KelabMama

Tak Susah Pun. Ini Tips Bermain Dengan Anak Yang Pasti Meninggalkan Kesan Positif Pada Mereka

“Anak asyik hadap gajet je. Kalau tak layan gajet, tengok TV pula.” Ada tak Mama Papa pernah terfikir hal ini akibat tiada masa untuk bermain dengan anak?

Eh, awas Papa dan Mama! Sebaiknya alert jika anak-anak yang sedang membesar tidak melibatkan diri dengan sebarang aktiviti fizikal bersama rakan sebaya.

Mungkin pada dasarnya ia memudahkan kita sebagai parents. Namun tahukah anda, disebalik kelegaan itu, ia sebenarnya membunuh jiwa mereka.

Tidak melibatkan diri dengan perkara luar mampu menjejaskan perkembangan minda kanak-kanak, perkembangan sosial, perkembangan kognitif, kemahiran, dan pelbagai lagi.

Memetik laporan oleh Sinar Harian, masalah seperti kemurungan dan keresahan adalah masalah kesihatan yang rumit.

Genetik, persekitaran, trauma masa lalu dan masalah buli boleh memainkan peranan. Namun, satu perkara yang pasti, statistik menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemerosotan psikologi remaja selari dengan peningkatan penggunaan gajet.

Telefon pintar mungkin bukan satu-satunya faktor penyumbang kepada masalah ini, tetapi boleh meningkatkan risikonya.

Yang paling utama adalah, Papa dan Mama perlu pantau tahap aktiviti si anak. Adakah mereka bijak bersosial dengan dunia luar atau terlalu introvert hingga kekok nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Ingat ya, aktiviti bermain dan meneroka adalah lumrah kanak-kanak. Pelbagai curiosity muncul ketika mereka busy explore sana sini.

Justeru, jangan abaikan keperluan bermain mereka. Pasti Papa dan Mama tertanya-tanya apa aktiviti sesuai untuk asah motor skill anak, kan?

Sebenarnya, banyak je aktiviti dan game untuk Mama Papa bermain dengan anak. Mama Papa hanya tahu the tips and tricks je untuk memastikan matlamat permainan itu sampai pada si anak.

Yang penting ianya selamat dan membina kemahiran si kecil.

10 Tips Bermain Dengan Anak Kecil

1. Biarkan Anak Kuasai Permainan

Pelbagai permainan boleh dicipta, yang penting keseronokan dan hubungan sel otak mereka itu tercipta sekaligus menjadikan aktiviti bermain mencapai objektifnya.

Contoh permainan untuk anak lelaki lasak yang suka berlawan, Papa atau Mama boleh bermain bersama mereka namun membiarkan si anak menang dalam perlawanan.

Bila dia gembira, pelbagai hormon yang baik akan dihasilkan, mood dan emosinya pun menjadi seronok.

Nampak remeh, tapi kesemua ini memberikan impak pada rohani dan jasmani si anak. Bila dalaman anak ceria, semangat pun berkobar-kobar.

Tak lah rasa lesu setiap kali buat homework, rasa boring na menimba ilmu. Berikan waktu dan kepuasan mereka bermain, nanti bila tiba masa untuk belajar, si anak akan rasa seronok.

Cuma ingat, jangan nampak Papa dan Mama lemah ketika bermain sampai menyebabkan mereka menang, nanti diorang rasa tak syok.

Tapi tunjukkan bahawa mereka ini kanak-kanak kuat sebab itu boleh menang. Kanak-kanak sememangnya gembira bila berjaya menang dalam game yang mereka cipta, dan sebagai parents, tunjukkan rasa kagum dengan kekuatan si anak tadi contohnya dengan kata-kata “wah, hebatnya abang!”.

2. Akur Permainan Ditentukan Anak Namun Cipta Rule Anda

Dalam keterujaan si anak memberikan idea-idea game yang ingin dilakukan bersama Papa dan Mama, ingat, anda juga perlu menetapkan beberapa rules sesuai.

Seperti jika si anak mahu bermain permainan cikgu dengan anak murid, namun Mama beritahu Papa bahawa anak daripada tadi tak nak makan, asyik leka bermain.

Jadi masa ni lah peranan Papa melayani cara permainan mereka, tapi cipta suasana sesuai dengan rule.

Contohnya duduk dalam ‘kelas’ untuk beberapa minit, Papa bunyikan loceng dan beritahu ‘cikgu kecil’ tadi bahawa ini masa rehat. “Jom rehat dan cikgu makan dulu. Saya nak mandi kejap boleh ye? Nanti dah habis masa rehat kita masuk kelas balik.”

Masa tu Papa dan Mama pun nampak anak makan dengan berselera sebab dia membayangkan situasi permainan tadi, maka dia jadi seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan.

Tak kisah dalam apa jua game, parents boleh ikut cara anak-anak, namun jangan sampai abaikan benda penting seperti homework dan sebagainya.

Ini bukan sahaja membuatkan anak selesa dengan parents, namun Papa dan Mama akan lihat pengurusan masa mereka berjalan dengan baik sehinggalah masuknya waktu tidur.

Sebelum tu, jangan lupa ucap selamat malam pada cikgu kecil anda dan minta dia tidur lena sebab esok pagi cikgu nak kena pergi school.

3. Bercerita

Bercerita memang sinonim untuk semua parents. Namun, kaedah yang Mama Siti cadangkan ini bukan bedtime story.

Ia bermaksud permainan bercerita mengikut sambungan ayat. Bukankah lebih menarik dan tak membosankan.

Macam mana tu? Papa dan Mama bina structure ayat di depan, minta anak create cerita yang mereka mahu dengan sambungan ayat ini:

Once upon a time… 

And every day… 

Until one day… 

And because of that… 

And because of that… 

And because of that… 

Until finally… 

And ever since that day…

Ikut kreativiti Mama nak guna structure apa dekat depan. Ia secara tak langsung mengajar anak untuk membina ayat dan petah bercerita.

4. Masukkan Watak Yang Anak Gemar Dalam Cerita

Untuk menjadikan cerita antara Mama dan anak lebih menarik, apa kata selitkan watak-watak yang mereka gemar agar moment bermain ini jadi lagi best.

Contohnya masukkan kisah superhero mereka.

It’s okay Mama, you can create your own storyline. Nak lebih epik dan suspend? Selitkan klimaks mencabar atau tragedi yang mencemaskan, tapi diakhiri dengan happy ending.

5. Minta Anak Ajar Cara Sesuatu Permainan

Kids are happy to show you what they know. Jadi, Mama pretend seperti kanak-kanak dan tanyakan mereka macam mana cara bermain.

Selain menyeronokkan untuk anak, ia juga sebagai kaedah to build their leadership and being more confident sekiranya mereka explain sesuatu perkara kepada individu di sekeliling mereka.

Dalam erti kata lain, ia melatih anak-anak untuk menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi. Mama just play, and just let them guide you.

6. Lakukan Hobi Bersama Anak

Bila kita nak buat sesuatu benda, perasan tak si kecil pun nampak excited nak cuba sekali.

Nahh, salah satu kaedah bermain yang menyeronokkan adalah involve anak-anak dengan hobi Papa dan Mama.

Contoh Mama suka berkebun, ajak anak-anak untuk tanam pokok bermula dengan cara menggali lubang, letak anak pokok hinggalah menyiramnya.

Mungkin akan perlu lebih sedikit masa berbanding Mama buat seorang diri, tapi inilah masanyan untuk ajar anak-anak keindahan alam dan meluangkan masa dengan mereka sambil membuat hobi anda.

Kalau Papa basuh kereta, ajak anak-anak join. Walaupun masa mencuci jadi lebih lama, tapi bukankah menghabiskan masa dengan anak-anak itu lebih bermakna dan menyeronokkan.

Tengok anak-anak gembira, Mama Papa pun ikut gembira kan.

7. Tunjuk Skill Terbaik Pada Anak

Tahukah Mama dan Papa antara cara terbaik melayani anak adalah dengan memastikan mereka tetap mengetahui Mama dan Papa lebih hebat dan berpengetahuan luas daripada mereka.

Ini bagi memastikan si anak berasa selamat walau dimana pun mereka berada serta mematuhi segala perkara yang Papa dan Mama tetapkan.

Sebagai contoh jika bermain di luar, mereka akan mahukan Papa atau Mama sentiasa teman mereka kerana mereka takut dan tahu hanya anda yang boleh melindungi mereka dan selesaikan pelbagai masalah.

8. Ajak Anak Cuba Permainan Sukar

Sesekali dedahkan anak dengan aktiviti yang sukar. Ia bertujuan untuk keluar daripada comfort zone dan explore perkara baharu.

Didik anak daripada berkata “saya tak pandai,” “saya tak boleh,” kepada kata-kata “saya sedang belajar.”

Ini boleh meningkatkan keyakinan si anak dan menjadikan mereka sentiasa positive dengan setiap kesukaran perkara yang dihadapi.

9. Hargai Masa Bersama Tanpa Gajet

Relax! Instead of living life one hour at a time, apa kata tambahkan lagi masa bersama hingga tiga atau empat jam.

Hargai masa dengan mereka tanpa sebarang gajet, handphone atau social media.

Let the play slowly unfold.

10. Jangan Pandang Rendah Dengan Setiap Game Bersama

Never underestimate how simple play can be. Meskipun aktiviti yang remeh, namun manfaatnya besar pada si anak.

Inilah masanya untuk menilai perkembangan anak, kecerdasan otak mereka, mewujudkan kepercayaan antara keluarga dan lebih penting mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Walaupun nampak kecil, tapi anak-anak akan ingat moment ni sampai bila-bila.


Untuk dapatkan pelbagai info dan tips tentang keibubapaan, boleh klik di SINI tau!