KelabMama

Cara Memilih Berus Gigi Baby Dan Bila Mama Boleh Mula Memberus Gigi Si Manja

Sumber: istockphoto

Bila tengok gigi bongsu si manja pertama kali muncul dari gusi, alahaiā€¦rasa comel sangat kan? Terutamanya apabila mereka senyum dan ketawa, sungguh mencuit hati Mama dan Papa.

Lebih-lebih lagi jika ini adalah pengalaman kali pertama, tentu Mama dan Papa keliru dan kurangĀ mahir tentang bilakah waktu yang terbaik untuk mula memberus gigi bayi dan bagaimanakah cara penjagaannya.

Bila Perlu Berus Gigi Baby?

Ramai yang tertanya-tanya, bilakah waktu yang terbaik untuk mula berus gigi bayi? Memang perlu tunggu apabila semua gigi bongsunya tumbuh ke?

1. Seawal gigi pertama bayi muncul

Sebenarnya, sebaik sahaja gigi si manja keluar dari gusi, walaupun hanya separuh sahaja, Mama dan Papa haruslah mula memberusnya. Tak perlu untuk tunggu gigi mereka keluar sepenuhnya dari gusi apatah lagi untuk tunggu kesemua bilangan gigi mereka tumbuh, kemudian baru Mama berus gigi baby tu. Jangan begitu ya Mama.

2. Guna kain lembut yang basah pada permulaan

Tetapi pada waktu itu, gusi dan gigi mereka masih lembut dan tidak kuat kan? Jadi, yang disarankan oleh Karen Gill ialah, Mama boleh berus dan cuci gusi bayi dengan menggunakan kain lembut yang basah.

Kebiasaannya, kain kasa atau kain lampin yang dibasahkan. Dengan menggunakan jari anda, cuci di sekeliling gigi bayi dan gusi mereka dengan bersih.

3. Manfaat penjagaan gigi bayi dari awal

Apabila anda menjaga kebersihan gigi dan mulut si manja dari awal lagi, gigi mereka yang berlebihan itu akan tumbuh dengan sihat dan mereka akan terbiasa dari awal dengan rutin penjagaan ini.

4. Bertukar kepada berus gigi baby

Apabila gigi bayi keluar sepenuhnya, Mama dan Papa bolehlah bertukar kepada berus gigi baby ya. Sebagai contoh, berus gigi jari baby yang diperbuat dari silikon. Berus-berus kecil padanya dapat membersihkan kotoran di celah-celah gigi dan gusi yang tidak dapat dibersihkan dengan menggunakan kain lembut yang basah.

5. Berus gigi mereka 2 kali sehari

Sama seperti kita yang dewasa, kekerapan pemberusan gigi si manja yang disarankan adalah 2 kali sehari. Yang utama adalah, waktu ketika sebelum mereka tidur untuk memastikan mulut mereka bersih dari kotoran sepanjang malam.

6. Pengunaan ubat gigi bayi

Setelah gigi pertama si manja tumbuh sepenuhnya, Mama sudah boleh mula menggunakan ubat gigi baby. Tapi hanya pada kuantiti sebesar sebutir beras sahaja dan mestilah dibersihkannya dengan elok kemudiannya.

Cara Memilih Berus Gigi Baby

Sumber: istockphoto

Dengan lambakan berus gigi baby yang ada di pasaran, pasti Mama keliru unutk memilih berus gigi yang sesuai untuk si manja bukan?

Dalam memilih berus gigi baby yang sesuai, kriteria yang harus diutamakan adalah:

  1. Usia bayi
  2. Bilangan gigi bayi

Untuk bayi yang gigi mereka baru tumbuh dan tidak sepenuhnya:

Seperti yang dijelaskan di atas, bayi yang baru sahaja tumbuh gigi pertama dan tidak sepenuhnya, mereka masih tidak sesuai untuk menggunakan berus gigi.

Sebaiknya, Mama hanya gunakan kain lembut yang dibasahkan dan cuci di sekitar kawasan gigi, gusi dan ruang mulut mereka dengan lembut.

Untuk bayi yang gigi pertama mereka telah tumbuh sepenuhnya:

Manakala untuk si manja yang gigi pertamanya telah tumbuh sepenuhnya, Mama bolehlah cuba memberus gigi mereka dengan berus gigi jari.

Selain itu, Mama sudah boleh mula perkenalkan baby teether atau teething toy. Biasalah kan, bila dah tumbuh gigi ni, mestilah mereka rasa nak gigit macam-macam.

Dengan baby teether, mereka boleh menggigit dan membersihkan mulut dalam masa yang sama. Pilihlah teething toy yang ada tekstur berus-berus kecil padanya untuk membiasakan mulut bayi dengan tekstur berus tersebut.

Pastikan pemegangnya diperbuat daripada material yang tidak mudah licin ya.

Untuk bayi yang sudah banyak bilangan gigi yang tumbuh:

Bila dah banyak gigi si manja, Mama bolehlah bertukar kepada berus gigi bayi ya. Berus gigi bayi ini, saiznya jauh lebih kecil berbanding berus gigi orang dewasa. Pilihlah saiz yang sesuai dengan mulut si manja supaya senang dan selesa pergerakan memberus nanti.

Tapi Mama dan Papa mestilah sentiasa memantau mereka ketika menggunakan berus gigi tersebut. Maklumlah, ia agak keras dan mempunyai pemegang. Jangan biarkan si manja berus gigi mereka tanpa pantauan anda pada usia ini tau.

5 Pilihan Berus Gigi Jari, Baby Teether Dan Berus Gigi Baby

1. Silicone Baby Toothbrush & Gum Massager with Case

Sumber: pureen.com

Berus gigi jari bayi jenama Pureen ini diperbuat daripada silikon yang lembut dan mempunyai berus-berus halus padanya.

Ia bebas daripada BPA dan selamat untuk penggunaan bayi. Didatangkan dengan bekas simpanan, ia juga boleh digunakan untuk urut gusi si manja.

2. Haakaa Fresh Food Feeding Teether

Sumber: theweddingvowsg.com

2 dalam 1, Haakaa Fresh Food Feeding Teether adalah feeder dan teether bayi. Di bahagian bawah produk ini adalah ruang feeder yang anda boleh isi dengan puri buah sebagai contohnya untuk bayi. Di bahagian sebelah atas pula adalah teether untuk membersihkan mulut bayi dan mengurangkan rasa tidak selesa tumbuh giginya.

3. Twin Handle Water Filled Teether

Sumber: pureen.com

Baby teether ini diisi dengan air reverse osmosis yang selamat untuk bayi dan mempunyai pemegang yang selesa dan sesuai dengan grip si manja.

Saiznya yang kecil sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

4. Pigeon Baby Training Toothbrush

Sumber: shopee.com

Antara jenama berus gigi baby yang popular di Malaysia ialah Pigeon. Ia datang dalam pelbagai jenis dan kebanyakan ibu bapa memilih Set Pigeon Baby Training Toothbrush yang dilengkapi dengan 3 jenis berus gigi baby untuk usia yang berbeza iaitu daripada 6 bulan hingga 1 tahun.

5. Baby Banana Toothbrush for Infants

Sumber: mumzworld.com

Direka khas seperti bentuk pisang, berus gigi baby ini selamat dan lembut untuk dipegang bayi. Bentuknya yang unik boleh menarik perhatian si manja dan ia sesuai untuk bayi berusia 3 hingga 12 bulan.

Jagalah Kesihatan Mulut Si Manja Dari Awal Lagi

Para ibu dan bapa mestilah berusaha untuk menjaga gigi dan kesihatan oral baby dari kecil lagi supaya gigi bongsu dan gigi kekal mereka akan tumbuh dengan sihat dan si manja akan terbiasa dengan rutin ini.