3. Salah seorang dari ibu bapanya adalah seorang warganegara Malaysia.
  4. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.
  5. Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen yang perlu dibawa bersama.
  6. Mengisi Lampiran A.15(2) iaitu Surat Akuan Persetujuan bersama permohonan kewarganegaraan Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipohon di Pejabat Konsul Luar Negara dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh kelahiran.

Prosedur Permohonan

Pemohon dan orang yang didaftarkan dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Negeri / JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan.

Dokumen Yang Perlu Dikemukakan (Asal Dan Salinan)

  1. DOKUMEN ORANG YANG DIDAFTARKAN (ASAL DAN SALINAN)
    • Kad pengenalan (jika ada).
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil Kelahiran terbaru atau Sijil Anak Angkat (Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris oleh Mahkamah/Pejabat Konsol/Penterjemah awam jika kanak-kanak lahir di luar Negara).
    • Permit Masuk atau pasport atau lain-lain dokumen perjalanan (jika ada)
    • Tiga (3) keping gambar terbaru berukuran pasport berlatar belakangkan warna biru.
    • Dokumen bukti persekolahan (jika bersekolah)
  2. DOKUMEN PEMOHON ATAU PENJAGA (ASAL DAN SALINAN)
    • Kad Pengenalan
  3. DOKUMEN IBU BAPA & ADIK BERADIK (ASAL DAN SALINAN)
    • Sijil Kelahiran atau Cabutan Sijil kelahiran terbaru
    • Kad Pengenalan
    • Sijil Warganegara (jika ada)
    • Dokumen PerkahwinanKad pengenalan (jika ada)

      Nota: Semua salinan fotostat dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4

Bayaran

  1. RM10.00 bayaran pendaftaran permohonan.
  2. RM100.00 bayaran pengeluaran Sijil Warganegara (jika diluluskan).

Terdapat juga dokumen-dokumen lain yang harus Mama kemukakan. Pastikan Mama baca dengan teliti! Mereka juga menyediakan ‘checklist’ supaya Mama tidak lupa akan borang-borang serta dokumen yang diperlukan sewaktu permohonan.

Selepas baca tetang kes Suki Wong dan isu kewarganegaraan anak-anak, apa pendapat Mama Papa tentang isu ini?

Semoga bermanfaat kepada Mama dan Papa yang mahu mendaftar anak-anak mereka. Mama Siti doakan semua akan dipermudahkan urusan ya! Jangan putus asa untuk masa depan anak-anak yang cerah!