KelabMama

BERSEDIAKAH ANAK ANDA UNTUK DAPAT ADIK BARU?

Selalunya berita bakal dapat anak lagi mesti di sambut dengan perasaan gembira dan tak sabar, lagi-lagi bila dah lama tak menimang cahaya mata. Rindu nak bau dan suara bayi baru lahir. Kalau mak-mak selalunya mesti rasa tak sabar nak shopping baju bayi. Tapi, dalam kegembiraan mak ayah nak menyambut anak baru kadang-kadang tidak disenangi dengan “anak lama”. Cemburu antara anak-anak memang normal lagi-lagi apabila anak yang sudah lama mengbongsu, sudah terbiasa dipanggil “adik” dan dah biasa 100% kasih sayang mak ayah, kakak dan abang tertumpu padanya seorang. Apabila tiba-tiba muncul orang baru dalam keluarga semua perhatian dirampas oleh adik baru. Situasi begini memang selalu berlaku walaupun beza umur dengan adik hanya 1 tahun. Untuk menangani isu macam ini, yang pertama mak ayah perlu kenal luar dalam anak dulu.

Kena tahu:

  1. Tahap manja.
  2. Makanan kegemaran.
  3. Minuman kegemaran.
  4. Perbuatan yang dia suka bila kita lakukan (peluk, usap rambut, cium pipi).
  5. Mainan kegemaran.
  6. Rancangan kegemaran.
  7. Patung kegemaran.
  8. Perbuatan yang paling dibenci.
  9. Kenal kawan-kawan.

Sebab kebanyakan kes diatas yang saya terima dan analisa sendiri adalah berpunca daripada mak ayah yang kurang kenal anak sendiri. Contoh sewaktu penilaian,Anak suka makan apa? Tak tahu, dia makan je apa-apa. Anak suka kartun apa? Tak tahulah, biasa tengok youtube.  Kenal tak kawan-kawan dia di sekolah? Tak kenal, nampak macam bercampur dengan semua orang. Sebenarnya walaupun anak makan semua benda yang orang kata “tolak kayu dengan batu je”, tapi pasti ada 1 makanan yang dia betul-betul suka. Sama juga macam kawan-kawan dan kartun. Kena perhatikan anak terutamanya reaksi terhadap sesuatu benda.

 

KENA PANDAI AMBIL HATI ANAK

 

‘HINT’ UNTUK ANAK BAHAWA DIA AKAN DAPAT ADIK BAHARU

  1. Bawa Jumpa Kawan-Kawan Yang Ada Anak Lebih Seorang. – Kalau umur sebaya lebih bagus, bagi anak bermain-main dengan mereka. Ceritakan pada anak, “Tengok tu X ada adik, seronoknya boleh main sama-sama setiap masa. Abang nak adik tak?”. Kalau anak cakap “tak”, tak apa boleh cuba bawa jumpa lagi. Lama-lama dia akan jadi seronok dan boleh terima.
  1. Kena Selalu Bagitahu Anak Yang Dia Bakal Dapat Adik. – Untuk yang dah 3 tahun ke atas, boleh cuba bagi tengok video bayi dalam rahim supaya dia tahu dalam rahim mak sekarang ada bayi. Boleh juga ajar anak dengar degupan jantung adiknya. Kalau ke klinik untuk scan 3D/4D ajak anak bersama-sama. Kerapkan usap perut bersama-sama anak dan cakap “abang sayangggg adik”.
  1. Banyakkan Memeluk Anak Sewaktu Mengandung. – Bisik di telinga anak “Mummy sayang abang, adik pun sayang abang”. Tunjukkan kasih sayang dengan memeluk dan belai kepala anak supaya anak rasa disayangi.
  1. Gunakan Cerita Sosial – Dengan menggunakan buku cerita tentang hubungan adik beradik. Ulang-ulang baca lama-lama anak akan faham dan tersimpan dalam memori.
  1. Gunakan “Modal-Modal” Kegemaran Anak – Gunakan modal kegemaran anak untuk ambil hatinya sambil beritahu yang kita tahu apa yang dia suka sebab kita sayang. Part ini mak ayah kena pandai-pandai ambil hati.

 

Kalau anak yang memang jenis melekat dengan mak, walaupun dekat dengan ayah pun cemburu. Persediaan di atas jadi double tripple wajib ya sebelum melahirkan adik baru untuk mengelakkan masalah tingkah laku di masa akan datang. Ingat ya, tak ada anak yang dilahirkan sejak azali dah nakal dan tak mendengar kata. Kalau agak-agak rasa nak marah anak bila nakal atau degil terutamanya anak bawah 3 tahun, fikir semula dan tanya diri sendiri adakah salah anak yang memang dilahirkan nakal ataupun salah kita dalam mendidik anak?

 

 

Sumber: FB- Maryam Jamadi (Occupational Therapist/ Terapis Carakerja)