KelabMama

10 Cara Berkesan Halau Lipan di Rumah

Gigitan lipan adalah tidak beracun tetapi jangan lupa ya Mama semua bahawa binatang berbisa ini mampu memberikan kesakitan kepada mangsanya. 

Sakit bila disengat haiwan ini boleh tahan juga peritnya. Lagi-lagi kalau sebelum ni belum pernah digigit serangga berbisa lain seperti lebah. 

Melalui pengalaman pribadi Mama sendiri, gigitan lipan lebih sakit berbanding sengatan lebah. Tapi apa-apa pun semuanya bergantung kepada tahap ketahanan dan kesannya kepada individu tersebut

Apakah Tanda-tanda Mama Digigit Lipan?

Tanda paling jelas jika seseorang telah digigit bisa lipan ialah apabila terdapat dua bintik halus pada kulit dan terdapat tanda kemerahan. Bisa ini disalurkan melalui dua kaki hadapan yang juga dipanggil sebagai Forcipules

Kredit gambar: Rokkit

Seseorang yang menjadi mangsa gigitan lipan akan mengalami simptom-simptom seperti:

Cara Merawat Bisa Lipan

Berikut adalah rawatan untuk mengurangkan rasa sakit dan cara meredakan bengkak. Kita fokuskan rawatan ini kepada bahagian yang disengat ya. 

  1. Cuci bersih menggunakan sabun antibakteria dan seboleh-bolehnya lalukan di bawah air yang mengalir.
  2. Rendamkan bahagian yang digigit di dalam air suam (30-40°c) selama 30 minit untuk mengeluarkan bisa tadi.
  3. Makan ubat antihistamin dan tahan sakit seperti tablet Diclofenac atau Ibuprofen untuk mengurangkan rasa gatal dan menyurutkan bengkak.

Tips: Bisa lipan tidak merebak, oleh itu elakkan menekan atau memicit kawasan bengkak tadi. Perbuatan tersebut hanya akan menyebabkan bisa masuk lebih ke dalam dan melambatkan proses pemulihan.

Cara & Petua Halau Lipan di Dalam dan Luar Kawasan Rumah

1. Penyelenggaraan Berkala

Kredit gambar: Ecency 

Pastikan kawasan dalam dan luar rumah sentiasa dibersihkan. Timbunan dedaun kering dan kayu yang hampir reput, eloklah kita lupuskan. 

Ini kerana apabila hari hujan, daun dan kayu menjadi lembab dan ini adalah kriteria pertama lipan untuk membina habitat mereka.

Kawasan longkang yang bertakung dan tersumbat pun harus diberikan perhatian. Sekali lagi tempat lembab dan gelap sangat digemari haiwan berbisa ini

Lagipun, di longkang yang tersumbat itu juga ada kebarangkalian terdapatnya lipas, semut dan anai-anai. Kesemuanya adalah sumber makanan lipan. Dikhuatiri serangga perosak ini akan menarik lebih banyak lipan di rumah kita.

Manakala di kawasan dalam rumah, lakukan pembersihan di saliran air bilik mandi, tangki septik najis, rekahan dinding dan di bawah tikar getah. 

Pastikan rak kasut selalu diselenggara. Ada kes di mana mereka jumpa lipan di dalam kasut terutamanya kasut yang tertutup. Sebaiknya, sebelum nak pakai kasut tu, terbalikkan dan ketuk-ketuk terlebih dahulu. Manalah tahu ada yang jadikan kasut kita rumah. 

2. Tampal rekahan di sudut rumah

Kredit gambar: Htgetrid.com

Pernah terfikir tak Mama? Macam mana lipan boleh bersarang dalam rumah kita? 

Baik, perhatikan pada sifat fizikalnya yang kecil, pergerakkan fleksibel serta warna seakan-akan kayu. Ciri-ciri ini membolehkan lipan melalui ruang yang sempat walaupun corak bukaan rekahan tersebut tidak sekata.

Rekahan di dinding perlu dibaiki dengan kadar segera. Kelewatan dalam menangani perkara ini mungkin bakal meresikokan keselamatan keluarga anda. 

Oh ya, mana-mana bukaan di bawah pintu atau di bahagian tingkap hendaklah ditutup rapat. Lebih baik jika tiada ruang langsung untuk spesies lipan bara atau lipan … masuk ke dalam rumah dan bilik. 

3. Sabun pencuci pinggan

Kredit gambar: Jusery Jaisin

Ada satu DIY yang Mama boleh buat sendiri di rumah. Hanya dengan bancuhan cecair pencuci pinggan. 

Tujuannya untuk menghalau dan membunuh lipan. Apabila sabun cecair mulai kering, perlahan-lahan lipan akan mati. 

Cara menyediakannya sungguh mudah. Mama hanya perlu campurkan 2 sudu besar sabun pencuci dengan 4 liter air. 

Masukkan dalam botol semburan. Semburkan pada tempat gelap dan lembab seperti di bawah sinki, kabinet dapur dan di belakang almari. 

4. Garam

Kredit gambar: Pixabay

Selain itu, Mama juga boleh gunakan serbuk garam. Senang kan. Sebab dah siap-siap ada dekat dapur. 

Bagaimana caranya? Taburkan garam di tempat yang menjadi kegemaran lipan seperti yang Mama Siti nyatakan sebelum ini. 

Taburkan di tempat-tempat terbuka sebagai ‘pendinding’ daripada lipan.

Jika anda ada haiwan peliharaan taburkan garam di sekeliling bekas minumannya. Lipan kan suka kawasan lembab macam ni. Ambil perhatian ya. 

5. Serai Wangi

Kredit gambar: Liputan 6

Serai wangi mempunyai bauan yang tidak disukai lipan. Caranya sangat praktikal. Dapatkan beberapa batang serai dan letakkan di sudut rumah yang mungkin terdapatnya lipan. 

Terpulang kepada anda sama ada mahu letakkan sebatang serai atau mahu hiris kecil-kecil. Ini tip Mama Siti nak kongsi. Serai yang dihiris kecil mempunyai bau yang lebih kuat. Sekaligus mampu menghalau lipan dengan lebih berkesan. 

Kalau tak boleh dapatkan serai, Mama boleh juga beli produk semburan serai wangi yang ada di pasaran. Fungsinya masih sama.

6. Daun Pandan

Kredit gambar: Klikdokter

Petua semulajadi seterusnya ialah dengan memanfaatkan daun pandan. Daun pandan bertindak secara 2 dalam 1 iaitu sebagai penghalau lipan dan pewangi ruangan. 

Sama seperti batang serai tadi. Bauan yang wangi adalah musuh kepada haiwan perosak. Lipan tidak suka pada bau daun pandan.

Letakkan di kawasan tumpuan lipan. Jika di bahagian dapur, Mama simpulkan beberapa helai daun pandan dan letakkan di kawasan tong gas. Selain itu, letakkan daun pandan di dalam balang jernih dan hiaskan dalam bilik air. 

Ini pun sebenarnya teknik halau lipan pilihan Mama Siti tau. Sudahlah cantik, boleh halau lipan lagi tu. 

7. Ubat Gegat

Kredit gambar: Shopee

Alternatif menghalang lipan bersarang dirumah kita adalah dengan meletakkan ubat gegat di ruangan tertentu. 

Ubat gegat atau dalam bahasa sains nya naftalena mempunyai gas beracun terhadap lipan. Ubat gegat terdapat dalam pelbagai warna dan saiz. Mama boleh sesuaikan dengan keadaan rumah Mama ya. 

Mama kena ‘take note’ tentang satu perkara ni. Pastikan ubat gegat diletakkan di tempat yang tersembunyi. Bukan apa, takut kalau kanak-kanak jumpa dan makan. Bahaya tu.

 8. Dehumidifier (Penyahlembapan)

Kredit gambar: Aliexpress

Ianya berfungsi untuk menjaga kadar kelembaban udara di batas normal. Kelembapan yang berlebihan akan diserap oleh mesin ini. 

Keadaan kering sangat tidak sesuai untuk habitat lipan. 

Untuk menghalang lipan masuk ke rumah, letakkan dehumidifier di tandas, almari dan dapur. Dua tempat ini selalu menjadi tumpuan lipan.

Mama boleh dapatkan di e-dagang. Ada pelbagai saiz, pelbagai harga. Dapatkan ikut citarasa sendiri ya.

9. Serbuk Diatomaceous Earth

Kredit gambar: Ruralsprout

Cara bunuh lipan yang seterusnya ini adalah dengan menggunakan sebatian kimia. 

Lipan mempunyai rangka luar yang diselaputi lilin. Silika dalam serbuk diatomaceous earth ini melarutkan salutan di exoskeleton lipan. 

Tanpa lilin, lipan tidak dapat mengekalkan air dalam badannya dan akhirnya mati keran dehidrasi.

10. Semburan racun perosak

Di pasaran ada dijual semburan racun khas untuk haiwan perosak. Jika anda lihat ada lipan di dalam dan luar rumah, terus capai tin semburan dan tujukan pada lipan tersebut. 

Cara ini perlu dikendalikan secara berhati-hati. Sentiasa simpan di tempat tinggi dan jauh dari kanak-kanak.

Jika lipan masih kelihatan di rumah anda, jangan ragu-ragu menghubungi khidmat profesional. Mereka lebih pakar dalam mengendalikan haiwan perosak dan berbahaya. 

Silap-silap bukan lipan saja mereka hapuskan, haiwan perosak lain pun turut ‘ghaib’ dari kawasan tempat tinggal anda.

Akhir kata, terdapat 10 pilihan cara untuk menghalau dan membunuh lipan. Adalah lebih baik kalau kita buat persediaan awal. Jangan tunggu nanti dan ada yang kena gigit lipan baru kita cakna nak cari cara hapuskan lipan.

Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati. Jangan lupa cuba tips dari Mama Siti ni ya.  Jom baca cara nak cegah lipas dari dalam rumah!