KelabMama

10 Pilihan Biskut Beras Baby Dengan Nutrisi Tambahan Terbaik Buat Si Manja

bayi menjamah biskut beras baby

Biskut beras bayi ialah alternatif yang boleh diberikan kepada bayi yang sudah mulai tumbuh gigi. Bayi boleh mula makan makanan pejal apabila menginjak usia enam bulan. 

Selain berfungsi sebagai sumber nutrisi tambahan, biskut beras sebenarnya meningkatkan lebih banyak gigi bayi. Ia juga meningkatkan kekuatan otot di bahagian mulut dan rahang. 

Pilihan biskut beras yang Mama kongsikan ini mempunyai rasa, saiz, bentuk dan tekstur yang berbeza. Semuanya penting untuk mendedahkan bayi dengan kemahiran sensori mereka. 

10 Biskut Beras Bayi Yang Sesuai Untuk Si Manja Mama

#1 HappyBaby Organic Teether Cracker Strawberry Beet

Kredit gambar: motherhood.com.my

Mama boleh galakkan bayi makan sendiri dengan memberikan biskut beras ini. Ia diperbuat daripada bijirin serta buah-buahan dan sayuran organik. 

Walaupun biskut beras dari HappyBaby ini cepat cair di mulut ia tidak sesekali membuat biskut melekat di lelangit bahagian mulut bayi.

#2 Bebedang Organic Puffed Rice Snack 

Kredit gambar: Jumping Baby Jacks

Produk biskut beras bayi yang diimport dari Korea Selatan untuk bayi berumur enam bulan ke atas. Diperbuat daripada popped rice yang mampu meningkatkan sistem imun dan melindungi tubuh daripada jangkitan perut.

Selain itu biskut beras ini dikatakan dapat meningkatkan perkembangan otot bayi dengan cara menggenggam dan mengunyah.

#3 Mini Munchy Organic Rice Puff

Rangkaian Mini Munchy Organic Rice Puff diperbuat daripada Beras Japonica Organik, Beras Hitam Mutiara Asli dan Beras Perang Japonica Organik.

Biskut beras baby jenama ini tidak mengandungi pewarna dan bahan perasa tiruan, sesuai untuk vegetarian, tiada garam dan gula tambahan, malah sangat sesuai untuk si manja yang alah pada kekacang dan soya.

Didatangi dalam empat variasi; Brown Rice & Quinoa, Strawberry & Beet, Banana & Pumpkin dan perasa asli.

#4 Bebecook Organic Rice Snack

Kredit gambar: Lazada

Sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas. Diciptakan sebagai makanan pepejal untuk yang baru tumbuh gigi. 

Boleh diperkenalkan ketika bayi berusia enam bulan yang sedang dalam fasa permulaan pertumbuhan gigi. 

Tidak melekit dan meninggalkan sisa di lantai. Bentuknya jejari memudahkan bayi memegang biskut beras ini. 

#5 Apple Monkey Organic Rice Cracker

Kredit gambar: Carousell

Ia berbentuk bujur dan bertekstur lembut. Bayi boleh meningkatkan kemahiran motornya seperti menggenggam. 

Apabila dimakan, perlahan-lahan biskut beras akan mulai mencair di dalam mulut. Biskut beras dari Apple Monkey menggunakan teknik panggang berbanding menggoreng. Cara ini lebih menyihatkan bayi Mama.

#6 Take One Baby Bites

Kredit gambar: Shopee

Didatangkan dengan kepelbagaian rasa asli, lobak merah, epal, pisang dan sayur. Bayi berpeluang belajar merasa bermacam jenis sayur dan buah. 

Tambahan pula, ia menggunakan beras Jeraponica yang bertekstur halus dan mempercepat biskut beras cair dalam mulut. Sangat sesuai untuk berumur enam bulan merangsang gusi untuk tumbuh lebih banyak lagi gigi. 

Mama tak perlu bimbang kerana tiada sebarang gluten dijumpai dalam biskut beras ini. 

#7 AC-Baebis Organic Baby Rice Puffs 

Kredit gambar: Lazada

Boleh mula diberikan kepada bayi pada umur enam bulan. Biskut beras ini menggunakan bahan-bahan semulajadi dan didatangkan dengan 3 variasi rasa iaitu beri, keju dan epal. 

Khasiat antioksidan dan fiber ada dalam perisa beri manakala perisa keju memberikan manfaat protein dan kalsium kepada si manja. 

Mama tak perlu bimbang kerana biskut beras baby organik ini disahkan halal. 

#8 Heinz Teething Rusks Plain

“Mama Siti ada saya nak anak belajar mengunyah dulu. Ada tak yang tak ada apa-apa perasa? “

Kredit gambar: shopee.com.my

Biskut beras baby dari Heinz jawapannya. Hadir dengan perisa asli tanpa apa-apa perasa tambahan lain. 

Sesuai dimakan untuk bayi usia enam bulan hingga tiga tahun. Bagus untuk bayi yang baru mula tumbuh gigi kerana apabila biskut beras dikemam, ia akan cair perlahan-lahan dalam mulut. 

Diperbuat daripada tepung gandum, kuman gandum, susu tepung skim, yis, garam*, mineral (zat besi).

#9 Happiemama Biskut Beras Bayi

Kredit gambar: Shopee

Biskut beras baby daripada jenama Happiemama ni sebenarnya antara biskur beras baby yang terbaik untuk si manja yang baru mula tumbuh gigi. Biskut beras baby Happiemama diperbuat daripada beras putih, beras perang, gula, puree strawberi, ekstrak epal dan vitamin B1.

Saiznya kecil dan berbentuk ‘x’ menggalakkan perkembangan fizikal anak-anak untuk memegang objek.

#10 TenTen Baby Guide

Kredit gambar: Shopee

Sepertinya pilihan terbaik kerana biskut beras ini bebas kacang, telur dan gluten. Bukan itu sahaja kerana ia diperkaya dengan vitamin B!. 

Di samping itu, Mama tidak perlu risau kerana biskut beras TenTen Baby Guide kurang lemak dan tiada bahan perasa tambahan. Pastinya selamat untuk si manja. 

Bayi Mama perlulah diperkenalkan dengan makanan pejal sejak usia mereka menginjak enam bulan lagi. Selain keadaan perut dan buah pinggang mereka yang telah pun matang, biskut bayi sebenarnya menggalakkan pertumbuhan gigi. 

Biskut beras memenuhi keperluan bayi yang sedang mulai tumbuh gigi itu. Bentuk, saiz, rasa dan khasiatnya mendorong perkembangan positif si manja. 

Pilihlah biskut beras yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak Mama. Langkah ini penting agar bayi membesar dengan sihat secara keseluruhan.


Berikan sumber pemakanan yang terbaik untuk si manja dengan rujuk SINI.