KelabMama

Buaian Bayi, Selamat Digunakan atau Tak?

Mama Siti percaya ramai mama dan papa bimbang tentang penggunaan buaian kepada bayi. Yelah macam-macam kita dengar pasal buaian ni kan. Tapi pada masa yang sama penggunaan buaian bayi juga membantu bayi tidur dengan lebih lena. Hmm macam mana ye?

Semua orang tahu penggunaan buaian sebagai salah tempat tidur bayi sudah lama diamalkan. Kalau dulu, tali buaian akan digantung di siling rumah je tetapi sekarang, pembuatan buaian bayi dah semakin moden. Namun, sejak dua menjak ini ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa penggunaan buaian sebenarnya dapat menganggu perkembangan bayi kerana terganggu dengan pergerakan dan hayunan buaian. Betul ke?

Ini antara keburukan/ risiko tidurkan bayi dalam buaian :

Keperluan atau Mudarat?

Pada masa yang sama, dengan menggunakan buaian ni akan memudahkan kerja mama malahan seluruh isi rumah kerana bayi kelihatan mudah tidur apabila diletakkan di dalam buaian. Bila ditanya kenapa memilih buaian pasti ada mama yang memberi jawapan-jawapan ini :

Tapi mama juga kena peka dan tak cuai sekiranya menggunakan buaian bayi. Sekiranya kita menggunakan buaian bayi dengan cara yang betul dan sentiasa memantau keadaan anak dalam buaian insyaAllah tak ada apa yang akan berlaku.

Kebaikan buaian untuk si manja

#1 Menenangkan bayi

Dulu semasa bayi dalam rahim, 9 bulan bayi dalam kedudukan terawang-awangan. Kejap kepala di atas, kejap kepala di bawah dan berpusing sehinggalah saat bayi keluar dari rahim. Graviti di dunia nyata ini sangat berlainan bagi bayi umpama kita pergi ke planet lain, pasti kucar kacir dan ada masa rindukan graviti di bumi sebab susah nak bergerak.

Ada bayi yang cepat “move on”, keluar-keluar terus elok sahaja dapat sesuaikan diri dengan “planet” baru, ada bayi perlukan masa untuk “move on” sebab itu asyik nak berbuai macam dalam rahim ibu. Buaian memang terbukti boleh menenangkan bayi sebab mimik seakan-akan dalam rahim ibu buat bayi terkenang-kenang kenangan dengan ibu.

#2 Deria pergerakan dan keseimbangan

Kedudukan buaian tak kiralah dengan menggunakan buaian tradisional ataupun buaian moden boleh memberikan bayi perasaan bergerak dan belajar untuk imbangkan badan setiap kali buaian bergerak.

#3 Perkembangan motor kasar

Kalau nak tahu, sebenarnya sejarah buaian gantung menggunakan kain sarong adalah berasal dari nenek moyang kita (South East Asia) dan memang terbukti berkesan boleh membantu menenangkan bayi dan bagus untuk merangsang perkembangan motor kasar.

Kini di barat pun dah banyak guna buaian untuk menenangkan bayi, sebab itu sekarang ada banyak produk buaian seperti rocker, bouncer dan sebagainya di pasaran antarabangsa. Jangan terkejut jika saya kata, buaian juga adalah salah satu alat terapi untuk anak mempunyai masalah perkembangan kanak-kanak (Rugi dulu nenek moyang kita tak “patent”kan) Tetapi masalah yang timbul sekarang bila banyak penyalahgunaan buaian. Lepas itu nak kata “Orang dulu ok je semua anak-anak guna buaian, jadi orang jugak. Sekarang ini semua benda tak boleh sebab ikut barat sangat”

7 Tips Supaya Bayi Mama Tidur Dalam Buaian Dengan Selamat

  1. Gunakan rangka buaian berbentuk 4 segi (yang mempunyai 2 tiang) kerana ia lebih stabil berbanding rangka berbentuk 3 segi.
  2. Alaskan bahagian bawah buaian menggunakan tilam atau bantal sebagai persediaan jika bayi jatuh dari buaian.
  3. Laraskan buaian serendah mungkin untuk mengurangkan risiko kecederaan jika bayi jatuh.
  4. Elakkan penggunaan motor elektrik yang menghayun buaian secara automatik. Buaian automatik ini secara tidak langsung telah mengurangkan perhatian terhadap bayi yang sedang tidur. Motor elektrik (yang berat itu) juga berisiko jatuh ke atas bayi.
  5. Pastikan jarak antara buaian dari lantai dan ke dinding mencukupi agar kepala bayi tidak terhentak ketika dibuai.
  6. Jangan masukkan bantal, selimut dan sebagainya ke dalam buaian bersama bayi; dikhuatiri menutup muka bayi secara tidak sengaja dan menyebabkan bayi lemas.
  7. Pastikan bayi sentiasa dalam keadaan terlentang ketika tidur dalam buaian.

Tips Memilih Buaian Untuk Si Manja

1) Bajet

Sebelum nak pergi ke kedai barangan bayi dan survey, mama kena tetapkan dulu bajet mama supaya ianya masih lagi di bawah kemampuan diri. Buaian tak semestinya perlu berjenama hebat dan mahal, buaian yang murah juga boleh memberikan keselesaan yang sama taraf. Tetapi, jangan lah terlampau kedekut sehingga membeli buaian yang tak memenuhi ciri keselamatan bayi. Buaian yang terlampau murah, kemungkinan besar bahan yang digunakan cepat rosak, atau mungkin skrunya tak kukuh dan menimpa bayi saat digunakan.

Berbelanjalah dengan bijak dan mengikut kemampuan diri. Selepas mama dah tetapkan bajet, barulah mama dapat survey buaian yang masih di bawah bajet. Tak adalah mama rambang mata dan tak boleh nak buat keputusan nanti.

2) Jenis Buaian

Kalau dulu hanya ada buaian konvensional je yang digunakan sejak turun-temurun, tetapi sekarang dah ada banyak jenis dan pilihan di pasaran. Teknologi pembuatan barangan bayi makin maju dan semuanya bertujuan untuk menyenangkan kehidupan seharian. Terdapat pilihan buaian gantung, buaian manual, buaian automatik menggunakan bateri atau elektrik malah buaian automatik yang lengkap dengan musik sekali pun ada!

3) Saiz

Mama juga perlu ambil kira dengan keluasan rumah mama dan ruang yang mahu diletakkan buaian tu nanti. Jika ruang terhad, maka buaian yang terlalu besar akan memakan ruang yang banyak. Jadi buatlah pilihan yang bijak. Jika rumah mama tak sesuai untuk buaian gantung kerana siling yang terlampau tinggi, sudah tentu ianya tak termasuk dalam pilihan mama.

4) Material buaian

Pilihlah buaian yang dibuat daripada bahan yang kukuh dan tahan lama. Ini kerana mama mahu gunakan buaian untuk tempoh masa yang lama dan juga jika ianya berkualiti, mama boleh simpan dan gunakan untuk anak yang lain tanpa perlu membeli yang baru. Memang harga buaian yang murah akan menarik perhatian kita tetapi semak dahulu material buaian tersebut. Asas yang kukuh akan membuatkan ianya utuh dan tahan lama. Buaian plastik amatlah tak digalakkan. Bahan yang merbahaya untuk kesihatan bayi juga perlu dielakkan sama sekali.

5) Keselamatan

Keselamatan adalah penting buat si manja. Kalau mama memilih buaian jenis elektrik, adakah ianya selamat dan telah disahkan selamat untuk digunakan? Untuk buaian jenis gantung pula, adakah ianya kuat untuk menampung berat si manja mama? Sebelum membeli, semak dahulu kapisiti muatan bayi yang boleh ditampung oleh buaian tersebut. Semak ciri keselamatan lain seperti adakah terdapat tambahan keselamatan untuk mengelak bayi mama daripada terjatuh? Jika anak mama aktif bergerak, pilih buaian yang mempunyai harness untuk mengelak mereka daripada terjatuh. Tinggi buaian ke lantai juga perlu diambil kira tau mama!

6) Senang dibawa kemana-mana

Kalau si manja mama dah terbiasa didodoikan menggunakan buaian, maka mereka akan berasa sukar jika tak tidur didalam buaian saat travel. Jika mama selalu travel ke pelbagai tempat seperti balik kampung, maka ianya satu pilihan yang tepat untuk memilih buaian yang mudah alih. Pilih buaian yang mudah dilipat, bersaiz kompak dan muat untuk dimasukkan ke dalam ruangan kereta. Cara ini akan menjimatkan wang mama daripada membeli 2 buaian berbeza – satu untuk digunakan dirumah dan satu lagi untuk dibawa ke mana-mana. Pastikan juga buaian jenis mudah alih ini mudah untuk dipasang dan tak rumit.

Cara Guna Buaian Bayi Dengan Betul dan Selamat

1. Jangan guna “overdose”, maksimum 2 jam je sehari supaya anak banyak masa “tummy time” di lantai. Guna buaian bagus, tapi kalau 12 jam sehari anak berbuai tak belajar untuk kuatkan otot-otot untuk meniarap dan merangkak tak elok juga ye mama.

2. Elakkan guna buaian waktu malam untuk elakkan risiko anak lemas di dalam buaian tanpa kita sedar. Jadikan rutin waktu malam tidur di tilam.

3. Kalau nak guna buaian tradisional, cari rangka yang paling stabil (ada 4 point). Kalau tak ada roda lagi bagus.

4. Letakkan lapik atau tilam lembut di bawah dan tepi buaian untuk elakkan kepala anak terhantuk di lantai.

5. Sentiasa “update” ketinggian buaian dan lantai.

6. Elakkan membuai bayi semasa marah atau stress sebab boleh menyebabkan risiko terbuai terlalu laju bila anak menangis.

7. Elakkan letak bantal, selimut, anak patung dalam buaian semasa anak belum reti mencapai barang sebab risiko anak lemas. Cukup sekadar mainan gantung sahaja.

8. Selain daripada berbuai atas dan bawah, boleh pelbagaikan pergerakan kanan, kiri, depan dan belakang.

9. Elakkan bergantung kepada buaian elektrik dan tinggalkan bayi tanpa pengawasan.

 

Sumber : tateh, furbymoms, pantangplus, siraplimau

BACA JUGA ANAK ASYIK NAK BERDUKUNG 24JAM


Pesan Mama Siti

Menggunakan buaian ni ada baik ada buruknya. Tapi selagi kita berhati-hati dan sentiasa pantau keadaan anak semasa menggunakan buaian InsyaAllah tak ada perkara buruk yang akan berlaku.