KelabMama

Tak Drama Dah Lepas Cuba 10 Cara Berus dan Floss Gigi Anak Ini!

Kelewatan memperkenalkan rutin memberus gigi kepada anak-anak boleh mengakibatkan mereka kehilangan gigi di usia muda. 

Ia mengganggu proses pembesaran mereka disebabkan mungkin akan diejek rongak oleh rakan-rakan sebaya. Selain itu, mereka juga menghadapi kesukaran berkomunikasi disebabkan keadaan giginya itu. 

Oleh itu, kali ini Mama Siti bawakan khas untuk Mama dan Papa cara memberus gigi anak berserta kaedah flossnya sekali. 

Bila Harus Mula Berus Gigi?

Ianya perlu dimulakan sejak anak-anak masih bayi lagi. Setiap kali anak-anak selesai menyusu, bersihkan mulut mereka. 

Caranya adalah dengan menggendong bayi dengan satu tangan manakala sebelah lagi tangan Mama digunakan untuk membersihkan mulut bayi. Gunakan kain bersih yang dibasahkan atau tisu xylitol. 

Apabila anak mula tumbuh gigi pertama, Mama dan Papa boleh mula memberus gigi mereka sehingga lah mereka mampu melakukannya sendiri. 

10 Tips Berus Gigi Anak

#1 Mula Dari Awal

Kredit gambar: Coastal Dental Care

Sejak awal mereka mula tumbuh gigi, Mama dah boleh perkenalkan berus gigi, ubat gigi, kepentingan jaga gigi dan sebagainya. 

Ketika mereka masih bayi, biasakan untuk membersihkan lidah anak-anak. Caranya, basahkan kain bersih, balut pada jari dan bersihkan bahagian dalam mulut mereka. 

#2 Berus Gigi Sama-sama

Kredit gambar: iStock

Kebiasaannya, anak akan tiru apa yang mereka nampak. Sekali-sekala, Mama ajak mereka berus bersama-sama. Pamerkan emosi positif semasa memberus gigi supaya mereka cenderung untuk memcuba. 

#3 Mainkan Muzik dan Menyanyi

Jadi lebih kreatif dengan irama muzik. Cipta lagu tentang memberus gigi berdasarkan alunan ritma lagu kanak-kanak yang mereka suka. 

Syaratnya, lagu tersebut hanya akan dimainkan apabila anak-anak memberus gigi. Apabila mereka berhenti, Mama pun akan hentikan nyanyian lagu. 

#4 Berus Gigi di Mana Sahaja

Lain budak, lain ragamnya. Susahlah kalau setiap kali nak berus gigi kena pergi bilik air. 

Jadinya, peringkat awal ni Mama boleh berus gigi atau biarkan mereka memberus giginya sendiri walaupun di hadapan televisyen atau di ruangan bermain mereka. 

#5 “Mama, Nak Kartun Yang Ni”

Kredit gambar: The New York Times

Mama dah boleh tarik nafas lega apabila anak mengajukan permintaan yang semacam ini. Itu tandanya, mereka sudah ada minat untuk memberus gigi. 

Dalam masa yang sama, memberi peluang untuk mereka memilih berus gigi sendiri menandakan kita mendengar dan menghormati pilihannya. 

Secara tak langsung, Mama menyumbang dalam kemenjadian anak-anak menjadi seorang yang yakin diri. 

#6 Berus Gigi Anak Yang Mengamuk

@frhawtf

Anak start tumbuh gigi dah kena start gosok gigi ya. Haaa ni cara mudah dan cepat untuk gosok gigi anak sampai bersih tanpa tinggalkan trauma pada mereka. Tips ni suggested by dentist tau ? #parentingtips #parentinghacks #gosokgigianak #gosokgigibaby

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

“Stres saya dibuatnya, setiap kali nak gosok gigi mesti anak tak duduk diam.”

Bagi sesetengah orang cara ini mungkin agak ekstrem dan menyeksakan anak tetapi itu lebih baik daripada anak terpaksa kehilangan gigi di usia muda. 

#7 Ubat Gigi Kegemaran

Kredit gambar: iStock

Caranya adalah dengan menyediakan pelbagai pilihan variasi ubat gigi di rumah. Kedua, Mama izinkan mereka memilih sendiri satu ubat gigi kegemaran di pasaraya. 

Salah satu cara ini mungkin berjaya memujuk anak berus gigi tanpa perlu menghadapi drama di bilik mandi. 

#8 Rutin Berus Gigi

Kredit gambar: Flickr

Sama seperti rutin tidur. Apa-apa perkara yang dilakukan pada secara rutin akan menjadi kebiasaan. 

Mungkin di awal-awal proses memberus gigi anak memerlukan sedikit usaha, namun lama-kelamaan anak sendiri dah pandai berus gigi tanpa disuruh. 

#9 Aktiviti Keluarga

Lagi ramai, lagi meriah. Lagipun suasana bila ramai orang ni buat anak-anak lebih ‘enjoy’. Perasaan menggosok gigi bersama-sama keluarga serupa seperti bermain dalam satu pasukan. 

Ada jenaka, ada cerita yang boleh dikongsikan.  

#10 Beri Penghargaan 

Kredit gambar: iStock

Selepas mereka selesai sesi memberus gigi, cepat-cepat berikan penghargaan. Penghargaan boleh diberikan dalam bentuk ucapan atau ganjaran. 

Tambahan pula, ia meningkatkan motivasi kepada anak-anak untuk bertanggungjawab memberus gigi mereka sendiri. 

Cara-Cara Berus dan Floss

Cara Berus Gigi Anak-Anak

Mama Siti dapatkan nasihat doktor untuk cara memberus gigi anak-anak. Bukan apa, bimbang kalau salah cara, buruk padahnya nanti.

Cara Floss Gigi Anak

Paling penting Mama jangan putus asa ketika memberus gigi anak. Mudah-mudahan lama-kelamaan mereka akan melakukannya dengan rela hati. 

Semoga tips ini membantu Mama dalam menjaga kesihatan mulut anak-anak.


Dapatkan lebih banyak tips keibubapaan dan kesihatan anak di SINI!