KelabMama

ANAK JEMU DI RUMAH? HILANGKAN RASA BOSAN DENGAN BERMAIN HOT WHEELS® CHALLENGE ACCEPTED DI SUNWAY PUTRA MALL!

Anak-anak sangat sinonim dengan aktiviti bermain. Bermain adalah satu keperluan untuk membentuk jiwa anak yang sihat. Banyak faedah dan kebaikan yang diperolehi daripada bermain. 

Dengan bermain, anak-anak berpeluang untuk mencetuskan kreativiti sambil memperkuatkan minda, imaginasi, kekuatan emosi mahupun fizikal. Ia menggalakkan anak-anak belajar berfikir dan menyusun strategi. Dengan bermain juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. 

Bermain bukanlah aktiviti yang membazir masa. Sebaliknya, daripada bermainlah anak-anak banyak belajar. 

Alat permainan yang baik adalah alat yang seronok dimain sesuai dengan umur anak, serta membantu anak-anak untuk berfikir, dan membantu anak-anak mengenal personaliti diri mereka ketika bermain. 

Tidak dinafikan, Hot Wheels® adalah permainan yang tidak akan mengecewakan anak-anak di samping banyak faedah yang diperolehi ketika bermain dengannya.

Hot Wheels® bukanlah permainan untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Malah anak perempuan Mama Siti pun mempunyai koleksi Hot Wheels®.

Kini, Hot Wheels® ada berita baik untuk ibu ayah. Hot Wheels® ingin menggembirakan hati anak-anak dan membantu ibu ayah mengembalikan semangat kepada anak-anak. Tambahan pula buat penggemar Hot Wheels® yang menanti-nantikan berita gembira dari Hot Wheels®.

Anda WAJIB singgah ke Sunway Putra Mall Ogos ini! Hilangkan rasa bosan dengan Hot Wheels®. Cabar kreativiti anak-anak dan tingkatkan daya imaginasi mereka.

5 Sebab Ibu Ayah KENA Bawa Anak-Anak ke Hot Wheels® Challenge Accepted di Concourse Sunway Putra Mall

Daripada 7 hingga 23 Ogos 2020, Hot Wheels® akan mengadakan acara yang memang dinanti-nanti, bukan sahajalah kanak-kanak malah orang dewasa juga, iaitu acara Hot Wheels® Challenge Accepted. 

Mama Siti memang tak pernah ketinggalan kalau ada acara-acara sebegini. Tetapi, ada sikit kerisauan hendak pergi berkunjung ke tempat awam pada waktu-waktu genting COVID-19 sedang menular sekarang ini. 

Sebenarnya, team Hot Wheels® dan Sunway Putra Mall mengambil langkah yang lebih berjaga-berjaga dan teliti bagi menjayakan acara Challenge Accepted tahun ini. Mama tak perlu risau demi memberi kegembiraan pada anak-anak yang benar-benar memerlukan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan di luar rumah setelah lama berkurung. 

Berikut Mama Siti senaraikan 5 sebab kenapa Mama WAJIB bawa anak-anak menghadiri acara Hot Wheels® Challenge Accepted di Sunway Putra Mall, Ogos ini:

1- Pelbagai Aktiviti Mencabar Minda

Ada 3 ruang utama yang akan memeriahkan Hot Wheels® Challenge Accepted iaitu:

2- Tawaran dan Hadiah Menarik Disediakan 

Ada pelbagai tawaran dan hadiah menarik yang disediakan bagi memberikan Mama dan anak-anak pengalaman yang berharga di acara Hot Wheels® Challenge Accepted ini.

Mama cuma perlu belanja serendah RM50 di kedai official Hot Wheels® merchandiser yang terletak di ruang legar GF untuk mendapatkan Hot Wheels® Challenge Accepted Passport Card. Anak-anak pasti akan teruja untuk mendapatkan cop stampChallenge Accepted Passport Card’ di setiap stesen berbeza yang ada. Setelah berjaya mengumpul kesemua cop dari stesen yang ada, anak-anak akan mendapat sijil Little Engineer Certificate sebagai kenangan yang boleh dibanggakan.

Bukan itu sahaja, dengan membeli set trek Hot Wheels® Track Builder berharga sekurang-kurangnya RM50, anak-anak layak mendapatkan Hot Wheels® Challenge Accepted Gift-With-Purchase (GWP) dan satu Hot Wheels® Mystery Blind Pack.

Mama juga akan mendapat hadiah PERCUMA sebuah Hot Wheels® Wooden Carrier bila membeli set trek berharga RM150 ke atas. Dan bila Mama berbelanja RM250 ke atas dengan belian set trek, anak-anak layak mendapat hadiah PERCUMA sebuah Hot Wheels® Limited Edition Collector Car Nissan Skyline Van. 

Bukan itu sahaja, malah jika Mama berbelanja sebanyak RM500 di dalam 3 resit berbeza di mana-mana kedai di Sunway Putra Mall, Mama sendiri pasti akan teruja kerana layak mendapat hadiah PERCUMA Hot Wheels® Limited Edition Collector Volkswagen Drag Truck. Mama hanya perlu pergi ke kaunter pertanyaan (Concierge Counter) untuk tawaran Hot Wheels® Flaming Redemption.

Pastikan Mama tidak pulang dengan tangan kosong. Dapatkan semua hadiah PERCUMA yang ditawarkan hanya untuk acara kali ini sahaja! Pssst… Mama Siti nak ingatkan yang semua hadiah Limited Edition hanya ditawarkan untuk acara ini sahaja, tak boleh dapat di mana-mana tempat. Jadi, rebut peluang ini sementara ada. Jangan ketinggalan!

3- Pengurusan Langkah-Langkah Keselamatan Yang Teliti  

Seperti Mama, penganjur juga amat menitikberatkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan yang amat teliti dan berhati-hati, tambahan pula di musim pandemik COVID-19 kini. Berpegang pada moto SAFER GAME, BETTER FLAME, dan selari dengan inisiatif pihak Sunway Putra Mall iaitu memastikan keselamatan pengunjung adalah keselamatan Sunway Putra Mall juga, pihak penganjur telah menyediakan SOPs tambahan termasuk menyediakan Pegawai Penjarakan Fizikal (Physical Distancing Officers) di samping akur dan patuh dengan SOP sedia ada seperti pemakaian facemask, mengambil suhu badan, mendaftarkan pengunjung yang hadir dan sebagainya. 

Pegawai Penjarakan Fizikal komited untuk memastikan jarak dan pergerakan anak-anak dan pengunjung lain mengikut jarak yang dikuatkuasakan. 

4- Lokasi Terbaik dan Kemudahan Lengkap  

Sunway Putra Mall mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap untuk keselesaan para pengunjungnya. Jadi Mama tak perlu risau jika hendak datang ke sini, tambah-tambahan pula kalau Mama ada bayi kecil. Di Sunway Putra Mall ada disediakan perkhidmatan seperti bilik bayi serta kemudahan strollers

Lagi satu istimewanya Sunway Putra Mall ini, ia ada menyediakan kemudahan untuk anak-anak dan individu autisitik. Anak-anak isitimewa ini pasti akan tenang berada di Calm Rooms dan asyik leka bermain di Sensory Walls.

Bagi keselamatan anak kecil, pihak Sunway Putra Mall juga ada menyediakan wristbands dan tattoo keselamatan yang mengandungi maklumat untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.

Pekerja Customer Care Sunway Putra Mall juga sangat berdedikasi dan mesra pelanggan, jadi jika ada berlaku sebarang kesulitan atau Mama memerlukan bantuan, Mama boleh terus mencari dan menghubungi mereka untuk pertolongan. 

Sunway Putra Mall ada banyak restoran dan kedai makan ternama dan sedap untuk memenuhi citarasa seisi keluarga seperti Chili’s, Franco, Swensen’s, The Chicken Rice Shop dan banyak lagi. 

5. Hadiah, Hadiah dan Hadiah Lagi

Mama kena datang dan bawa anak-anak untuk acara Hot Wheels® Challenge Accepted ini. Selain daripada pelbagai aktiviti yang disediakan, keselamatan yang diselia dan pantau tip-top sekali dan banyak tawaran menarik untuk barangan Hot Wheels® yang asli dan istimewa, Hot Wheels® Challenge Accepted ada menyediakan peraduan Giveaway untuk peminat-peminat Hot Wheels®.

Hanya dengan menjawab beberapa solan di link ini, Mama layak untuk memenagi hadiah ekslusif berupaya barangan Hot Wheels® yang asli dan menarik. Hanya 12 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi peraduan Giveaway ini. Jadi tunggu apa lagi? Jom join!

Untuk maklumat lanjut, Mama boleh layari laman web rasmi Sunway Putra Mall atau “follow” Facebook dan Instagram Sunway Putra Mall hari ini.

Aktiviti Untuk Seisi Keluarga  

Ternyata banyak sungguh aktiviti berfaedah serta tawaran menarik yang boleh Mama lakukan bersama anak-anak di acara Hot Wheels® Challenge Accepted yang diadakan di Ruang Legar Sunway Putra Mall sepanjang Ogos ini. 

Di samping itu, Mama juga tidak perlu risau tentang tahap keselamatan dan kebersihan kerana itu adalah keutaaman yang pertama yang dititikberatkan oleh pihak penganjur untuk Mama dan anak-anak tenang bergembira serta bebas dari ancaman wabak yang melanda. 

Jadi, apa yang Mama tunggu lagi? Jom ke Sunway Putra Mall!

Eh, Mama sekeluarga jangan lupa pakai facemask tau, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jumpa anda di sana!