KelabMama

Bermain Tanpa Skrin: Pupuk Imaginasi Si Kecil Mama Papa dengan Fisher-Price®

fisher-price malaysia

Kredit gambar: Motherhood.com.my

Dalam zaman digital hari ini, tidak dapat kita lari daripada skrin; ia telah menjadi sebahagian yang penting dalam kehidupan kita!

Dari telefon pintar dan tablet dalam pelbagai bentuk dan saiz, hingga ke laptop, televisyen, dan permainan video pegang tangan, skrin mengelilingi kita di setiap sudut.

Walaupun teknologi menawarkan pelbagai faedah dan peluang pendidikan, terdapat kerisauan yang semakin berkembang tentang jumlah masa yang anak-anak habiskan di depan skrin.

Penggunaan skrin yang berlebihan telah dikaitkan dengan pelbagai masalah, termasuk jangka perhatian yang lebih pendek, kebimbangan, kreativiti yang berkurangan dan interaksi sosial yang kurang.

Sebagai Mama Papa, kita semua sudah mengetahui semua masalah yang disebutkan di atas (dan mungkin lebih!) apabila kanak-kanak terdedah kepada penggunaan skrin yang berpanjangan.

Tetapi, adakah benar-benar tiada cara untuk mengelakkan mereka, atau setidak-tidaknya mencapai keseimbangan atas nama pendidikan?

Nak Gunakan Skrin atau Tidak?

Walaupun teknologi menyediakan pelbagai program pendidikan dan bahan pembelajaran yang menarik, sebagai Mama Papa, kita harus menggunakan daya penilaian yang betul dalam memilih kaedah pembelajaran yang sesuai dengan umur anak-anak kita.

Contohnya, bayi dan kanak-kanak kecil mungkin tidak memerlukan masa di hadapan skrin, manakala bagi kanak-kanak berumur empat tahun ke atas boleh dibenarkan misalnya, 20-60 minit sehari, dengan program yang berkualiti tinggi.

Namun, sudah tentu tidak ada pendekatan yang sesuai untuk semua apabila anak-anak kita membesar, Mama Papa masih perlu menggunakan pertimbangan berdasarkan kemampuan pembelajaran anak, faktor umur, dan sebagainya.

Jadi, dengan semua masa yang ada sekarang kerana kita tidak lagi memegang gajet, bagaimana kita boleh menghiburkan anak-anak kita?

Jangan risau, Mama Papa boleh menggalakkan masa bermain tanpa skrin dengan Fisher-Price®!

Memperkenalkan Fisher-Price® Smilestones

Daripada saat tumbuh gigi hingga ke langkah pertama bayi Mama Papa, Fisher-Price® Smilestones menawarkan pelbagai jenis mainan untuk membantu perkembangan anak Mama Papa tanpa keburukan yang boleh dibawa oleh teknologi skrin.

Mainan Fisher-Price® dikuasakan oleh PlayLab, makmal R&D yang didedikasikan untuk mereka merancang dan mencipta penyelesaian terbaik dan paling praktikal untuk memenuhi keperluan tumbesaran bayi pada semua peringkat.

Fisher-Price® PlayLab melihat ribuan keluarga muda yang datang untuk menyertai perbualan Mama Papa dan sesi ujian mainan—diuji oleh VIP industri merangkap pakar (tentunya kanak-kanak!)—memastikan setiap warna, butang, bunyi, dan tekstur mempunyai tujuan untuk merangsang perkembangan mental, emosi, dan fizikal bayi.

Mainan untuk Semua, Keseronokan Sepanjang Hayat!

Fisher-Price® Soothe ‘n Snuggle Otter

Fisher-Price® Soothe ‘n Snuggle Otter adalah sebuah alat bunyi mewah yang unik, yang membantu menghiburkan bayi Mama Papa sebagaimana yang Mama Papa sering lakukan!

Perutnya yang lembut bergerak ke atas dan ke bawah dalam gerakan berirama yang meniru pernafasan untuk membantu menenangkan bayi Mama Papa secara semula jadi ditemani muzik yang menenangkan, sound effects, dan cahaya lembut sehingga 30 minit lamanya.

Dengan wajahnya yang manis, fabrik yang sungguh selesa, dan ekor satinnya, Fisher-Price® Soothe ‘n Snuggle Otter sesuai untuk bayi baru lahir dan ke atas, dan ia adalah teman peluk yang sempurna untuk si manja apabila Mama Papa memerlukan tangan mereka dibebaskan!

Fisher-Price® Deluxe Kick and Play Piano Activity Gym

Mama Siti tahu bahawa bagi kebanyakan Mama Papa, tikar permainan adalah perkara terakhir yang mereka akan dapatkan untuk bayi mereka.

Kerana ia besar dan bayi pula membesar dengan begitu cepat!

Tetapi Mama Siti mohon untuk Mama Papa mempertimbangkannya semula.

Fisher-Price® Deluxe Kick and Play Piano Activity Gym dilengkapi dengan tiga tahap pembelajaran Smart Stages®, ditambah dengan mod freestyle bonus dengan nota piano sebenar.

Ini bermaksud Mama Papa mendapat sesuatu barang dengan nilai yang terbaik untuk Mama Papa!

Playmat Fisher-Price® ini membesar bersama bayi Mama Papa dari kosong hingga 36 bulan!

Fisher-Price® Tissue Fun Activity Cube

Fisher-Price® Tissue Fun Activity Cube membolehkan bayi Mama Papa memasukkan dan menarik keluar ’tisu’ fabrik keluar dari kotak berulang kali untuk keseronokan permainan hands-on yang tidak berkesudahan.

Dicipta untuk tangan kecil bayi, kiub aktiviti kotak tisu play-pretend ini didatangi dengan 6 helai ’tisu’, termasuk 2 helai fabrik yang berkedut, serta 4 panel deria dengan aktiviti yang menyeronokkan untuk diterokai oleh si manja semasa tummy time atau bermain duduk.

Ini membantu menguatkan kemahiran motor halus dan merangsang perkembangan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan kepada bayi baru lahir berumur tiga bulan dan ke atas.

Fisher-Price® Laugh & Learn® Smart Stages Puppy

Mungkin Mama Papa masih tidak pasti sama ada Mama Papa seorang peminat anjing? Mari kita ujinya terlebih dahulu dengan Fisher-Price® Laugh & Learn® Smart Stages Puppy!

Mainan mewah muzik ini lembut dan menggemaskan, dan juga ia bersedia untuk menjadi ‘kawan baik’ pertama bayi Mama Papa!

Mainan pembelajaran interaktif ini memberi respons kepada sentuhan bayi Mama Papa dengan lagu, bunyi, dan frasa menarik yang memperkenalkan lebih daripada 100 perkataan pertama, termasuk bahagian-bahagian badan, warna, bentuk, dan banyak lagi.

Dengan tiga tahap Smart Stages® keseronokan pembelajaran berkembang bersama-sama bayi dan kanak-kanak berumur enam hingga 36 bulan.

Fisher-Price® Press N Go Activity Snail

Fisher-Price® Press ‘n Go Activity Snail membantu memastikan bayi Mama Papa sibuk semasa mereka membesar dari duduk hingga merangkak ke sekelilingnya.

Cangkerang siput ini penuh dengan aktiviti untuk tangan kecil meluncur, memukul, membalik dan berputar, dan kegemaran kanak-kanak—butang untuk ditekan bagi cahaya, lagu, dan frasa pembelajaran!

Apabila mereka sudah bersedia untuk bergerak, hanya tekan ladybug di atas untuk menghantar siput tersebut bergerak pantas ke depan, mendorong bayi merangkak kecil Mama Papa untuk mengikutinya.

Ini membantu menguatkan kemahiran motor halus dan kasar untuk bayi berumur sembilan bulan ke atas.

Fisher-Price® 2-Sided Steady Speed Walker

Fisher-Price® 2-Sided Steady Speed Walker adalah mainan pembelajaran interaktif yang ‘membesar’ bersama bayi Mama Papa, dari boleh duduk hingga berdiri dan mengambil langkah pertama mereka.

Walker bayi yang bertemakan kereta yang unik ini membolehkan si manja berdiri dan menolak dari kedua-dua sisi dengan roda Steady Speed yang membantu untuk mengekalkan kelajuan yang mantap untuk pemula.

Kedua-dua sisi walker ini pula menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik, termasuk papan pemuka interaktif dan stereng untuk ‘memandu’.

Tambahan pula, teknologi Smart Stages® membantu mengajar abjad, perkataan berlawan, dan pengiraan ketika pemandu kecil ‘berlayar’ di sekitar, dengan tiga peringkat permainan yang menampilkan lagu, bunyi, dan frasa yang mengukuhkan pembelajaran seiring dengan perkembangan anak Mama Papa.

Ini membantu membangunkan kemahiran motor halus dan kasar sambil memperkenalkan bidang akademik awal untuk bayi dan kanak-kanak berumur enam bulan hingga tiga tahun.

Menangani Perkembangan Anak, Satu Mainan pada Satu Masa

Sekarang, dengan pelbagai jenis mainan edutainment yang ditawarkan oleh Fisher-Price®, Mama Papa boleh bernafas dengan lebih lega kerana tahu bahawa anak-anak Mama Papa masih boleh belajar tanpa risiko terdedah terlalu lama kepada skrin!

Fisher-Price® ada untuk membantu Mama Papa meraikan kemenangan kecil, melepaskan jangkaan dan mengambil lebih banyak perkara positif.

Lagipun, pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kita akan berlaku secara semula jadi apabila keseronokan menjadi pendorong!

Dengan permainan untuk perkembangan bayi yang merangsang, menghiburkan, dan pada masa yang sama, kunci kepada pembangunan kemahiran awal kanak-kanak, si manja Mama Papa pasti bakal merasai pengalaman childhood mereka yang sibuk dan sangat mengujakan.

Terokai bagaimana Fisher-Price® boleh menjadi ‘rakan’ dalam proses pembelajaran anak Mama Papa, menyediakan Mama Papa dengan alatan untuk bersama-sama menikmati permainan yang bermakna dan meningkatkan perkembangan awal kanak-kanak!

Lihat rangkaian produk Fisher-Price® Smilestone di Laman Rasmi Fisher-Price® di Motherhood.com.my sekarang!

Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.


Dapatkan lebih banyak info tentang perkembangan bayi Mama Papa di SINI.