KelabMama

BILA DOKTOR AKAN SCAN KANDUNGAN ANDA?

“Eh, kenapa tak scan pun hari ini? Jumpa doktor A minggu lepas dia dah scan. Jumpa doktor B minggu ni tak scan pun. Memang sah, doktor B pemalas, makan gaji buta!“

 

SCAN DICADANGKAN KETIKA 3 PERINGKAT KEHAMILAN IAITU :

Trimester Pertama ( 11-14 Minggu )

Masa scan ni, boleh nampak dah kepala bayi, tulang belakang, tangan, kaki, denyutan jantung. Bila nampak bahagian-bahagian penting ini, kita boleh menghela nafas lega kerana bayi yang dikandungnya sekarang boleh dikatakan normal. Kadang-kadang scan biasa ( melalui perut ibu) tidak berapa jelas, perlu melakukan scan dari bawah ( transvaginal) untuk mendapatkan imej yang jelas kerana ianya berhampiran dengan rahim.

Masa buat scan ini, untuk ibu yang berisiko, akan dicadangkan untuk ukur ketebalan cairan terdapat pada belakang leher bayi – Nuchal translucency (NT). Dengan kombinasi NT mahupun ujian darah mampu meramalkan risiko bayi menghidap sindrom Down.

Kalau kembar pula, jenis uri perlu dikenalpasti samada kembar berkongsi uri yang sama atau uri yang berbeza. Follow up berbeza untuk jenis-jenis kembar yang berlainan.

 

Detail Scan ( 18-22 Minggu)

 

Scan Tumbesaran ( Selepas 32 Minggu )

Scan pada peringkat awal kehamilan, sebelum 10 minggu – TIDAK dijalankan secara rutin, kecuali

Scan perlu dibuat pada masa yang betul ketika hamil, supaya kita mendapat maklumat yang betul mengenai kehamilan. Scan hari-hari tidak memberikan sebarang kelebihan dan tidak mengubah apa-apa dari segi rancangan perawatan pesakit.

 

 

 

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia / Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Obstetrik & Ginekologi , Kementerian Kesihatan Malaysia