KelabMama

Inspirasi Bilik Tidur Anak Perempuan Yang Hot & Trendy, Terkini

Wah, excited sungguh bila bercakap tentang bilik tidur anak perempuan. Macam-macam idea dan impian yang terbayang dalam kepala Mama Siti ni. Kita tahu dah ada banyak perkongsian panduan tentang dekorasi bilik tidur anak perempuan di luar sana, kan.

Namun, kali ini Mama Siti mengambil peluang untuk mengupas daripada sudut yang sedikit berbeza berdasarkan perkembangan terkini dunia pendidikan anak-anak. Harap Mama semua suka membacanya dan berjaya mendapat informasi baru.

Ruang persendirian

Kita semua sedia maklum bahawa anak-anak perlukan satu ruang yang mereka boleh gunakan untuk aktiviti kendiri, berehat juga untuk menguruskan diri seperti menukar pakaian, memilih pakaian daripada almari yang sesuai dan sebagainya. Apatah lagi jika anak kita sudah bergelar gadis remaja, kan Mama?

Jadi sangat penting untuk kita menyusun atur dengan baik, walau seringkas apapun bilik tidur anak perempuan kita. Jangan lupa untuk libatkan anak perempuan Mama dalam proses ini, supaya mereka diberi peluang untuk memilih walau hanya daripada dua senarai yang kita telah tetapkan. Ini penting untuk memberi rasa puas hati atas ruang dan peluang untuk berdikari.

10 idea dekorasi bilik mengikut keperluan anak perempuan Mama

1. Bilik tidur kongsi bersama adik-beradik perempuan

Kadang kala kita ada kekangan ruang di dalam rumah dan kita meletakkan anak-anak perempuan di dalam satu bilik yang sama. Tak apa aja, Mama. Cuma penting untuk ibu bapa membuat ruangan persendirian untuk anak-anak walaupun mereka perlu berkongsi bilik.

Anak-anak sama macam kita yang dewasa ini memerlukan kawasan persendirian. Katil sendiri, meja belajar sendiri dan almari dengan bahagian kepunyaan sendiri. Ruangan peribadi ini akan membuatkan anak merasa selamat dan juga rasa dihargai.

Lihat kemasan yang ringkas begini dipisahkan dengan rak.

Contoh dekorasi katil dua tingkat untuk adik-beradik jika ruang tidak luas.

Kaedah dekorasi begini juga menjimatkan ruang. Boleh gantungkan langsir untuk memisahkan di kaki katil untuk ruang lebih peribadi.

Banyak info menarik di lawan sesawang IKEA ini mengenai susun atur untuk berkongsi bilik dengan adik beradik yang lain.

2. Bilik tidur gadis remaja

Usia gadis remaja biasanya sedang sibuk dengan mencari identiti sendiri. Seronok jika dapat duduk berbincang seperti sahabat dengan anak gadis remaja tentang ruangan bilik tidur, supaya susunan bilik tidur dan perabot adalah praktikal untuk kegunaan seorang remaja puteri.

Biasanya untuk gadis remaja, elemen penting selain katil dan almari adalah cermin. Mereka usia ini sangat pentingkan penampilan diri.

Jangan risau, lebih ringkas itu lebih baik. Gambar menunjukkan barangan utama di dalam bilik tidur anak perempuan termasuk meja belajar dan cermin.

3. Bilik tidur anak perempuan usia sekolah rendah

Usia ini biasanya anak-anak perempuan sangat sukakan semua benda berwarna merah jambu kan, Mama? Mama boleh cuba carikan set cadar, langsir, cat dinding dan kertas dinding berwarna merah jambu untuk menaikkan warnanya. Kedua-dua barang ini mudah untuk ditukar kemudian nanti apabila anak makin dewasa dan mula berubah citarasa.

Contoh dekorasi bilik tidur ini dengan mengecat dinding warna merah jambu. Walaupun perabot dan cadar berwarna tona berbeza, namun tetap nampak manisnya merah jambu terzahir di ruangan bilik ini.

Idea dekorasi katil kayu berbentuk rangka rumah ini juga semakin menjadi trend masa kini. Anak-anak seolah rasa lebih terlindung dengan merasakan seolah adanya bumbung di atas kepala.

4. Bilik bersaiz kecil

Ruang yang terhad tidak semestinya akan menghadkan idea dekorasi. Mama Siti kongsikan beberapa contoh dekorasi bilik saiz lebih kecil di bawah ini.

Bilik ini kelihatan memanjang dan kecil. Begitu kreatif susun aturnya.

Susun atur kelihatan begitu praktikal bagi ruang kecil.

5. Bilik dengan banyak ruang kabinet

Lihat ruang kabinet yang banyak ini dibina disekeliling meja. Meja belajar menjadi titik rujukan untuk mereka bentuk kabinet yang praktikal sekitarnya.

Ini pula contoh katil menjadi titik rujukan dan ruang kabinet dibina disekitarnya untuk menggunakan ruang secara maksimum.

6. Bilik tidur IKEA

IKEA sangat terkenal dengan perabot menarik dan kreatif. IKEA juga selalu menawarkan kelengkapan set bilik tidur anak yang kegunaan secara praktikalnya saling melengkapi. Ia juga seolah satu proses DIY bilik tidur kerana kita akan mix and match perabot-perabot yang ada.

Set bilik tidur anak perempuan versi IKEA. Produk IKEA barangannya memang banyak bertemakan warna putih. Kemudian Mama bolehlah tambahkan dekorasi tema bunga atau warna pastel.

Reka bentuk dalaman ini sangat sesuai untuk anak sekolah rendah, semua perabot masih mengikut saiz mereka yang lebih rendah. Ini akan membantu anak-anak berdikari tanpa perlu bergantung kepada Mama.

7. Bilik tidur sekaligus ruang bermain

Ibu bapa boleh menjimatkan penggunaan ruang dengan menjadikan bilik tidur anak juga sebagai tempat bermain, dan ia juga adalah trend moden masa kini. Tidak perlu tempat bermain yang lengkap dan canggih. Lesser is better. Anak-anak kurang rasa terlalu overwhelmed.

Lihat contoh bilik ini, hanya dengan meletakkan buaian telah merubah suasana dan memberi kepuasan kepada anak.

Antara barangan perabot IKEA yang boleh dijadikan kelengkapan bilik tidur sekaligus bilik bermain.

8. Bilik tidur dengan floor bed

Ada Mama yang punyai citarasa dengan gaya katil rendah atau tilam di lantai kerana ia kelihatan lebih cosy, mungkin boleh cuba lihat cadangan Mama Siti di bawah ini.

Antara contoh bilik tidur dengan reka bentuk dalaman tilam di lantai. Nampak begitu selesa sekali.

Cantik kan design yang ini, Mama? Pilihan konsep pelangi menceriakan suasana serta tambahan cermin dalam bilik yang membuatkan ruang kelihatan lebih luas.

9. Bilik tidur ala puteri raja

Ada anak-anak remaja yang sukakan kemasan ala bilik tidur puteri raja. Biasanya elemen perabot ala Inggeris akan menjadi penyumbang besar dekorasi. Mama boleh DIY untuk cari idea yang lebih menjimatkan kos seperti guna semula dan perbaharui perabot lama.

Elemen katil rangka besi putih dilengkapkan dengan hiasan kain lace dari atas siling sudah memadai untuk merubah suasana supaya bilik kelihatan princess-like.

10. Bilik dengan hiasan lampu

Seronok sebenarnya meletakkan elemen hiasan lampu yang kini murah serta pelbagai yang mudah didapati melalui laman membeli-belah seperti Shopee dan Lazada. Jika Mama mahu hiaskan dengan lampu menjalar, boleh pilih jenis lampu yang menggunakan bateri.

Antara gaya deko lain adalah meletakkan lampu menjalar pada rak dan perabot lain di dalam bilik tidur anak.

Tips tambahan pemilihan perabot yang sesuai untuk bilik tidur anak perempuan

Perabot adalah antara barang utama dalam bilik anak-anak yang mungkin kita tidak akan menukarnya dalam tempoh terdekat. Jadi pemerhatian perlu dibuat dahulu juga perbincangan dengan anak jika mereka sudah remaja.

Mungkin sudah banyak tips di luar sana jadi Mama Siti akan kongsikan beberapa tips lain yang penting untuk perhatian Mama.

Mama Siti harapkan konsep perkongsian Mama Siti tentang bilik tidur anak perempuan kali ini dengan sisi berbeza, dapat membantu Mama semua mendapat idea untuk deco dengan lebih praktikal. Selamat berdekorasi!