KelabMama

Boleh Keluar RM500 dari Akaun 2 KWSP Mulai April

Semalam YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan sebuah berita baik buat semua pencarum KWSP. Menurutnya, pencarum KWSP boleh mengeluarkan RM500 sebulan dari akaun 2 masing-masing bermula 1 April. Alhamdulillah!

YAB Perdana Menteri bersama Majlis Tindakan Ekonomi telah melakukan satu inisiatif yang berguna buat rakyat semua terutama sekali di dalam keadaan yang sukar ini. Mama Siti tahu disebabkan PKP ramai yang tidak boleh keluar bekerja dan tiada sumber pendapatan. Semoga dengan berita ini, dapat meringankan beban rakyat.

Inisiatif Pertama:

Kemudahan Pengeluaran i-Lestari bagi Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM 40 Billion

Inisiatif ini dijangka bakal memberi manfaat kepada 12 juta ahli KWSP:

  1. Semua ahli KWSP yang berusia 55 tahun ke bawah boleh mengeluarkan wang simpanan berjumlah maksimum RM 500 dalam akaun 2 masing-masing.
  2. Pengeluaran boleh dibuat bermula 1 April 2020 untuk tempoh selama 12 bulan.

Tambahan pula, YAB Perdana Menteri mengumumkan pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% dan inisiatif ini akan berkuatkuasa April 2020. Diharapkan agar bantuan ini dapat memberi wang lebih kepada para pekerja. Harapnya gunakanlah duit ini secara berjimat-cermat kerana kemungkinan PKP bakal berlanjutan kerana sekarang ini menunjukkan tiada tanda-tanda yang wabak ini bakal pulih di Malaysia.

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.”

YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak telah menggesa KWSP agar memudahkan pencarum untuk mengeluarkan sebahagian wang mereka untuk menghadapi kesusahan akibat COVID-19 ni.

“KWSP patut menimbangkan langkah memberi kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada baki akaun 2 simpanan mereka pada masa yang amat susah sekarang.”

Datuk Seri Najib Razak

Semoga Bermanfaat!

Sumber : BeritaHarian

BACA JUGA BELI BARANG ONLINE TAK PERLU ‘PANIC BUYING’

Pesan Mama Siti

Mama Siti harap dengan pengumuman ini bakal melegakan hati ramai pihak. Mungkin ada yang bersetuju tetapi ada yang tidak bersetuju. Dengan duit inilah, ada golongancdari golongan B40 boleh gunakan untuk keperluan harian mereka. Mama Siti juga nasihatkan kalau ada orang yang susah, berilah bantuan sikit sebab hari ini mungkin hari dia , esok lusa hari kita pula. Sekian , semoga kalian semua ikut perintah PKP dan jangan lupa sentiasa cuci tangan.