KelabMama

Lazat & Berkhasiat! 6 Jenis Biskut Untuk Ibu Berpantang Yang Sering Disyorkan

biskut berpantang

Tempoh berpantang ni biasanya Mama akan mudah rasa lapar terutama apabila badan baru mula menghasilkan susu untuk bayi. Kudapan di antara waktu makan berat sangat membantu mengisi perut kan, apatah lagi tahap laparnya tu tak boleh bincang dah.

Mama Siti kongsikan senarai jenis biskut yang sesuai untuk ibu berpantang jadikan sebagai snek diantara waktu makan berat.

Cadangan Jenis Biskut Untuk Ibu Berpantang

Mama Siti suka nak cadangkan untuk terus amalkan pemakanan sihat sementara tempoh pemulihan dan badan masih sensitif ini. Jadi kadar kesembuhan akan lebih cepat dan badan Mama pun pasti sentiasa rasa segar. Berikut merupakan beberapa jenis biskut untuk ibu berpantang yang sesuai dan senang untuk Mama dapatkan secara atas talian sambil berpantang.

6 Jenis Biskut Untuk Ibu Berpantang

1. Jenama Oven Bella

Produk Oven Bella keluaran Malaysia ini sangat mementingkan bahan-bahan dalam pembuatan biskut mereka, malah kebanyakan biskut menggunakan tepung badam dan tiada gandum. Pemilihan gula asli bukan gula putih dan chocolate couverture yang berkualiti selain jenis jenama mentega yang bagus.

Boleh terus buat belian di website Oven Bella. Ada pelbagai perisa biskut dan juga produk lain yang Mama boleh tempah di sana. Antara snek lain yang dijual adalah variasi kek-kek sihat, jadi selamat mencuba ya.

2. Biskut Tanpa Telur

Kredit gambar: Shopee

Untuk Mama yang masih berpantang telur, Mama boleh mencuba biskut tanpa telur, dan menggunakan gula asli serta tanpa gandum ini. Produk ini menggunakan tepung badam yang lebih mesra usus buat ibu berpantang.

3. Biskut Tanpa Telur dan Tenusu Orgran

Kredit gambar: Shopee

Untuk Mama yang selalu mempunyai masalah clogged duct mungkin boleh cuba biskut yang tidak mempunyai bahan tenusu jenama Orgran kerana tenusu biasanya buat susu lebih banyak dan menyebabkan bengkak payudara.

Jenama Orgran ini mempunyai banyak lagi rangkaian jenis pilihan biskut untuk Mama. Jika Mama sukakan perisa coklat, Orgran juga mempunyai pilihan untuk itu.

4. Biskut Sihat Gullon

Kredit gambar: Signature Market

Biskut untuk ibu berpantang ini tidak mengandungi kekacang jika Mama alah padanya atau masih berpantang kekacang. Jenama ini juga mempunyai rangkaian biskut tanpa gandum dan klasifikasi sebagai vegan. Mama boleh dapatkan di kedai Shopee ini.

5. Biskut keluaran NHF

Kredit gambar: Shopee

Jenama Natural Health Farm juga mempunyai banyak rangkaian biskut sihat dengan kandungan yang minimal tanpa pewarna dan pengawet. Mama boleh pilih perisa pilihan mengikut citarasa dan kesesuaian badan Mama. Selain di website NHF, Mama boleh dapatkan biskut ini di outlet fizikal NHF sendiri mahupun di Shopee.

6. Granola Bar

Kredit gambar: Show Food Chef

Granola bar adalah satu pilihan yang baik untuk dijadikan snek sewaktu berpantang kerana ia mengandungi kombinasi oat, kelapa, kekacang, buahan kering dan pelbagai lagi yang tinggi serat untuk nutrisi dan lebih mengenyangkan. Jika Mama mahu mencari granola bar, cuba cari jenama yang mempunyai bahan-bahan yang baik.

Snek Waktu Berpantang

Selain daripada biskut, Mama boleh potong buahan kering, roti atau buahan segar yang boleh dimakan untuk ibu berpantang mengalas perut di antara waktu makan berat. Cara ini dapat memberi serat baik dan membantu melancarkan penghadaman Mama.

Senarai di atas yang Mama Siti cadangkan adalah mudah didapati paling kurang secara online, dan juga sedap untuk dimakan. Makanan dengan bahan yang baik sangat penting ketika fasa berpantang ini.

Mama juga jangan lupa untuk makan sihat dengan cukup ketika berpantang untuk mempercepatkan proses kesembuhan, lebih segar dan ceria. Semoga dipermudahkan semua urusan berpantang Mama!