KelabMama

Cara Bersihkan Gigi Anak Sebaik Gigi Tumbuh

KENAPA GIGI PERLU DIBERSIH?

Membersihkan gigi boleh menghilangkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluoride (jika memberus menggunakan ubat gigi) yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.

 

BILA ANAK SAYA SEPATUTNYA MULA DIBERSIHKAN GIGI?

Ibu bapa dinasihatkan membersihkan gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.

 

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENJAGA KEBERSIHAN GIGI?

Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.

 

Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan. Untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah, beruslah gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur. Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan. Cukup sekadar memberus.  Namun untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :

Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun. Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja. Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

 

KENAPA PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN PENTING?

Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas.

 

BAGAIMANAKAH CARA MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK?

Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:

  1. Penjagaaan kebersihan gigi yang baik :
  1. Makan secara sihat :
  1. Pemeriksaan pergigian secara berkala :

 

PEMERIKSAAN PERGIGIAN BERKALA

Pemeriksaan pergigian awal membolehkan pengamal pergigian dan penjaga berbincang cara penjagaan kesihatan gigi yang baik sebelum sebarang masalah berlaku.

 

MENGAPA PERLU MELAKUKAN PEMERIKSAAN PERGIGIAN SECARA BERKALA?

 

BILAKAH PEMERIKSAAN PERGIGIAN PERLU DILAKUKAN?

Mulakan pemeriksaan pergigian setelah gigi susu pertama tumbuh ( berumur lebih kurang 6 bulan). Ikuti nasihat doktor pergigian untuk pemeriksaan seterusnya.

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KARIES AWAL DI KALANGAN KANAK-KANAK?

Karies awal di kalangan kanak-kanak ialah kerosakan gigi susu yang berlaku dalam kadar yang cepat yang disebabkan oleh amalan penyusuan yang tidak baik dan diburukkan lagi oleh tabiat pemakanan yang tertentu. Ia juga dikenali dengan nama karies botol susu.

 

APAKAH YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN GIGI ANAK?

Menghisap susu atau minuman manis secara berterusan terutama semasa tidur adalah penyebab utama kerosakan gigi berlaku. Semasa tidur, aktiviti menelan air liur akan berkurangan. Ia akan menghalang proses pembersihan cecair dalam mulut. Susu atau minuman manis bertakung di dalam mulut dan ia menggalak pembiakan bakteria yang akan menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi.        

 

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGETAHUI ANAKSAYA MENGALAMI KEROSAKAN GIGI?

 

APAKAH MASALAH BERKAITAN YANG TIMBUL?

Kerosakan gigi yang tidak dirawat akan menyebabkan :

BAGAIMANAKAH GIGI YANG ROSAK DIRAWAT?

Dapatkan pemeriksaan daripada doktor pergigian seawal mungkin untuk mengelak kerosakan gigi yang teruk atau berterusan. Gigi tersebut mungkin perlu dibersihkan dan ditampal atau menjalani lain-lain rawatan yang diperlukan.

 

APAKAH YANG BOLEH SAYAA LAKUKAN UNTUK MENCEGAH KEROSAKAN GIGI AWAL DI KALANGAN KANAK-KANAK?

 

 

Sumber: myhealth.gov.my