KelabMama

Koleksi Buku Cerita Kanak-kanak Yang Sesuai Untuk Program Nilam di Sekolah

Perkataan Nilam ialah singkatan daripada frasa Nadi Ilmu Amalan Membaca yang dilaksanakan dengan harapan dapat memupuk budaya mencintai ilmu pengetahuan di kalangan murid sekolah.

Bagi kanak-kanak, buku cerita mungkin lebih menarik perhatian mereka untuk membaca dan seterusnya menuliskan hasil pembelajaran dalam buku Nilam.

Kali ini Mama Siti senaraikan 10 buku cerita bahasa Melayu yang Mama boleh beli, pinjam atau muat turun secara percuma. Terdapat banyak pengetahuan baru dan hikmah yang boleh dipelajari oleh murid-murid melalui pembacaan buku-buku cerita yang Mama Siti senaraikan dalam artikel ini.

Kepentingan Program Nilam

Kredit gambar: mStar
  1. Memupuk Minat Membaca

Kepelbagaian jenis bahan bacaan ialah jalan untuk menarik minat murid-murid menimba ilmu pengetahuan. 

Contohnya, komik sains dilengkapi dengan banyak gambar dan dan juga pelbagai warna. Selain itu ia juga dapat mendidik murid menjadi lebih empati dan simpati. 

  1. Meluaskan Pandangan atau Perspektif

Mama Siti teringat satu babak dalam filem Indonesia, Kartini. Babak tersebut memaparkan bagaimana seseorang boleh berkelana jauh dan meluaskan pandangan walaupun hanya dengan membaca buku sahaja. 

Bak kata pepatah ‘membaca itu jambatan ilmu’.

  1. Mengisi Masa Dengan Perkara Berfaedah

Pandemik Covid-19 benar-benar telah mengubah landskap kehidupan kanak-kanak dan remaja seluruh dunia. Hampir setiap hari mereka terdedah dengan skrin kaca televisyen, telefon, tablet dan komputer samada untuk tujuan pembelajaran atau sebagai aktiviti harian.

Kajian daripada Common Sense Media mendapati kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun meluangkan masa sehingga 5 jam 33 minit. Malahan lebih membimbangkan buat remaja 13 hingga 18 tahun iaitu sebanyak 8 jam 39 minit.

Menggunakan skrin bukanlah tidak berfaedah cumanya gajet mudah mengganggu fokus seseorang terutamanya ketika membaca bahan ilmiah. 

  1. Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata

Apabila kita tahu lebih banyak kosa kata baru, ia membantu murid-murid dalam penulisan karangan dan subjek akademik lainnya. 

Seseorang dapat menerangkan sesuatu perkara dengan lebih tepat apabila mampu memadankan perkataan yang bersesuaian dengan keadaan semasa. 

  1. Pengiktirafan Kepada Murid-Murid

Kaedah pengiktirahan setiap sekolah ialah berbeza-beza. Misalnya ada yang memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

Penganugerahan tersebut diharap dapat memberikan motivasi kepada murid tersebut dan murid-murid yang lain.

5 Buku Cerita Kanak-kanak Yang Sesuai Untuk Program Nilam 

#1 Kucing Yang Licik

Kredit gambar: mphonline.com

Pilihan terbaik untuk murid-murid berumur tujuh hingga 10 tahun. Uniknya lagi, buku cerita ini dilengkapi dengan tulisan jawi agar dapat meningkatkan penguasaannya. 

#2  Pada Zaman Dahulu: Sang Kancil Mengira Buaya

Kredit gambar: mphonline.com

Siri bacaan dengan kaedah suku kata bagi membantu proses membaca terutamanya buat murid-murid yang sedang belajar membaca. Ia diinspirasikan daripada siri animasi Pada Zaman Dahulu. 

#3 Kura-Kura dengan Tukang Kebun

Kredit gambar: pts.com.my

Kisah teladan oleh si tukang kebun dengan kura-kura. Buku cerita seperti ini sangat bagus agar murid-murid dapat mempelajari nilai-nilai murni dari kisah tersebut. 

#4 Ambau

Kredit gambar: Perpustakaan Negara Malaysia

Selain membeli buku-buku di kedai, Mama juga boleh mempelbagaikan pilihan dengan meminjam buku cerita kanak-kanak di Perpustakaan Negara Malaysia. Bahan bacaan yang dipinjam akan mendapat akses membaca buku tersebut dalam tempoh waktu tertentu. 

#5 Apa Ada Dalam Daun

Kredit gambar: Perpustakaan Negara Malaysia

Buku cerita yang ditulis khas buat murid-murid berumur tujuh hingga 10 tahun yang menghuraikan fakta sains dalam bentuk cerita. 

Boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia

Koleksi Buku Cerita Kanak-kanak (online) Khas Untuk Program Nilam

Bagi memudahkan Mama mendapatkannya secara online pula, berikut merupakan senarai buku cerita kanak-kanak untuk program Nilam yang disediakan dalam bentuk pdf atau e-book:

#1 Si Bongkok Yang Lupa Diri

Kredit gambar: cikgusuhaimin.com

Kisah klasik yang membawa banyak hikmah dan pengajaran kepada murid-murid yang membacanya. Selain itu, Mama juga boleh mendapatkan buku cerita dalam versi pdf melalui cikgusuhaimin.com

#2 Bangau Menipu Ikan

Kredit gambar: cikgusuhaimin.com

Kepelbagaian watak dan teknik penceritaan ini bertujuan untuk menarik minat membaca murid-murid. Buku cerita bangau menipu ikan boleh dimuat turun melalui cikgusuhaimin.com

#3 Tiung Melarikan Kalung

Kredit gambar: cikgusuhaimin.com

Buku cerita kanak-kanak yang bertemakan haiwan di hutan antara buku-buku yang sesuai sebagai bahan bacaan program Nilam. 

Laman cikgusuhaimin.com ada menyediakan buku cerita ini dalam bentuk pdf secara percuma.

#4 Tali Pinggang Raja Sulaiman

Kredit gambar: cikgusuhaimin.com

Buku cerita yang seterusnya mempunyai watak Raja Sulaiman atau juga dikenali sebagai Nabi Sulaiman bagi penganut agama Islam. Bahan bacaan ini boleh diperolehi secara percuma di laman cikgusuhaimin.com.

#5 Damak Raja Bohong

Kredit gambar: cikgusuhaimin.com

Buku cerita kanak-kanak untuk program Nilam yang seterusnya memaparkan kisah klasik pada zaman dahulu. 

Buku cerita kanak-kanak untuk Nilam ini juga boleh dimuat turun dari cikgusuhaimin.com

Tingkatkan Amalan Membaca Dalam Diri Anak-anak Sejak Kecil 

Buku cerita ialah salah satu kaedah untuk meningkatkan minat murid-murid membaca. Mungkin juga dengan menjadikan buku cerita sebagai bahan bacaan dalam program Nilam dapat membantu mengembangkan idea dan kreativiti mereka.

Disebabkan itulah, Mama Siti senaraikan 10 buku cerita kanak-kanak untuk program Nilam yang boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran, beli secara atas talian ataupun pinjam di perpustakaan.

Dengan adanya senarai buku cerita kanak-kanak ini diharap dapat membantu Mama mencari buku-buku berkenaan di kedai fizikal atau atas talian.


Lihat pelbagai tips lain untuk perkembangan anak Mama di SINI.