KelabMama

Hop Hop! Lompat ke Tahun Arnab Yang ‘Blooming Happiness’ Bersama Sunway Pyramid

sunway pyramid blooming happiness chinese new year

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Masa untuk ucapkan selamat tinggal pada tahun Harimau dan masuk ke tahun Arnab pula dengan pelbagai jenis kejutan yang menarik! Dah nama pun tahun barukan, jadi haruslah kita raikannya dengan meriah dan gembira sekali bersama keluarga tercinta hanya di Sunway Pyramid.

Bermula dari sekarang hingga 29 Januari 2023, Mama boleh bawa anak-anak meraikan tahun baru dan Chinese New Year di pesta Blooming Happiness di Sunway Pyramid.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Mama tahu tak dalam budaya orang Cina, arnab sebenarnya melambangkan panjang umur, keamanan, dan kemakmuran.

Khas buat para pengunjung Sunway Pyramid, di Blooming Happiness, Mama dan seisi keluarga dapat merasai sendiri gabungan unsur-unsur serta pengalaman hibrid (aktiviti tradisional & dengan inovasi digital) melalui pelbagai aktiviti dan tawaran menarik.

Apa je yang best dekat Blooming Happiness @ Sunway Pyramid ni?

Aktiviti-aktiviti Hibrid Hebat Yang Disajikan Pada Tahun Arnab Ini

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Blooming Garden Of Happiness

Ingin merasai musim bunga yang menakjubkan? Hadirkan diri ke Blooming Garden of Happiness yang penuh dengan bunga sakura dan juga pelbagai bunga yang mekar. Ambil gambar bersama orang tersayang di pelbagai kawasan yang mampunyai gubahan bunga. Mama juga akan dapat melihat beberapa moss rabbits yang bersembunyi!

Ambil gambar banyak-banyak tau Mama untuk memperingat hari yang istimewa ini~

Fortune Hop

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Cuba permainan interaksi yang menarik dengan Fortune Hope AR dan bagi setiap 60 points dan ke atas, anda berpeluang untuk menebus hadiah menarik.

Blessing Pond

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Apa tu Blessing Pond? Blessing Pond adalah kolam membawa rezeki dan memberi rezeki yang melimpah ruah pada sesiapa sahaja yang mengunjungi ruangan ini.

Lebih istimewa, para pengunjung boleh menghantar mesej khusus dan lihat ia dipaparkan secara ajaib di bunga-bunga Lotus di Blessing Pond yang interaktif ini. Anda hanya perlu mengimbas kod QR di telefon, taip mesej yang diinginkan dan klik send!

Mudah kan?

Pelbagai Pilihan Booth di Blooming with Happiness

Sambil-sambil jalan tu, boleh lah Mama singgah ke gerai-gerai mereka yang menjual pelbagai barang menarik untuk Mama sekeluarga~

Flower Market by fleurs
Kredit gambar: Sunway Pyramid

Papa nak beli bunga untuk Mama ataupun hadiah sebagai tanda perayaan Tahun Baru Cina 2023 ni? Singgah ke Flower Market by fluers untuk dapatkan gubahan bunga yang menarik.

Snek Tradisional

Mahukan snek yang ingatkan Mama pada zaman kecil? Di sini, Mama boleh mendapatkan Dragon Beard Candy, Maltose Lollipop, Ting Ting dan juga Candy Sesame Dough Candy. Lama tak rasa snek-snek ini? Jom la singgah~

Kaligrafi Cina
Kredit gambar: Sunway Pyramid

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri tulisan kaligrafi Cina yang penuh dengan karakter istimewa, anda boleh singgah di booth ini. Mama boleh dapatkannya sama ada sebagai hadiah atau hiasan di rumah sendiri.

Datang dan tempah mesej peribadi Mama disini.

Tonton Tarian Singa Yang Pasti Memukau Para Pengunjung

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Dalam pada itu, Mama jangan lepaskan peluang untuk hiburkan hati anak-anak dengan membawa mereka menonton sendiri tarian singa semasa berada di Blooming with Happiness @ Sunway Pyramid.

Tarian singa merupakan tradisi masyarakat Cina kuno yang telah diamalkan berabad lamanya untuk menghalau roh jahat dan membawa tuah. Mama boleh mark your calendar untuk melihat tarian singa ini seperti berikut:

Semestinya, Pelbagai Ganjaran Menarik untuk Ditebus

Tak fun kalau tak ada penebusan atau hadiah menarik bukan? Dalam pada Mama membeli-belah, Mama jangan lupa untuk mendapatkan hadiah eksklusif di Kaunter Tebusan termasuk menerima ganjaran bonus* daripada Sunway Pals dan juga penebusan berikut:

Resit daripada pembelian di gerai-gerai Blooming Happiness juga diterima.

Juga khas untuk semua ahli Sunway Pals!

Dapatkan hadiah bonus dengan memperoleh sekurang-kurangnya 450 pal points untuk satu peluang putaran di Wheels of Fortune!*

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Cabutan Bertuah: Peluang Untuk Menangi Proton X70!

“Apa? Boleh menang kereta? Biar betik!”

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Ya, Mama berpeluang untuk memenangi Proton X70 dengan hanya menyertai peraduan cabutan bertuah Blooming Happiness! Apa yang Mama harus lakukan adalah dengan belanja, belanja dan terus belanja! Kemudian tebus peluang penyertaan di Sunway Malls* sehingga 29 Januari 2023 ni tau.

Setiap penebusan hanya layak mendapat satu (1) penyertaan sahaja dan pemenang akan diumumkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak. Stay tuned ya Mama!

*Hanya di Sunway Pyramid, Sunway Velocity Mall, Sunway Carnival Mall, Sunway Putra Mall, Sunway Big Box Retail Park dan Sunway eMall

*Untuk terma dan syarat, Mama boleh klik SINI.

Keselesaan Yang Premium Untuk Para Pengunjung Sunway Pyramid

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Antara sebab utama kenapa Mama Siti selalu kongsikan tentang Sunway Pyramid adalah perkhidmatan dan servis yang disediakan.

Pihak Sunway Pyramid amat menitikberatkan keselesaan dan kemudahan para pengunjung, terutama sekali bagi mereka yang datang dengan bayi atau anak kecil.

Di Sunway Pyramid, terdapat beberapa bilik bayi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan keperluan ibu dan si manja yang lengkap dengan ruang menukar lampin, bilik penyusuan peribadi, hand sanitizer, losyen dan sabun bayi, pembersih udara dan juga dispenser air panas atau sejuk, serta surau, tandas mesra kanak-kanak dan fasiliti lain untuk para pengunjungnya.

Kesemua fasiliti ini juga sering dinyahkuman dengan dengan rawatan Teknologi Salutan Nano oleh SmartCoat untuk tujuan pembasmian kuman virus.

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Malah, berdekatan dengan acara Blooming Happiness ni juga terdapat satu tandas dan bilik bayi yang terdekat, atau dinamakan Leo’s Junior Kids Toilet & Baby Room.

Jadi, mudah kalau anak Mama nak ke tandas sambil anda semua bergembira di acara tersebut.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina Mama!

Kredit gambar: Sunway Pyramid

Di kesempatan ini, Mama Siti ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan Happy Chinese New Year kepada mak-mak yang menyambut.

Pastikan Mama berbelanja dengan bijak dan jangan lepaskan peluang untuk menebus semua ganjaran menarik di Blooming Happiness di Sunway Pyramid, sehingga 29 Januari 2023 ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi dan Facebook Sunway Pyramid.