KelabMama

Budak Perempuan 10 Tahun Meninggal Dunia Makan Kek Birthday Beracun

Budak Perempuan 10 Tahun Meninggal Dunia Makan Kek Birthday Beracun

Luluh hati bila Mama Siti tengok satu video pagi ni. Pada awalnya semua happy sambut birthday, makan kek sama-sama tapi kegembiraan itu tak lama apabila keluarga tersebut mengalami keracunan makanan akibat kek tersebut sebenarnya beracun!

Kredit Gambar: Sinar Harian

Lebih teruk lagi apabila kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Manvi meninggal dunia disebabkan keracunan makanan selepas menikmati kek coklat tersebut bersama keluarganya.

Kejadian ni berlaku di Punjab, India. Dilaporkan bahawa kek tersebut dibeli secara online dari kedai roti yang terletak di Patiala untuk menyambut hari ulang tahun mendiang Manvi.

Kek birthday tersebut ditempah secara online pada jam 6 petang (waktu tempatan) dan Manvi memotong kek tersebut sekitar jam 7 malam.

@majoritiofficial

Nyawa melayang angkara kek coklat ‘online’ Klik link untuk berita penuh #majoritiofficial #beritaditiktok #benua #newstrendingmalaysia #terkini #fyp #luarnegara

♬ Very Sad – Enchan

Bukan Manvi sahaja yang mengalami rasa sakit seperti sakit perut selepas menjamah kek tersebut, malah, ahli keluarga yang lain turut mengalami simptom yang sama sehingga muntah-muntah.

Manvi dikatakan sempat mengadu dia mengalami kekeringan mulut dan meminta air sebelum tidur untuk hilangkan rasa dahaganya. Walau bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin teruk dan ahli keluarganya membawa Manvi ke hospital pada pagi keesokannya.

Beberapa jam selepas doktor memberikan sokongan oksigen dan elektrokardiogram (ECG), doktor mengesahkan Marvi meninggal dunia pada hari yang sama.

Disebabkan kejadian tragis ini, keluarga Marvi mendakwa kejadian ini mungkin berpunca daripada kek birthday yang ditempah dari kedai roti tersebut yang mungkin tercemar atau beracun.


Dapatkan lebih banyak lagi tips dan nasihat keibubapaan di SINI.