KelabMama

Bersalin Di Sekolah: Rakan Sekerja Kongsi Saat Satu Sekolah Menjadi ‘Bidan Terjun’

Sumber: Facebook @Norazura Zikir

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan perkongsian Puan Norazura Zikir. Di akaun Facebook-nya, beliau berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan di sebuah sekolah iaitu SK Rantau Panjang. Siapa sangka satu warga sekolah menjadi ‘bidan terjun’ kepada rakan sekerja, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang tiba-tiba datang rasa hendak bersalin, secara mengejut.

Mama Siti tercengang dengan peristiwa yang dikongsikan oleh Puan Norazura, rakan sekerja ibu yang bersalin. Memang kejadian yang luar biasa! Tahniah diucapkan daripada KelabMama!

Dalam keadaan kelam kabut yang dilalui oleh warga sekolah, semua yang terlibat mesti tidak sabar untuk menceritakan kejadian yang pasti kekal di memori ini! Ingatkan pergi kerja balik kerja sahaja, rupanya sempat menjadi ‘bidan terjun’ sebelum pulang ke rumah!

Kenangan Di Sekolah

Pengalaman berharga and takkan dapat lupa sampai bila2 hari ni buat semua warga SK Rantau Panjang.

Jadi bidan terjun beramai2 sambut PPM sis bersalin kat kelas prasekolah sis

Sis punya kelam kabut tak boleh nak bincang bila PPM sis bagitau dia rasa mcm nak bersalin…terus lari naik pejabat minta kerani call 999.

Kelas ‘bertukar’ Menjadi Wad Bersalin

Ambulans pulak lambat…PPM sis dah jerit-jerit tak tahan sakit…lepas tu air ketuban pulak dah pecah….memang tak boleh tunggu dah ni…dia kata baby nak keluar sangat dah….berlari sis n cikgu lain tanya satu sekolah siapa boleh sambut baby….sis tak berani

Mujur ada makcik guard and PT sis yang cool ni tolong…sis duduk sebelah bantu…memang berdebar bila tengok kepala baby dah keluar…mintak PPM try push, Alhamdulillah mudah sangat baby keluar.

Kredit: Facebook @Norazura Zikir

Tunggu ambulans and nurse sampai untuk potong tali pusat dan keluarkan uri…sementara tu kami mandikan and cuci baby…pakai je besen apa yg ada

Kredit: Facebook @Norazura Zikir

‘Bidan Terjun’ SK Rantau Panjang

Puas pujuk baby keluar kat hospital tapi dia nak jugak kat surat beranak tulis tempat lahir SK Rantau Panjang…tak sabar nak pergi sekolah…semoga membesar jadi anak yg pandai…we you baby….ramai mak-mak angkat yang sambut dia hehe…cikgu-cikgu lelaki and guru besar pun kalut satu sekolah dah macam bini dia orang nak beranak hehe….semua tak sabar nak tengok baby…Alhamdulillah ustaz iqamahkan baby girl kami ni

Kredit: Facebook @Nurazura Zikir

Alhamdulillah yang penting bagi kami baby and mummy dia selamat…syukur Ya Allah.

Begitulah cerita Puan Nurazura dalam perkongsian di laman Facebook-nya.

Rakan-Rakan Turut Teruja

Post tersebut sudah memiliki 4.2 likes. Ia membuatkan rakan-rakan mereka hairan dan teruja dengan kelahiran bayi di sekolah tersebut. Tidak ketinggalan juga dengan ucapan orang ramai yang mendoakan kesejahteraan buat ibu dan anaknya.

Kredit: Facebook @Norazura Zikir
Kredit: Facebook @Norazura Zikir

Siapa sangka akan melahirkan di tempat kerja sendiri kan? Warga sekolah pula tu yang tolong jadi bidan terjun, tolong iqamah serta mandikan bayi. Alhamdulillah dapat lahirkan anak dengan selamat dengan bantuan rakan sekerja. Pastinya ini kenangan yang indah dan tidak akan dilupakan oleh warga SK Rantau Panjang.

Sumber : Facebook Norazura Zikir

BACA JUGA DOA MUDAH BERSALIN UNTUK MAMA AMALKAN

Pesan Mama Siti

‘Kita hanya mampu merancang, DIA yang menentukan’ Ayat yang popular untuk situasi sebegini. Tidak sangka akan melahirkan anak di tempat kerja kan? Di sekolah dan disambut oleh rakan-rakan sekerja. Satu kenangan yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. Syukur Alhamdulillah buat si ibu dan anak selamat semuanya. Selamat berpantang ibu!