KelabMama

BUDAK 10 TAHUN DITAMPAR SAMPAI PATAH GIGI GARA-GARA DITUDUH MENCURI BUKU MEWARNA

Gara-gara dituduh mencuri sebuah buku mewarna, seorang kanak-kanak berusia 10tahun dilaporkan telah dikurung dan ditampar dengan kuat sekali. Kesiannya!

Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian tidak berperikemanusiaan ini berlaku di Sibu, Sarawak pada 28 Januari lepas.

Dia dipaksa menyapu lantai, dipukul menggunakan hanger dan ditampar sampai patah gigi! 

Semuanya bermula apabila seorang pekerja wanita mendakwa nampak budak tersebut mencuri sebuah buku mewarna di kedai terbabit dan menangkap kanak-kanak berkenaan. Dia kemudian menyerahkan budak tersebut kepada supervisornya dalam jam 5 petang.

Sebaik je dia pulang ke rumah, budak perempuan tersebut telah dibawa ke bilik stor dan dipaksa untuk menyapu lantai sebagai hukuman.

Bila dia cuba melarikan diri, supervisor tadi telah menampar pipinya dan lebih kejam dia juga guna hanger untuk memukul budak tersebut sampai kanak-kanak tu patah gigi. Aduhai!

Polis terjumpa kesan darah milik mangsa di supermarket terbabit

Namun mujurlah lepas 2 jam setengah, budak tu dibenarkan pulang dengankeadaannya yang patah gigi dan mata sebelah kiri serta kaki lebam-lebam. Neneknya yang terkejut melihat keadaan cucunya terus beritahu bapa mangsa untuk pulang ke rumah.

Melihat kecederaan yang dialami anak perempuannya, bapa mangsa terus bawa anaknya ke balai polis. Lepas dapat report, polis pun apa lagi… teruslah ke supermarket terbabit dan menyiasat.

Mengejutkan, mereka memang menjumpai kesan darah budak terbabit di supermarket tersebut!

Buat masa ini, pihak polis telah menahan supervisor berkenaan dan dia jugak telah melalui ujian air kencing pada masa yang sama. Kes ini sedang disiasat di b awah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Kalau benar pun budak tu mencuri, ini bukan caranya untuk menghukum budak tersebut. Tak berperikemanusiaan langsung!