KelabMama

BERSIHKAN PUTING BAYI DENGAN AIR LIUR BOLEH CEGAH ALERGI?

Penggunaan puting sedikit sebanyak memudahkan mama papa untuk menenangkan bayi yang meragam tak tentu masa. Sekiranya bayi mama papa menggunakan puting, tentu mama papa tahu cara membersihkan puting bayi kan?

Namun, bagaimana kalau kami kata, antara kaedah terbaik untuk membersihkan putting bayi adalah melalui air liur mama papa sendiri. Percaya tak?

Para saintis mendapati mama papa yang menjilat dan menghisap putting bayi meeka supaya lebih bersih secara tak sengaja telah memberi manfaat kesihatan pada si kecil. Patutlah ramai mama papa yang suka hisap putting bayi dahulu sebelum sumbat ke mulut si manja. Mungkin ini sebabnya!

Cara membersihkan puting bayi melalui mulut boleh bantu kurangkan risiko alergi

Kajian baru-baru ini mendapati bahawa mama papa yang membersihkan putting bayi menggunakan mulut dan air liur mereka sebenarnya boleh mengurangkan risiko bayi terkena alergi. Bayi boleh mengalami kekurangan immunoglobulin E (IgE) dalam darah. Ia merupakan ukuran terhadap tindak balas alahan dalam tempoh 18 bulan pertama selepas lahir.

Semasa persidangan tahunan American College of Allergy, Asthma & Imunologi, pasukan kajian menjelaskan mikroorganisma daripada ibu bapa yang dibawa oleh putting bayi bantu memperbaiki sitem imun si manja. Dr. Eliane yang mengetuai kajian ini mengatakan, penemuan utama penyelidikan itu adalah apabila mama papa membersihkan putting bayi dengan hisapan, tahap antibodi serum IgE si kecil yang lebih rendah.


Cara membersihkan puting bayi: Apa yang dijumpai dalam kajian ini?

Setelah membuat analisis atas sampel darah, saintis menyimpulkan sterilisasi dan pencuci tidak memberi kesan pada paras IgE bayi. Namun, ibu yang membersihkan putting bayi dengan cara hisapan menunjukkan paras IgE yang lebih rendah. Kemudian, ia dibandingkan dengan bayi lain sejak usia 10 bulan dan seterusnya.

Akan tetapi, saintis memberi peringatan, penyelidikan yang lebih terperinci diperlukan sebelum mama papa beralih pada cara tersebut kerana tiada hubungan yang jelas dan ia mungkin ada kesan sampingan yang tak diketahui. Dr. Elaine mengatakan pihaknya tidak dapat mengaitkan hasil kajian tersebut dengan klinikal dan tidak pula menggalakkan ibu bapa bersihkan puting bayi dengan menghisapnya.


Pandangan lain dari pakar tentang cara membersihkan puting bayi

Dr Neeta Ogden yang juga merupakan ahli alergi dan imunologi Amerika mendapati keputusan kajian itu hanya sebagai hipotensi kebersihan. Teori ini supaya dapat menjaga bayi dalam persekitaran yang bersih. Namun, mereka takkan terkecuali dijangkiti alergi ketika membesar.

Dia mengatakan lagi, ransangan sistem kekebalan tubuh melalui pendengaran terhadap kepelbagaian mikrob ketika di usia kanak-kanak boleh menyebabkan alahan berkurang di kemudian hari.

Walau bagaimanapun, dia tak bersetuju dengan hasil kajian itu kerana ia dilakukan dalam saiz kecil dan tempoh masa singkat. Namun, baginya ini adalah permulaan yang menarik dan hanya masa dapat menentukan sama ada membersihkan puting bayi dengan air liur adalah baik atau sebaliknya.

Ini cara sebetulnya untuk bersihkan puting bayi mama papa

Ini pula langkah keselamatan ketika bayi hisap puting

Semoga bermanfaat mama papa!