KelabMama

Boleh Keluarkan KWSP Untuk Rawatan Kesuburan

pasangan mengandung selepas membuat rawatan kesuburan

Foto kredit: Adobe Stock

Kehadiran anak dalam hidup setiap pasangan yang berkahwin merupakan pengikat kasih sayang yang paling ditunggu-tunggu. Ada juga pasangan yang dah banyak kali mencuba tapi masih belum dikurnia rezeki. Namun setelah beberapa kali mencuba, doktor pasti akan mencadangkan supaya mama papa melakukan rawatan kesuburan.

Untuk pengetahuan mama papa, secara puratanya, rawatan kesuburan seperti IVF mempunyai lebih daripada 70% untuk berhasil. Rawatan kesuburan sememangnya mempunyai peratusan berjaya yang tinggi tapi mama papa mesti risau tentang kos pembiayaan yang mungkin akan mencecah berpuluh-puluh ribu kan?

Ha..lepas ni Mama papa tak perlu risau lagi tentang kos pembiayaan rawatan ni kerana kini pasangan boleh keluarkan wang KWSP di bawah kategori kesihatan. Pembiayaan rawatan kesuburan ni hanya layak diterima oleh pemohon sendiri atau pasangan pemohon saja. 

Siapakah yang layak untuk memohon pembiayaan rawatan kesuburan?

Foto kredit: Adobe Stock

Mereka yang layak untuk memohon pembiayaan rawatan kesuburan KWSP hanyalah:

  1. Pasangan warganegara atau bukan warganegara.
  2. Pasangan yang berumur 55 tahun ke bawah. 
  3. Mempunyai simpanan dalam Akaun 2. 
  4. Pasangan suami isteri yang telah sah berkahwin di sisi undang-undang. 
  5. Kos perubatan tak dibayai sepenuhnya oleh majikan. 
  6. Penyakit/peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP. 
  7. Tak mendapatkan rawatan alternatif. 
  8. Jenis-jenis rawatan kesuburan yang dibenarkan adalah Intrauterine Insemination (IUI), In-Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI). 

Dua kategori pengeluaran KWSP yang dibenarkan untuk rawatan kesuburan

Foto kredit: Adobe Stock

1. Pengeluaran individu

2. Pengeluaran bersama 

Jika kos perubatan telah dibiayai sebahagiannya oleh majikan ahli/pesakit, pemohon hanya boleh mengeluarkan baki kos perubatan yang belum dilangsaikan.

Pemohon juga boleh memilih cara bayaran 

  1. Bayaran terus kepada ahli jika pembayaran telah dilangsaikan terlebih dahulu. 
  2. Bayaran kepada institusi kesihatan di dalam negara jika kos perubatan tertunggak atau masih belum diselesaikan. 

Untuk memastikan permohonan mama papa lulus, mama papa perlu menyediakan beberapa dokumen.

Foto kredit: Adobe Stock

Antaranya adalah: 

Pihak KWSP juga memerlukan dokumen daripada Institusi Perubatan dalam Negara iaitu: 

  1. Bukti rawatan kesuburan
  2. Bukti bayaran 
  3. Bukti identiti
  4. Surat pengesahan majikan 
  5. Bukti pertalian dengan pasangan seperti sijil perkahwinan
  6. Lampiran bil/invois dan resit bayaran 
  7. Surat Pengesahan Pembayaran Kos Rawatan dan Kebenaran

Kalau mama nak tahu lebih lanjut tentang pembiayaan rawatan kesuburan ini, mama papa boleh melayari portal rasmi KWSP .

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA CARA UNTUK MENGANDUNG : 5 TIPS ANDA BOLEH CUBA

Pesanan Mama Siti

Mama Siti doakan semoga usaha mama dan pasangan untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan. Tak perlu ‘rushing’ untuk dapatkan zuriat hanya kerana kita tengok orang lain berlumba-lumba tambah anak. Percayalah, rezeki ‘zuriat’ akan datang pada waktu yang tepat. Kita hanya perlu berdoa, berusaha & selebihnya bertawakal padaNYA.