KelabMama

Ibu Sanggup Bunuh Bayi Kembar Baru Lahir, Disumbat Dalam Patung Besar

jelica

Seorang wanita di Switzerland telah membunuh salah seorang bayi kembarnya yang baru lahir dengan kejam! Wanita yang dikenali sebagai Jelica S, berumur 23 tahun, telah membunuh bayinya pada Disember 2015. Kejadian tersebut berlaku setelah dia melahirkan bayinya ketika kandungannya tujuh bulan, di rumahnya sendiri.

Bayi Dihentak ke Dinding 

Menurut laporan Metro.co.uk, dengan hanya berpandukan bahan bacaan yang diperoleh dari Internet, Jelica telah melahirkan salah seorang daripada bayi kembarnya di bilik mandi rumahnya di Lucerne, Switzerland, tanpa bantuan sesiapa. Kemudian, dia turun ke ruang bawah tanah rumahnya dan menghentak bayi lelakinya itu ke dinding dengan kejam sebelum mencampaknya ke tanah!

Lebih kejam lagi apabila dia kemudiannya membungkus mayat bayi malang berkenaan dengan baju-T Mickey Mouse dan menyumbatnya ke dalam patung beruang besar bewarna merah jambu. 

Akibat kejadian yang berlaku, bayinya mengalami beberapa keretakan di bahagian tengkorak dan kecederaan di bahagian otak. 

JOM join NewMama bersama KelabMama!

Kejadian mengerikan itu hanya disedari apabila Jelica rebah dan tidak sedarkan diri kerana kehilangan banyak darah. Dia kini telah dijatuhi hukuman penjara selama setahun. 

Menjelaskan tindakannya, dia berkata,

Saya hanya meletakkan dia di situ. Saya tak tahu apa yang saya fikirkan.

Bayi Kedua Disembunyikan Diantara Baju Kotor

Seorang lagi bayi kembarnya, juga lelaki, hanya dilahirkan dalam tempoh 31 jam selepas kelahiran bayi pertama, tetapi bayi kedua itu dikatakan lahir mati. Bayi keduanya juga menerima nasib malang apabila mayatnya dibungkus dengan tuala dan disembunyikan di dalam bakul baju kotor di dapur rumah Jelica. 

Mahkamah mendengar bahawa jika dia pergi ke hospital selepas kelahiran bayi kembarnya yang pertama, mungkin bayi keduanya itu dapat diselamatkan. Jelica didapati bersalah membunuh bayi lelakinya, manakala seorang lagi bayi meninggal dunia akibat kecuaiannya. 

Mereka berkata: “Dia nampak naif. Sebenarnya dia berdepan kesukaran.

Ibu Mengalami Kemurungan

Seorang pakar psikiatri berkata Jelica tidak sepenuhnya bertanggungjawab dan dia telah lama mengalami kemurungan. Kedua-dua bayi malang itu dilahirkan pada Disember 2015 yang mana ketika itu Jelica baru berusia 20 tahun. Dikatakan juga ketika itu dia baru berpisah dengan bapa kepada bayi tersebut yang tidak mahu bertanggungjawab. Dia berkata, 

Dia mahu saya menggugurkannya, kemudian tinggalkan saya. Saya bersendirian.

Semoga kejadian ini dapat dielakkan untuk Mama semua. Jangan main-main dengan tekanan perasaan ketika mengandung, dan juga selepas bersalin. Jika Mama tertekan dan keseorangan, luahkan perasaan Mama kepada mereka yang memahami. Jangan simpan sendiri, kelak makan diri.

JOM join NewMama bersama KelabMama!