KelabMama

Bersama Kita Menyemai Kelestarian di Pavilion Bukit Jalil

Pavilion Bukit Jalil mengajak para pengunjung untuk menyumbang ke arah masa depan lebih hijau menerusi minggu ‘Pavilion Loves Sustainability’ yang berlangsung dari 5 hingga 10 Mei 2026.

Dianjurkan di bawah inisiatif kelestarian Pavilion REIT Malls, kempen ini bertujuan menginspirasikan amalan kehidupan harian yang mesra alam.

Sepanjang tempoh ini, Pavilion Bukit Jalil akan bertukar menjadi hab dinamik yang menyatukan alam semula jadi, inovasi dan komuniti melalui pelbagai pengalaman imersif serta inisiatif yang bermakna.

Menerusi kempen ini, Pavilion Bukit Jalil menampilkan Taman Herba seluas 635 kaki persegi yang terletak di Aras 3 berhampiran Park Entrance.

Ia bukan sekadar taman, tetapi sebuah ekosistem hidup yang melengkapkan kitaran kelestarian. Pelbagai herba segar seperti cili padi, serai, pandan, daun kari dan lengkuas ditanam dengan teliti menggunakan baja daripada inisiatif pengkomposan sisa makanan pusat beli-belah ini.

Hasil tanaman ini kemudiannya dibekalkan kepada penyewa terpilih, sekali gus menghubungkan taman ini secara langsung kepada pengalaman kulinari. Inisiatif ini menunjukkan bagaimana bahan organik boleh dimanfaatkan secara bertanggungjawab dalam kitaran penanaman yang produktif.

Komitmen terhadap kelestarian ini turut dicerminkan melalui pelbagai inisiatif lain di seluruh pusat beli-belah, yang termasuk Rebag Station, kemudahan pengkomposan sisa makanan, tong derma, sistem penuaian air dan panel solar, serta stesen pengecas kenderaan elektrik seperti Shell Recharge dan Tesla Superchargers.

Kesemua usaha ini menegaskan komitmen berterusan Pavilion REIT Malls dalam mengurangkan impak terhadap alam sekitar serta membudayakan pilihan gaya hidup yang lebih lestari dalam kalangan komuniti.

Sepanjang minggu ini, para pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik. Pameran Bonsai di Aras 2, Zon Oren (berhampiran Bukit Jalil Tsutaya Books), yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Bonsai dan Suiseki Malaysia, menjemput pengunjung untuk menghayati keindahan seni bonsai.

Pengunjung juga boleh mengunjungi pop-up di Aras 2, Zon Merah Jambu untuk melihat lebih banyak koleksi bonsai serta membuat pembelian. Pameran ini diadakan sebagai sokongan kepada Konvensyen Bonsai Dunia ke-10 yang bakal berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos 2026 di Pavilion Bukit Jalil.

Mulai sekarang hingga 2 Jun 2026, Pintu Masuk PIAZZA di Aras 3 (Zon Oren) menjadi lokasi pameran produk mesra alam yang dipilih khas.

Ia menghimpunkan pelbagai jenama penyewa Pavilion Bukit Jalil yang prihatin terhadap kelestarian, antaranya Echolac, Epitex, iCAUR, Kays & Kins, Kitchen Shop, L’Occitane, Parkson, Sole Lovers, Starbucks, Sunnystep dan The Body Shop.

Pameran ini menampilkan produk lestari berasaskan bahan kitar semula termasuk kulit vegan daripada kopi, botol plastik kitar semula serta inovasi mesra alam lain  yang menyokong gaya hidup hijau.

Pelbagai aktiviti interaktif turut dianjurkan bagi mendekatkan amalan kelestarian kepada para pengunjung.

Dengan perbelanjaan minimum RM50 dalam satu resit, pengunjung berpeluang menikmati Green Rewards dengan menebus herba pilihan dari 5 hingga 10 Mei 2026 di Kaunter Khidmat Pelanggan, Aras 1, selagi stok masih ada.

Selain itu, bengkel ‘Plant It. Style It. Take It Home’ eksklusif untuk ahli Pavilion Privileges menawarkan pengalaman praktikal di mana peserta dapat menanam herba serta menghias pasu melalui aktiviti mewarna dan dekorasi menjadikan kelestarian lebih kreatif dan mudah diamalkan dalam kehidupan harian.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube (@PavilionBukitJalil) Pavilion Bukit Jalil.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Jom ke pelbagai tempat menarik di sekitar Malaysia dengan membaca artikel di SINI.