KelabMama

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENJADI IBU DAN AYAH?

Keputusan untuk memulakan keluarga atau menimang cahaya mata adalah sesuatu yang penting. Walaupun ada banyak cabaran yang menunggu anda, ganjarannya sangat memuaskan. Sebagai lelaki, anda perlu mengambil berat dan mempelajari mengenai keadaan isteri yang hamil. Duduk dan berbincanglah bersama isteri mengenai apa yang bakal anda hadapi bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari disebabkan perselisihan faham. Peranan suami dan isteri perlu dibincang dan dipersetujui lebih awal. Ketahuilah langkah ini sangat penting. Ingatlah bahawa tiada perkara yang tidak penting kerana kehidupan hari ke hari anda akan banyak berubah.

 

MASALAH PERINGKAT PERMULAAN

Tubuh pasangan anda akan melalui beberapa perubahan semasa kehamilan. Perubahan paling ketara ialah perutnya yang membesar dan peningkatan berat badan. Namun, terdapat banyak perubahan lain yang berlaku tanpa disedari dan apabila dilihat keseluruhannya terdapat kesan yang tidak dijangka atau mengejutkan, seperti payu dara yang lebih besar, rambut berkilat, kuku tumbuh dengan lebih cepat, ‘seri kehamilan’ atau jerawat keluar secara tiba-tiba, kesan regang di kulit atau kaki bengkak. Perubahan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh hormon korionik gonadotropin manusia (HCG) atau lebih dikenali sebagai hormon kehamilan. Jika anda pernah menggunakan kit ujian kehamilan, hormon inilah yang dicari di dalam ujian itu.

Selain HCG, terdapat hormon lain yang juga akan memberi kesan padanya, contohnya hormon peluteinan (LH) dan hormon perangsang folikel (FSH). Perubahan hormon inilah yang menjadi penyebab kepada perubahan emosi isteri anda semasa hamil. Gabungan hormon yang kuat ini bermakna isteri anda mungkin mengalami perubahan emosi yang turun naik, maka bersabarlah ­dengan segala tingkah lakunya sepanjang kehamilan. Dia mungkin mengalami masa di mana dia berasa amat letih, mabuk hamil atau fikiran yang keliru.

Isteri juga mungkin murung dan menunjukkan emosi yang tidak rasional iaitu dari perasaan sangat gembira hingga menangis secara tiba-tiba. Anda perlu berikan sedikit ruang kepadanya dalam tempoh yang mencabar dan meletihkan ini. Perhatikan jika terjadi kemuru­ngan kerana satu dalam setiap 10 wanita hamil mengalami kemurungan. Berbincanglah dengan doktor jika ada sebarang kebimbangan.

 

TEPUK SEBELAH TANGAN TIDAK BERBUNYI

 

JANGAN ABAIKAN EMOSI ANDA

Sebagai bakal ibu bapa, persediaan diri dari segi emosi untuk menerima seorang bayi amat penting. Anda mempunyai sembilan bulan dari masa mendapat tahu mengenai kehamilan untuk menerima hakikat bahawa keluarga anda akan berkembang dan membuat persediaan. Pelajari seberapa ­banyak yang boleh dan ­jangan lupa untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Kuncinya ialah komunikasi, maka ambillah masa untuk duduk dan berbincang bersama mengenai harapan, kebimbangan dan keresahan. Ini juga adalah masa untuk meneliti semula kerja rumah dan tanggungjawab. Buat perancangan awal untuk mengelakkan ketidaktentuan apabila tiba masanya untuk melahirkan bayi. Ini termasuk tempat dan cara anda melahirkan bayi (kelahiran biasa, pembedahan Caesarean atau lainnya).

 

REHAT SEPUASNYA SEBELUM BAYI ANDA LAHIR

 

 

 

 

Sumber: www.mypositiveparenting.org